Ahli MT UMNO Dedah Kenapa Menteri UMNO Sokong Muhyiddin


Tidak sampai seminggu UMNO meminta Muhyiddin Yassin berundur "secara terhormat" daripada jawatan perdana menteri, 14hb Julai yang lalu kabinet, yang mana di dalamnya termasuk ahli parlimen UMNO menyatakan sokongan kepada Presiden Bersatu itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pada 14hb Julai itu, jemaah menteri berkata mesyuarat kabinet yang telah berlangsung pada hari tersebut sebulat suara kekal dengan sokongan mereka kepada Muhyiddin.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi ynsg kelihatan sakit hati dengan tindakan Jemaah Menteri dari UMNO itu menyifatkan mereka-mereka itu sebagai sedang melakukan 'Kamikaze'.

Katanya "Jemaah Menteri daripada Umno sedang melakukan “kamikaze” politik selepas mengambil kira 95% ahli akar umbi parti itu menolak untuk kekal memberi sokongan terhadap Bersatu, termasuk presidennya yang juga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin"

Selain dari tidak mahu kehilangan imbuhan puluhan ribu RM setiap bulan, kenapa agaknya Jemaah Menteri dari UMNO itu kekal menyokong Muhyiddin?

Ahli MT yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin ada jawapannya..

BACALAH!!

PUTRAJAYA: Hilang keyakinan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi punca jemaah menteri daripada parti itu menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, sokongan terbuka itu juga jelas dan bertentangan dengan keputusan Ahmad Zahid untuk menarik sokongan kepada PM.

Beliau berkata, ini bermakna kenyataan Ahmad Zahid bahawa menteri dan timbalan menteri sudah menandatangani surat tidak menyokong PM adalah satu penipuan atau mereka menipu Presiden dan Majlis Tertinggi (MT).

“Jadi, menteri dan timbalan menteri tandatangan surat depan Ahmad Zahid itu bermakna mereka menipu Ahmad Zahid lah dan menipu MT. Saya sendiri tidak tandatangan, Ahmad Zahid sendiri yang cakap ada enam orang tidak tandatangan iaitu saya, Dira, Tajuddin dan mungkin ada yang duduk di luar negeri tidak tandatangan tapi menyatakan persetujuan. Bermakna semua yang lain termasuk menteri dan timbalan menteri semua sekali tandatangan surat tak sokong PM,” katanya di sini semalam.

Zahidi yang juga ahli MT dan Ahli Parlimen Padang Besar berkata, mengambil kira situasi itu bermakna Ahmad Zahid berada dalam kekeliruan apabila menteri dan timbalan menteri kini menyatakan sokongan kepada PM iaitu berbeza dengan apa yang dikatakan mereka menandatangani surat tidak menyokong PM sebelum ini.

Pada masa sama, kata beliau, kumpulan menteri dan timbalan menteri ini ternyata tidak menyokong Ahmad Zahid kerana masih memegang jawatan masing-masing.

Tambahan pula, jelas beliau, persetujuan Ahmad Zahid memberi restu kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob untuk menerima pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dilantik PM juga menimbulkan kekeliruan.

“Jadi kita tak tahu apa terjadi dengan Presiden yang sudah keliru sekarang ini. Beliau suruh Ismail Sabri terima jawatan TPM, pada masa sama suruh tandatangan surat tidak sokong PM.

“Maknanya beliau sendiri keliru menyebabkan ahli-ahli UMNO di bawah pun keliru. Jadi kalau Presiden simpang siur dan keliru dan mengelirukan ahli UMNO dengan keputusan-keputusannya, macam mana parti nak kuat kerana ada Presiden UMNO macam itu,” katanya.

Bersandarkan bukti-bukti itulah, Zahidi mengulangi pendirian meminta Ahmad Zahid berundur daripada terus memegang jawatan itu dan tidak relevan lagi untuk memimpin UMNO.

“Beliau tidak sokong PM sebab dia sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada bukti surat dia sokong Anwar. MT buat keputusan tidak sokong Anwar dan DAP tetapi dia bertindak sebaliknya,” katanya lapor Utusan

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post