Kesiannya Kat Depa.. Kemaruk Nak Berkuasa Sungguh!



Malaysia Dateline yang merupakan organ rasmi Amanah, pada awalnya memetik kenyataan presiden parti itu, Mohamad Sabu yang mengatakan akan ada "perkembangan baik" dalam masa terdekat kononnya..

Portal itu juga memetik sumber bahawa majlis mengadap yang dirancang dengan semua ketua parti politik itu akan berlangsung dari 9 Jun hingga 11 Jun.

Bagaimanapun portal itu kemudian menarik balik laporan tersebut.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan istana setakat ini.

MalaysiaNow dapat mengesahkan dakwaan-dakwaan yang beredar di media sosial termasuk laman sesawang yang berkait Amanah kononnya pemimpin politik mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membincangkan pentadbiran baru adalah tidak berasas.

Desas-desus tersebut hangat diperkatakan selepas laman sesawang berkait parti Amanah berkata Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memanggil pemimpin parti itu mengadap di istana antara 9 hingga 11 Jun depan.

Pertemuan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama ketua-ketua parti politik pada 9 hingga 11 Jun ini hanyalah satu perjumpaan biasa dan bukan bertujuan membentuk kerajaan.

Laman sesawang tersebut kemudian dilihat menyahterbit laporan tersebut yang memetik presidennya, Mohamad Sabu sebagai berkata “ada sesuatu yang baik” bakal diumumkan sedikit masa lagi.

Namun sumber rapat yang maklum dengan pertemuan-pertemuan dengan pihak istana dan pemimpin politik sepanjang perintah darurat dikuatkuasakan berkata pertemuan yang diaturkan tersebut hanyalah pertemuan biasa.

“Memang betul dari segi mengadap, namun dari segi tujuan ia diadakan tak betullah (seperti yang diuar-uarkan),” kata sumber itu.

Spekulasi mengenai pertemuan dengan Agong itu berpunca daripada permohonan bekas ahli Umno yang kini menganggotai Amanah Khairuddin Abu Hassan selepas gesaannya terhadap Sultan Abdullah untuk memberikan perkenan mengadap kepada pemimpin politik bagi mencari jalan keluar untuk “menyelamatkan negara”.

Ketika dihubungi, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.

MalaysiaNow dimaklumkan pertemuan di istana itu hanyalah bagi mendapatkan maklum balas daripada pemimpin politik berhubung beberapa isu yang berkaitan dengan usaha-usaha melawan wabak Covid-19 selain perintah darurat yang masih berkuatkuasa di seluruh negara.

Beberapa pemimpin pembangkang adalah antara 19 anggota dwipartisan dalam jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan, berperanan sebagai badan penasihat kepada Agong mengenai langkah-langkah untuk membentuk pandemik Covid-19 selama perintah darurat dilaksanakan.

Kesiannya kat depa.. kemaruk nak berkuasa sungguh!

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kemaruk kepala hotak hang.sapa yang ambil hak sapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaun semburit jgn layan sebab dari dulu level B… Depa yg khianat gila kuasa tak sedaq diri…puiii

      Delete
  2. Dulu #KERAJAAN GAGAL.Kini #KERAJAAN GIGIL.Selamanya #KERAJAAN GOBLOK.

    ReplyDelete
  3. ASD ni penyokong tegar Azmin semburit....tapi macam fuck la dia ni tak nak berambus daru pkr...nak jadi gunting dalam lipatan...nak sabotag pkr masa pru15 nanti.... fuck lu la ASD

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post