PKP3.0 Boleh Berjaya Ke Kalau Semua Kilang Kekal Beroperasi?



MEMBENARKAN semua sektor ekonomi beroperasi seperti biasa semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara akan menggagalkan tujuan utama memerangi pandemik Covid-19 g, kata J Solomon.

Setiausaha agung Kesatuan Nasional Pekerja Bank (NUBE) berkata, ia akan lebih berkesan jika kerajaan hanya membenarkan sektor penting beroperasi, seperti dilakukan pada perintah sekatan pertama tahun lalu.


Antara perkhidmatan penting dibenarkan semasa PKP pertama adalah bekalan makanan, utiliti, penjagaan kesihatan, farmaseutikal, perkhidmatan penghantaran dan kurier, pengangkutan awam dan bidang industri pembuatan tertentu.

“Mengumumkan PKP di seluruh negara adalah keputusan yang baik tetapi membiarkan semua sektor ekonomi beroperasi seperti biasa tidak akan selesaikan masalah yang kita hadapi dengan segera.

“Dengan kebanyakan kluster Covid-19 berkaitan tempat kerja dan kilang, membolehkan tempat-tempat ini beroperasi bertentangan dengan tujuan asal PKP,” kata Solomon.

Malaysia mengenakan PKP menyeluruh mulai 12 Mei kerana kes meningkat melebihi 3,000 dan 4,000 dalam beberapa minggu terakhir, kurang sebulan setelah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berjanji tidak akan melaksanakan PKP di seluruh negara.


Perdana menteri berkata larangan rentas daerah dan negeri dan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan berkuat kuasa 10 Mei hingga 6 Jun, sementara sekatan lain akan bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun.

Ini adalah kali pertama kerajaan menguatkuasakan PKP selama empat minggu sedangkan sebelum ini dua minggu pada satu masa.

Muhyiddin berkata majikan diwajib melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30% kakitangan pengurusan pada setiap masa, sementara kilang-kilang dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Menurut data kementerian kesihatan, lebih 500 kluster tempat kerja dikesan setakat ini dan terus menyumbang sebahagian besar daripada laporan kluster harian Covid-19.


Solomon berkata kerajaan tidak belajar dari kejadian lalu dan terus mengulangi kesilapan sama.

Menjadikan Australia sebagai contoh, katanya negara itu akan melaksanakan sekatan total di sebuah bandar walaupun hanya satu kes dikesan.

Solomon tidak mengharap Malaysia mengikut langkah Australia tetapi PKP pertama membuktikan, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat, kes dapat dikawal.

“Apa yang kita lihat pada awalnya, itu adalah PKP yang baik dan ketat.

“Kita buat kesilapan sama berulang kali. Jadi, saya rasa ini bukan langkah yang tepat dan saya harap perdana menteri akan ambil perhatian.

“Kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kesihatan dan keselamatan hanya untuk tujuan ekonomi. Jadi, saya rasa semua orang perlu bekerjasama,” katanya.


Pada 17 Mac, Muhyiddin berjanji tidak akan mengenakan PKP di seluruh negara.

Bagaimanapun, semalam perdana menteri berkata kerajaan Perikatan Nasional perlu mengambil langkah drastik menghentikan peningkatan jangkitan baharu Covid-19.

Malaysia mencatatkan 3,807 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 444,484 sementara jumlah kematian berjumlah 1,700. Jumlah kes aktif sekarang sebanyak 37,396 dengan 434 di unit rawatan rapi dan 224 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan mempunyai pandangan berbeza.

Beliau berkata penting bagi sektor ekonomi untuk beroperasi bagi mengelakkan negara mengalami kerugian besar.

Penting katanya untuk menyeimbangkan kehidupan dan mata pencarian.

“Jika kita tutup sektor ekonomi ini, maka kesannya terhadap ekonomi akan sangat serius, seperti PKP pertama yang menyaksikan negara mengalaami kerugian yang sangat besar.

“Jadi, saya tak fikir negara kita mampu tanggung kerugian seperti itu,” katanya.

Shamsuddin positif dengan pengumuman terkini, berharap PKP kali ini akan melandaikan lengkuk Covid-19 dan pada masa sama meningkatkan ekonomi ~ The Malaysian Insight.



2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hang pi tanya pekerja kilang depa patuh SOP tak. Jawab secara jujur

    ReplyDelete
    Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D (9501)
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya.!!
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat.!!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
      satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

      Angka:Ritual Togel: Singapura

      Angka:Ritual Togel: Hongkong

      Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

      Angka:Ritual Togel: Laos

      Angka:Ritual Togel: Macau

      Angka:Ritual Togel: Sidney

      Angka:Ritual Togel: Brunei

      Angka:Ritual Togel: Thailand

      " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post