"Siapa Kata Kerajaan Gagal Kawal COVID-19?" Azmin Tanya Ni..

 


JOHOR BAHRU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan kerajaan gagal mengawal penularan Covid-19. Sebaliknya beliau berkata, kerajaan telah berjaya mengurangkan landai lengkuk jangkitan virus berkenaan yang mana jumlah harian Covid-19 yang menurun.

Kata Mohamed Azmin, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan berbilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan semua kemudahan sama ada di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Pejabat Kesihatan Daerah mencukupi.

Jelasnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengawal pergerakan dilihat memberi kesan positif.

“Inilah sedang dilakukan dan saya yakin kalau kita dapat percepatkan program imunisasi mengikut jadual ditetapkan ia boleh membantu kita kalau kita mengikut pelan pemulihan negara.

“Ini semua terbukti dan kita telah pun nampak keberkesanan yang dilakukan kerajaan sekarang ini,”katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Mount Austin.

Katanya lagi menurut laporan dari Utusan Malaysia “Kalau mengikut kajian dan kiraan, Malaysia akan menyaksikan sebanyak 13,000 kes baharu pada 14 Jun, namun jumlah sebenar hanyalah 4,900 kes.

“Ini berlaku kerana langkah-langkah yang telah diambil kerajaan terbukti berjaya dalam mengawal pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar tersebut.

"Berdasarkan kajian sama, jika tiada langkah pencegahan diambil, Malaysia bakal menyaksikan kes harian baharu mencecah sehingga 40,000 kes sehari.

“Ini menunjukkan usaha yang dilakukan kerajaan dalam mendepani wabak ini telah menampakkan hasil positif, kita berjaya membendung perkara itu daripada berlaku,” katanya
 

Pada minggu lalu. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri akan dibuka di Johor bagi pemberian vaksin kepada pekerja industri di negeri itu.

Ia membabitkan PPV Industri di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, Kota Tinggi, yang beroperasi kelmarin manakala PPV di Mount Austin dijangka beroperasi 28 Jun ini. – MalaysiaGazette

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ko tak nak ulas ke ASD? kalu ko no terlalu bacul, mek aku tlg jawab. Aku kata KERAjaan tebuk atap lani gagal kawal covid19. Hanya orang bodoh, bangang, baghal saja tak tahu baca graph statistic KKM setiap hari tujuk peningkatan... kerajaan buat keputusan tak effective....haih fuck la tu ASD.... don menyundal lagi si azmin semburit ni.

    ReplyDelete
  2. Pelaku semburit tu mungkin tak ada sedara atau waris terdekat yg terkorban angkara kebodohan mereka.
    Kalau anak isteri dia jadi mangsa baru terbeliak lubang duburnya.

    ReplyDelete
  3. Azmin, tolong ko pergi beritahu kpd beribu keluarga2 mangsa covid 19 yg meninggal dunia bahawa kerajaan ko telah berjaya menangani covid!! Silakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post