Notis 14 Hari: Gempar Zahid Hamidi Saja Tu..



Dilihat tidak ada integriti mungkin punca banyak pandangan dan arahan Ahmad Zahid sudah tidak dipedulikan kata Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.

“Barangkali kerana dia dilihat tidak ada integriti. Semua orang tahu dan sudah menjadi rahsia umum bahawa beliau (Ahmad Zahid) turun naik mahkamah berpuluh kali.

“Usah kata bukan orang UMNO, orang UMNO juga memang tawar hati dengan presiden. Yang dikatakan muak ini orang macam kita yang menjadi pengundi,”

Atory juga berkata, menteri daripada UMNO lebih mengikut arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Ahmad Zahid.

Beliau turut yakin menteri daripada parti itu juga tidak akan bertindak keluar daripada kerajaan.

“Sepatutnya Ahmad Zahid desak perdana menteri. Tidak guna (desak) wakil (menteri) UMNO dalam kabinet kerana mereka tidak akan keluar (kerajaan) selagi Muhyiddin tidak mengarahkannya,” katanya.

Hmm.. bukan Profesor Dr Ahmad Atory Hussain yang tidak yakin langsung dengan amaran Zahid tu.. Penganalisa yang lainpun punya pendapat hampir serupa..

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan terpengaruh dengan kata dua 14 hari Umno supaya Parlimen dipanggil bersidang kerana kerajaan Perikatan Nasional sudah membuat keputusan mengenai masa yang sesuai untuk persidangan itu, kata penganalisis.

Mereka berpendapat kata dua yang diberikan oleh Umno, selepas mesyuarat biro politik parti itu kelmarin, tidak akan mengubah apa-apa.

Pensyarah sains politik Dr Mazlan Ali memberitahu, kerajaan tidak akan mengubah perancangannya hanya kerana keputusan mesyuarat biro politik Umno itu.

Beliau juga percaya Umno tidak akan berbuat apa-apa jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan parti itu.

“Umno berpecah antara banya puak dan saya tidak jangka akan ada apa-apa yang drastik sekiranya Muhyiddin tidak memanggil sidang Parlimen dalam tempoh dua minggu ini,” kata pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam bagaimanapun tidak menyebut tindakan Umno sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Ahmad Zahid menyebut Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk memuktamadkan tindakan selanjutnya.

Umno membuat tuntutan itu selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan nasihat supaya Parlimen bersidang secepat mungkin, dan titah itu disokong oleh Raja-Raja Pemerintah.

Titah nasihat diraja itu dikeluarkan selepas persidangan khas Raja-Raja Melayu bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu lepas (16 Jun) yang membincangkan keadaan semasa negara selepas lima darurat berjalan.

Parlimen perlu bersidang untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan dengan membahaskan Ordinan Darurat dan pelan pemulihan negara keluar daripada Covid-19.

Dalam reaksi balas, Pejabat Perdana Menteri berkata Putrajaya akan melakukan langkah susulan mengikut undang-undang negara.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed enggan mengulas kenyataan Ahmad Zahid.

“Ketua-ketua Umno negeri sudah bermesyuarat dengan presiden dan Zahid sudah keluarkan kenyataan. Tiada apa yang perlu ditambah,” katanya, yang juga bekas ahli MKT Umno.

Pensyarah politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff pula berpendapat keputusan Umno mencerminkan kesungguhan parti itu mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

“Setidak-tidaknya ini akan mendekatkan Umno kepada istana dan kumpulan pendukung raja-raja dalam kalangan rakyat.

“Pada masa sama, kenyataan Zahid juga berpotensi menunjukkan lagi dalamnya perpecahan dalaman Umno, termasuk Nazri Aziz dan Zahidi Zainul Abidin, yang mengkritik presiden kononnya memandai-mandai membuat kenyataan itu,” katanya.

Nazri memberitahu AgendaDaily bahawa Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan semalam tanpa berbincang dengan ahli parlimen atau ahli MKT Umno.

Kamarul juga berpendapat kenyataan Ahmad Zahid juga akan mengeruh hubungan Umno dengan komponen Barisan Nasional, yang menjarakkan diri daripada kenyataan tersebut.

“Kenyataan Zahid boleh dibaca sama ada menunjukkan beliau kurang faham atau kurang hormat kepada prosedur dan urusan undang-undang berhubung proses memanggil sidang Parlimen, seperti yang dibangkitkan oleh Nazri.

“Kenyataan itu juga boleh ada kesan memberi tekanan kepada kerajaan supaya menyegerakan urusan, dan lebih buruk, sekiranya desakan Zahid dapat sokongan pemimpin lain,” tambahnya.

Muhyiddin pada Ahad berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum Parlimen bersidang.

Minggu lalu, Muhyiddin membayangkan Parlimen boleh bersidang seawal-awalnya pada September apabila pelan pemulihan negara keluar daripada Covid-19 memasuki fasa ketiga.

Fasa ketiga yang dijangka dapat dicapai pada hujung Ogos menetapkan kes jangkitan Covid-19 diturunkan sehingga bawah 2,000 sehari, sementara 40% penduduk sudah menerima dua dos suntikan vaksin dan sistem kesihatan awam berada di tahap selesa ~ TMI


Macam mana Dr Kamarul Zaman Yusoff boleh berpendapat keputusan Umno mencerminkan kesungguhan parti itu mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu ni?

Cuba baca apa UMNO dah buat kepada institusi Raja-raja di SINI

Kalau dibaca apa yang disenaraikan di situ.. percaya ke bila Zahid kata dia ingin mempertahankan maruah Raja-Raja Melayu?.. kah.. kah.. kah.. auta saja tu..

Ada yang kata.. hakikatnya, misi tersembunyi Zahid dan kuncu-kuncunya adalah untuk mengumpul Surat Akuan Bersumpah daripada ahli-ahli parlimen UMNO bagi menyokong pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.

Ya, setelah percubaan pertama sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah gagal teruk, satu lagi percubaan telah diusahakan oleh Zahid bersama kuncu-kuncunya sebelum Yang Di-Pertuan Agong bertemu dengan 18 ketua parti politik.

Malangnya, bukan hanya misi kedua ini gagal, mereka yang terlibat hanya sekadar berjaya kumpulkan enam hingga tujuh Surat Akuan Bersumpah.

Justeru, Zahid terpaksa berbalik kepada kemungkinan berlakunya rundingan antara beliau dan Muhyiddin, sekaligus bermakna ‘ugutan tempoh 14 untuk parlimen bersidang’ adalah gempar semata-mata.

Bukan aku kata.. tapi Raggie Jessy Rithaudeen yang kata di SINI

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Halo semuanya

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda semua kebenaran, semua orang yang Anda lihat posting mereka di blog dan website ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi korban dari cerita mereka dan mereka telah menghancurkan hidupku.
    Saya di sini bukan untuk menceritakan kisah tentang bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak uang karena mereka.

    Saya di sini untuk memberi tahu Anda PERUSAHAAN PINJAMAN yang benar dan satu-satunya yang Allah kirimkan untuk mengubah hidup saya,  mereka SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL, mereka adalah satu-satunya perusahaan pinjaman asli yang diakui dan didanai oleh BANK DUNIA.

    Mereka adalah satu-satunya perusahaan pinjaman asli, mereka memiliki syarat dan ketentuan pinjaman yang cukup besar, untuk memahkotai semua pinjaman mereka terjangkau dan cepat dicairkan tidak seperti perusahaan palsu lainnya yang Anda lihat di sini online yang akan mengambil uang Anda tanpa mencairkan pinjaman Anda,
    Tolong jangan tertipu oleh penguji yang memiliki nomor indonesia dan whatsapp, mereka semua scammers, bagaimana bisa satu perusahaan memberikan pinjaman?, itu harus menjadi pertanyaan pertama Anda orang-orang saya.

    Rekan-rekan saya di Asia, saya mohon Anda untuk mendengarkan saya karena saya bersumpah kepada Anda atas nama Allah, bahwa saya mengatakan yang sebenarnya, ALL GLOBAL GRANT LOAN, perusahaan adalah satu-satunya perusahaan yang dapat diandalkan dan mereka akan memastikan Anda menerima pinjaman Anda setelah Anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang dipersyaratkan.

    Mengapa Anda tidak berada di antara kabar baik ini dengan menghubungi  mereka segera jika Anda SANGAT TERTARIK untuk meninggalkan perjuangan keuangan Anda dan untuk meningkatkan tingkat hidup Anda, ini EMAIL mereka allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda sangat bebas untuk menghubungi saya di EMAIL saya fradesyriritia12@gmail.com untuk informasi lebih lanjut, saya akan senang mendengar Anda berbagi kisah kebahagiaan Anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL karena telah memberi saya kegembiraan baru ini.

    NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
    EMAILPerusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com.
    Whatsapp Perusahaan :   +1(301)971-444
    Email Saya:  fradesyriritia12@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post