Kalangan pemimpin Bersatu menawarkan diri untuk “lompat” ke Pejuang jika parti itu boleh “menandingi” imbuhan sehingga RM70,000 sebulan yang diterima mereka ketika ini, kata Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pejuang itu berkata, pemimpin Bersatu berkenaan masih bersama parti itu kerana mementingkan wang, walaupun menyedari Muhyiddin Yassin hanya mampu bertahan sebagai perdana menteri sehingga PRU15.
Mahathir berkata, beliau telah menghantar mesej kepada pemimpin Bersatu mengenai “jangka hayat politik” singkat parti itu menerusi ‘broker’ tertentu yang diutuskan bagi meyakinkannya untuk kembali kepada Bersatu.
“(Broker) ajak saya masuk Bersatu, tapi saya juga hendak mereka keluar dari Bersatu, sertai kami. Mereka pilih untuk sokong Muhyiddin pasal dapat jadi menteri. Bersatu akan kalah dalam pilihan raya pasal… Umno akan berlawan dengan Bersatu. Jadi kemungkinan Bersatu dipilih (membentuk kerajaan), susah dan sudah tentu Muhyiddin tak akan jadi PM,” Mahathir memberitahu Mingguan Malaysia.
Bekas perdana menteri itu berkata, memandangkan realiti politik semasa, beliau mahukan pemimpin Bersatu menyertai Pejuang, namun gesaannya itu belum berhasil setakat ini.
“Saya kata kepada mereka dalam keadaan yang mana Bersatu akan kalah dalam PRU..baliklah kepada kami. Pejuang ini bekas Bersatu. Mereka jawab dia dapat gaji RM70,000 sebulan, dia kata kalau kita boleh bagi gaji RM70,000 sebulan, dia ‘roll over’ (lompat).
“Jadi, soal(nya) pasal duit sahaja. Pasal semangat tidak ada. Yang ada semangat tak sertai Bersatu,” kata Mahathir.
Dalam wawancara itu, Mahathir juga meramalkan PRU15 tidak akan menyelesaikan kemelut politik semasa negara.
Beliau berkata, terlalu banyak parti akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tanpa mana-mana parti memperoleh kemenangan jelas untuk menubuhkan kerajaan kukuh.
“Saya fikir PRU15 ini tidak menyelesaikan masalah. Kita dapati banyak parti bertanding. Semua parti kecil-kecil belaka. Tidak ada parti dominan.
“Masing-masing akan dapat (kemenangan) kecil-kecil (yang) tak cukup. Ada yang dapat 30, 50, 15 (kerusi Parlimen), masing-masing tidak dominan. Jadi, bila tidak dominan, yang dapat terbanyak (kerusi) berhak untuk mendirikan kerajaan minoriti,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan minoriti tidak stabil kerana mengharapkan sokongan parti lain dengan menawarkan pelbagai ganjaran.
“Kedudukan kerajaan minoriti tidak akan stabil, pasal mana-mana satu parti tarik (sokongan), (kerajaan) akan jatuh. Jadi, itulah yang akan jadi dalam PRU15,” kata Mahathir ~ AstroAwani
Minta RM70,000 Sebulan Untuk Lompat Parti?
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Jangka hayat ko dgn boboi botak akan tamat selepas pru15. Yg dtg jilat ko selepas ini adalah manusia yg pentingkan duit.
ReplyDeleteKARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
DeleteMAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!
assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
Terima kasih kepada: AKI SOLEH
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D (9501)
alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
yang ingin merubah nasib
seperti saya.!!
SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747
Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
1: Di kejar2 tagihan hutang
2: Selaluh kalah dalam bermain togel
3: Barang berharga sudah
terjual buat judi togel
4: Sudah kemana2 tapi tidak
menghasilkan, solusi yang tepat.!!
5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
Dijamin anda akan berhasil
silahkan buktikan sendiri
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747
Angka:Ritual Togel: Singapura
Angka:Ritual Togel: Hongkong
Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia
Angka:Ritual Togel: Laos
Angka:Ritual Togel: Macau
Angka:Ritual Togel: Sidney
Angka:Ritual Togel: Brunei
Angka:Ritual Togel: Thailand
" >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!