Uih!! Depa Nak Perang Dah Ka Ni?

 


“Justeru, kami menzahirkan solidariti dan dukungan penuh kepada Najwan Halimi serta menuntut Ketua AMK agar menarik semula keputusan beliau semalam dan mengekalkan kedudukan Najwan Halimi sebagai Ketua AMK Selangor demi memastikan kestabilan sayap pemuda PKR serta untuk mengelakkan perpecahan dalaman parti,”

Faham-fahamlah yaa.. kalau Akmal kekal dengan pendiriannya maka kemungkinan besar perpecahan akan berlaku, tapi aku rasa tak adalah yang nak keluar Parti pun cuma sabotaj pasti akan berlaku bila tiba Pilihanraya nanti..

Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Sebanyak 17 cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR menuntut supaya ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi dikekalkan sebagai Ketua AMK Negeri Selangor.

Dalam satu kenyataan, 17 AMK menyifatkan Najwan Halimi digugurkan dari jawatan Ketua AMK Negeri Selangor tanpa sebarang asas dan alasan kukuh.

“Mewakili anggota AMK peringkat cabang seluruh Negeri Selangor, kami membantah sekeras-kerasnya keputusan tersebut yang dilakukan secara tergesa-gesa, semberono dan tanpa sebarang konsensus melibatkan pimpinan AMK cabang Negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kata mereka, sepanjang tempoh lebih dua tahun Najwan memimpin AMK Selangor, beliau telah mempamerkan kepimpinan yang cemerlang serta berperanan penting dalam menyatupadukan anggota AMK yang berpecah belah pasca Langkah Sheraton.

“Beliau juga telah memastikan pandangan, cadangan serta suara anggota akar umbi di Negeri Selangor diperjuangkan di peringkat yang lebih tinggi serta ditangani dengan baik.

“Justeru, kami menzahirkan solidariti dan dukungan penuh kepada Najwan Halimi serta menuntut Ketua AMK agar menarik semula keputusan beliau semalam dan mengekalkan kedudukan Najwan Halimi sebagai Ketua AMK Selangor demi memastikan kestabilan sayap pemuda PKR serta untuk mengelakkan perpecahan dalaman parti,” katanya.
Mereka turut menyatakan sokongan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan akan terus mempertahankan beliau dari digugat oleh pihak-pihak yang cuba melemah serta memecahbelahkan parti.

Cabang AMK yang menyokong Najwan adalah AMK Kuala Langat, AMK Puchong, AMK Damansara, AMK Hulu Langat, AMK Bangi, AMK Hulu Selangor, AMK Kota Raja, AMK Klang, AMK Petaling Jaya, AMK Tanjong Karang, AMK Kapar, AMK Ampang, AMK Gombak, AMK Kuala Selangor, AMK Selayang, AMK Sungai Buloh dan AMK Pandan lapor Utusan


Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post