PKPD – Antara Nyawa Dan Ekonomi



ANTARA batu dan tempat keras. Itu dilema kerajaan dalam melaksanakan keputusan mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk kali ketiga sejak negara dilanda Covid-19. Pada satu sudut, pandemik menular dengan buruk. Lebih 6,000 kes dicatatkan sejak seminggu lalu. Kes kematian juga berada lebih 50 setiap hari.

Kes-kes baru mula muncul juga semakin bertambah. Saringan secara besar-besaran terutama oleh kerajaan Selangor meningkatkan jumlah kes. Kuala Lumpur dan Selangor kini menjadi hotbed penularan Covid.


Sistem kesihatan juga mencapai peringkat krisis ba­gi menyediakan kemudahan terutama untuk pesakit kategori tiga dan ke atas. Lebih banyak kemudahan dibina termasuk tentera menyediakan Field ICU bagi menangani peningkatan kes.

Kebimbangan mendesak ketika menyebabkan ramai menggesa supaya diadakan lockdown sepenuhnya se­per­ti dilakukan pada Mac tahun lalu bagi melandaikan pandemik. Ketika itu kecuali sektor perlu, semua aktiviti perniagaan diarah ditutup.

Kerajaan bagaimanapun memutuskan untuk me­nge­tatkan kawasan pergerakan, memaksa kira-kira tujuh juta pekerja – swasta dan kerajaan – untuk bekerja dari rumah. Langkah lain termasuk mengehadkan waktu operasi perniagaan dan jumlah pengunjung ke premis. Sekatan jalan raya juga dipertingkatkan manakala pemeriksaan premis ditingkatkan.

Keputusan kerajaan yang terbaharu mengambil kira keadaan semasa. Walaupun tidak akan dipersetujui, ke­ra­jaan memilih ‘tempat paling lembut’ antara batu dan tempat keras bagi menyelamatkan negara. Ia memilih circuit-breaker berbanding menutup keseluruhan eko­nomi.


Jika lockdown sepenuhnya dilakukan, ekonomi negara akan kehilangan nilai aktiviti ekonomi sebanyak lebih RM1.5 bilion sehari. Ada mengunjurkan angka itu pada RM2.4 bilion sehari.

Pada suku kedua tahun lalu (Mac-April 2020) ekonomi negara menguncup 17.1 peratus, terbesar dalam sejarah selepas penutupan aktiviti perniagaan sepenuhnya.

Jumlah pengangguran meningkat sehingga lebih kurang lima peratus. Bulan-bulan seterusnya me­nyaksikan angka pengangguran menghampiri 800,000.

Di­percayai jumlah pengangguran adalah lebih buruk jika diambil kira graduan baharu yang mencari pekerjaan. Kerajaan sahaja telah membelanjakan subsidi upah dan berkaitan sebanyak RM12 bilion. Dipercayai sebahagian besar dana adalah daripada Socso yang pada akhir 2018 berdasarkan laporan tahunannya mempunyai aset bersih kira-kira RM28 bilion.


PKP diperketatkan ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi menurun terutama di Lembah Klang – yang menyumbang kira-kira separuh kegiatan ekonomi negara. Tetapi pengurangan aktiviti ekonomi semasa MCO 3.0 tidak akan seburuk seperti pada tahun lalu. Cabaran mana-mana kerajaan termasuk Malaysia mencapai keseimbangan antara keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Malaysia berada pada keadaan kurang selesa kerana tidak mempunyai kekuatan fiskal yang membolehkan dana berterusan diberikan. Ia seperti teko berlubang. Sebanyak mana air dituang ia akan kering. Ketika ini Malaysia mengutamakan kedua-duanya – rakyat dan ekonomi – dengan langkah lebih ketat.

Ia pilihan terbaik buat masa ini dan memberi masa. Selagi ada masa, selagi itu ada harapan.


Mohamad Azlan Jaafar 
Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nak perhebatkan ekonomi cuba pastikan kes covid menurun. Utk menurunkannya kena pertingkatkan vaksinasi. Sepatutnya fasa kedua lebih 100ribu rakyat diimunisasi setiap hari seperti yg dijanjikan tetapi habuk pon tarak.
    Nyatakan dgn jelas berapa vaksin yg diperolehi dan berapa yg telah diimunisasi.
    Kalau ikutkan data terkini sampai tahun 2026 kita masih belum mencapai herd immunity iaitu lebih 80% daripada jumlah penduduk jika kadar vaksinasi amat rendah.
    Pertingkatan kesejahteraan rakyat dahulu. Tingkatkan segera imunisasi seluruh negara.Lepas itu nak mamtapkan ekonomi, teruskan.
    Dengan kematian dan kes yang meningkat setiap hari perlu tindakan segera dan jangan mudah sentap jika dikritik. Jika dah berjanji, tunaikan.
    Wang rakyat sebanyak rm5billion utk pembelian vaksin bagi 33juta rakyat negara kita walaupun ada yg pertikai kerana negara vietnam mampu membeli vaksin untuk rakyatnya seramai 89juta dengan harga rm4.5billion.Bermakna jika benar apakah berlaku salahguna dana ketika darurat?

    Minta tolong percepatkan vaksinasi dan jangan dipolitikkan nasib rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem di upgrade dengan belanja rm70juta tapi macam haram. Sebijik macam muka kj poyo!!!

      Delete
  2. Terima kasih ds najib yang berani kritik dengan data serta fakta. Bukan dengan pembohongan dan fitnah.
    Kalau kami rakyat biasa menyatakan kerisauan dengan kelembaban proses vaksinasi ini mungkin akan dipandang sebelah mata sahaja. Tak pun akan dikutuk atau diperli seperti apa yang dilakukan ke atas orang-orang lain.
    Masih ingat ada yang pernah menyatakan kerisauan era kerajaan atok kaki fitnah menangani mula-mula kes pandemik dulu. Ada yang disindir coronapalatau dan ada yang ditangkap. Betul-betul zionis.

    Terima kasih kerana menyedarkan kerajaan lembab ini. Kalau menteri yang bertanggungjawab nak sindir dan nak perli biarkan. Kita semua tahu dah sikap dan sifat dia sekarang. Bila berkuasa dia akan menjilat licin, bila tidak berkuasa dia akan mengecam habis-habisan.Siap buat laporan polis lagi. Kenapa tak waktu ds najib berkuasa? Semua dah faham motif dia.
    Nak naik cepat. Nak menonjol dengan cepat tapi personaliti amat mengecewakan. Hilang dah rasa hormat.
    Semoga negara kita kembali normal seperti dahulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post