AMK Selangor Hilang Kepercayaan Kepada Ketua AMK M'sia?

Majoriti ketua-ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Negeri Selangor telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beberapa ketua AMK itu juga tidak bersetuju dengan pencalonan Chua Wei Kiat sebagai Ketua AMK Negeri Selangor yang baharu.

Satu kenyataan media bersama telah dikeluarkan oleh beberapa ketua cabang AMK menuntut Kongres AMK Luar biasa (EGM) diadakan bagi memilih semula Ketua AMK Malaysia yang baharu.

“Kami mewakili majoriti ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Selangor dengan ini menolak pelantikan Ketua AMK Selangor yang baharu.

“Selain itu, kami juga secara sebulat suara memutuskan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal Nasrullah selaku Ketua AMK Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu.

KENYATAAN MEDIA 
KETUA-KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN 
NEGERI SELANGOR

1 JULAI 2021

Majoriti Ketua-Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor Telah Hilang Kepercayaan Terhadap Kepimpinan Ketua AMK Malaysia

Kami merujuk kepada kenyataan media oleh Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab bertarikh 30 Jun 2021 berkaitan pertemuan secara maya bagi membincangkan pemilihan Ketua AMK Negeri Selangor yang baharu.

Perlu dijelaskan bahawa kenyataan Setiausaha AMK Malaysia berhubung jumlah kehadiran ketua-ketua AMK Cabang seramai 18 orang adalah tidak benar dan bersifat mengelirukan. 

Untuk makluman, jumlah Ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Selangor yang menyertai pertemuan secara maya pada 29 Jun 2021 adalah seramai 15 orang sahaja iaitu dari cabang Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Bangi, Tanjong Karang, Kapar, Hulu Selangor, Kota Raja, Petaling Jaya, Selayang, Sabak Bernam, Shah Alam, Pandan, Sungai Buloh dan Sepang.

Sebanyak enam (6) ketua AMK cabang tidak menyertai pertemuan secara maya tersebut iaitu cabang Puchong, Klang, Damansara, Kuala Selangor, Ampang dan Subang. Untuk rekod, Ketua AMK Cabang Sungai Besar pula telah melepaskan jawatan beberapa minggu yang lalu.

Menerusi perbincangan bersama Ketua AMK Malaysia dalam pertemuan secara maya tersebut, hanya Ketua AMK dari cabang Shah Alam, Sabak Bernam dan Sepang yang tidak membantah pencalonan Chua Wei Kiat sebagai Ketua AMK Negeri Selangor yang baharu. 

Secara kolektif, semua Ketua-ketua AMK Cabang mencadangkan kepada Ketua AMK Malaysia agar Ketua AMK Negeri yang baharu dipilih dari kalangan mereka yang memiliki sokongan majoriti.



Sehubungan dengan itu, kami mewakili majoriti ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Selangor dengan ini menolak pelantikan Ketua AMK Selangor yang baharu dan secara sebulat suara memutuskan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal Nasrullah Mohd Nasir selaku Ketua AMK Malaysia.

Kami juga menuntut agar diadakan Kongres Angkatan Muda KEADILAN Luarbiasa (EGM) bagi memilih semula Ketua AMK Malaysia yang baharu.

MOHD SHAH REZZA MOHD TUNIMAN 
Ketua AMK Kuala Langat

MOHD FITRI JAMALUDIN 
Ketua AMK Puchong

MUHAMMAD DZUL HILMI ZAINOL 
Ketua AMK Damansara

MUHAMMAD HANAFI JALALLUDIN 
Ketua AMK Hulu Langat

SAIFUL AZLAN ZAINAL 
Ketua AMK Bangi

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD 
Ketua AMK Hulu Selangor

MOHD HELMI SANUSI 
Ketua AMK Tanjong Karang

JESTIN RAJ A/L SAVARIMUTHU 
Ketua AMK Kota Raja

AHMAD FAIZ MUSTAPA KAMAL 
Ketua AMK Klang

SHAHRULNIZAM ABDUL RAHIM 
Ketua AMK Petaling Jaya

MEGAT SHARIFFUDIN SHAHARUDDIN 
Ketua AMK Kapar

ARIE YUDISTIRA ISHAQ ARIFIN FADLI 
Ketua AMK Gombak

AWALLUDDIN SHARIFF 
Ketua AMK Ampang


***** Alahai adik-adik oii.. Malaysia ni ada 13 Negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, jadi paling kurangpun ada 12 lagi AMK Negeri dan Wilayah..

Kalau setakat AMK Selangor saja yang mendesak mahu diadakan Kongres Angkatan Muda KEADILAN Luarbiasa tu.. tak jalan la kot..

Tak ada siapapun nak layan.. hangpa minoriti, bukannya suara majoriti..

Pakat la dengan AMK dari lain-lain negeri sama.. bagi ada 'Numbers' orang kata..


Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post