Dua hari yang lalu ekoran dari keceluparan mulutnya.. Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman dipecat dari pengerusi bukan eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selepas berseloroh pada sidang media berhubung kemalangan dua tren transit aliran ringan (LRT) baru-baru ini.
Pada Isnin lalu, dua tren LRT bertembung dan mengakibatkan 64 orang dikejarkan ke hospital di mana enam daripadanya berada dalam keadaan kritikal.PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.Difahamkan, siasatan itu dipercayai dibuat selepas mendapati Tajuddin menggunakan kedudukannya melantik menantunya memegang jawatan dalam Prasarana.Sumber memberitahu Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Salak itu ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM selepas beliau dipanggil memberi keterangan.Kata beliau, Tajuddin bagaimanpun dibebaskan dengan jaminam SPRM selepas itu.“Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.Dalam pada itu, Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berhubung perkara berkenaan.Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta. - UTUSAN
Sudah jatuh ditimpa tangga.. sudahlah dipecat dari Jawatan Pengerusi PRASARANA ditahan SPRM pula.. nasib hang la Tajuddin..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!