Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontliner

SISTEM penjagaan kesihatan Malaysia sekali lagi hampir mencapai tahap kritikal dan pekerja kesihatan barisan hadapan bekerja keras sehingga kepenatan, kata doktor, menyamakan keadaan mereka dengan pekerja migran.

Kali terakhir sistem penjagaan kesihatan mencapai tahap kritikal pada Januari ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan. Kali ini, kata mereka keadaannya lebih teruk kerana jumlah pesakit Covid-19 jauh lebih tinggi.

Beberapa doktor dari hospital di Lembah Klang memberitahu, orang ramai dan kerajaan tidak belajar daripada kesilapan lalu.

Bercakap dengan syarat nama tidak didedahkan, kata mereka ventilator tidak cukup untuk pesakit dan kadang-kala alat pelindung diri (PPE) untuk kakitangan perubatan juga tidak cukup.


Mereka memilih untuk bersuara setelah tularnya memo daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kepada pengarah kesihatan negeri baru-baru ini.

Noor Hisham mengarahkan hospital di seluruh negara bersiap siaga bagi menghadapi peningkatan mendadak kes Covid-19 dengan simptom serius.

Beliau turut memerik statistik membimbangkan mengenai kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU), yang meningkat 44% dalam jangka masa dua minggu.

Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak merupakan negeri dengan peningkatan drastik pesakit memerlukan rawatan kritikal.

Kadar katil ICU telah melebihi 70% di 22 hospital awam dan ada sehingga 90%.

Doktor juga memberitahu keadaan sekarang mempengaruhi kesihatan diri mereka.

“Kami tidak cukup tidur dan ia tidak elok bagi kesihatan kami, tetapi sebagai doktor, tiada siapa yang peduli. Risiko jantung meningkat apabila anda kurang tidur tetapi kami terus bekerja kerana peningkatan jumlah kes,” kata seorang doktor yang hanya ingin dikenali sebagai Arif.

Katanya, doktor bekerja lebih daripada 12 jam dan ada kalanya beliau berbuka puasa pada pukul 10 malam, bukannya 7.20 malam kerana tidak boleh meninggalkan pesakit nazak.

“Kami juga sangat kecewa dengan situasi Covid-19. Bagi menguruskan pesakit Covid-19, doktor dari jabatan lain seperti dermatologi, pembedahan atau ortopedik digerakkan,” kata Arif.

“Bayangkan tidak dapat melakukan kerja dalam bidang kepakaran anda selama lebih setahun, untuk bekerja di wad Covid-19.”

Katanya pekerja kesihatan mendapat cuti sekitar enam hari sebulan walaupun selepas bekerja dalam tempoh yang panjang.


Seorang doktor lain, yang hanya mahu dikenali sebagai Sathya berkata kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih 36 jam berturut-turut.

Beliau menyalahkan keadaan sekarang ini kepada sikap sambil lewa orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Walaupun PKP, mereka masih ingin berjalan dan beri pelbagai alasan.

“Mereka tidak sedar, hanya satu jangkitan ketika perjalanan akan menyebabkan sesiapa yang dekat dengan mereka, merana. Ini kesan domino.

“Pada pendapat peribadi saya, kerajaan sedang bergelut untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tetapi rakyat tidak memberi respons dengan cara sepatutnya,” kata Sathya.


Katanya keadaan sekarang kembali seperti asal tetapi kali ini di lebih besar.

Sathya berkata sebahagian besar masa, doktor tertidur di kaunter kerana tidak mahu terlepas jika apa-apa terjadi pada pesakit.

Semalam 11hb Mei, Kementerian Kesihatan melaporkan 434 kemasukan ke ICU dalam 24 jam terakhir dan daripada jumlah ini, 224 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Negara juga mencatatkan 3,807 kes dengan 17 kematian.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan PKP untuk seluruh negara dari 12 Mei hingga 7 Jun ~ TheMalaysianInsight

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Buka sektor ekonomi utk syarikat besar yg membawa kpd penyebaran pandemik sejak kes mula meningkat adalah antara punca utama.
    Gagal melakukan pkp dgn tegas spt pkp1.0 sejak mula kes meningkat.
    Gagal melakukan kuarantin wajib sejak kes mula meningkat.
    Mcm tiada kerjasama antara kementerian dan seolah2 amaran pihak pakar kesihatan tidak membawa erti.
    Yg balik mengemop lantai di luar negara tak sampai 14 hari dah buat meeting. Gagal bagi contoh teladan.
    Kluster kayangan seolah2 mudah melanggar sop. Menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.
    Vaksinasi...lembab.Paling teruk dibandingkan dgn negara jiran. Yg hebat, menterinya 'yakin' sgt meyakinkan rakyat. Seolah2 rakyat sama level dgn dia.

    Klu mangkuk2 ini bersama2 pihak kkm bertugas dgn pakaian full ppe selama 8 jam utk 7 hari di wad pandemik mgkin akan memberi sedikit kesedaran buat mrk. Klu tak dapat 7 hari.. 1 hari pun cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D (9501)
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya.!!
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat.!!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
      satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

      Angka:Ritual Togel: Singapura

      Angka:Ritual Togel: Hongkong

      Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

      Angka:Ritual Togel: Laos

      Angka:Ritual Togel: Macau

      Angka:Ritual Togel: Sidney

      Angka:Ritual Togel: Brunei

      Angka:Ritual Togel: Thailand

      " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post