SHAH ALAM - Mentaliti yang menganggap ahli Parlimen atau wakil rakyat sebagai tempat untuk mengadu mengenai perkara berkaitan kebajikan perlu diubah daripada pemikiran masyarakat Malaysia sekiranya mahu membebaskan politik negara daripada amalan rasuah dan politik wang.
Pengasas dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE)-Cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, sikap sedemikian menyebabkan ahli Parlimen perlu mendapatkan pembiayaan kewangan yang tinggi untuk aktiviti politik mereka.- Menerima aduan mengenai jalanraya yang rosak
- Kekurangan tempat letak kereta
- Sampah yang tidak dikutip
- Melawat seseorang yang telah dimasukkan ke dalam hospital
- Meziarahi keluarga simati
menghadiri upacara perkahwinan
- Menghadiri acara dewan-dewan perniagaan dan persatuan-persatuan masyarakat
- Membantu penduduk memperolehi lesen-lesen perniagaan ataupun penjaja
- Membantu dalam rayuan meringankan kadar kompaun
- Menerima aduan mengenai keperluan infrastruktur yang berkurangan seperti tiang lampu, lampu isyarat, bekalan elektrik terputus, talian telefon dan jalan-jalan yang tidak diturap
- Dan
berbagai-bagai lagi kegiatan masyarakat setempat.
Kesemua bentuk kegiatan yang terpaksa dilayan oleh MP dan Adun ini telah banyak menghabiskan masa para wakil rakyat yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk memenuhi tugas dan tanggungjawab mereka yang sebenarnya.
Tugas dan tanggungjawab utama MP dan Adun adalah:
- Melaksanakan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan atau exco negeri
![]() |
Best Quality Product From Japan In Malaysia.. buy HERE |
Hakikatnya adalah, kesemua bentuk kegiatan di atas bukannya suatu tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap MP dan Adun
- Menyertai atau mengambil bahagian di dalam jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen atau dewan di dalam merangka dasar dan undang-undang
- Memantau dan memerhati segala bentuk belanjawan kerajaan
- Membentang dan membahas rang undang-undang atau enakmen negeri
- Membentang dan membahaskan dasar-dasar yang sedang atau bakal dilaksanakan oleh kerajaan
- Menerima dan mengkaji peruntukan dan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan
- Memerhati segala perlaksanaan kerajaan agar ianya dapat memberikan manfaat kepada rakyat dengan sepenuhnya.
Kesemua bentuk tugas dan tanggungjawab MP dan Adun pada keseluruhannya hendaklah berdasarkan kepentingan rakyat jelata dan bukannya parti-parti politik yang dianggotai oleh mereka.Tapi.. perkara yang dah ditanam dalam kepala masyarakat selama berpuluh tahun dah.. boleh ke kita nak ubah?
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!