Eh? Dulu Mujahid Kata Tak Perlu RCI Siasat Tabung Haji Tu.. Tapi Hari Ini..

Semalam, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , berkata siasatan merangkumi hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari tahun 2014 hingga 2020.


Rentetan dari itu Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyatakan beliau bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bagi menyiasat isu kerugian dialami Lembaga Tabung Haji (TH).

Mujahid berkata, pihaknya sejak awal lagi menyokong penubuhan RCI dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan bersetuju menubuhkan RCI selepas lebih setahun Perikatan Nasional (PN) mentadbir.

Berikutan itu Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berharap kerajaan melantik ahli RCI dalam kalangan mereka yang berkelayakan dan berwibawa bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara telus, adil dan profesional tanpa agenda politik.

6. Sejak awal lagi saya menyokong RCI dibuat tetapi anggotanya perlulah terdiri dari pakar yang berkelayakan. Saya juga heran kenapa Pelan Penstrukturan Semula tidak termasuk dalam terma rujukan RCI sedangkan pelan tersebut dirangka berpandukan kepada rumusan dapatan dari firma audit yang disebutkan.

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa RCI Tabung Haji perlu telus dan profesional tanpa agenda politik di sebaliknya dan jika saya dipanggil untuk memberi keterangan, saya bersedia mendedahkan langkah dan tindakan yang kerajaan PH telah ambil untuk selamatkan TH termasuk laporan polis yang dibuat ke atas individu yang terlibat dalam penyelewengan dana TH.

Eh??.. Mujahid kata pihaknya sejak awal lagi menyokong penubuhan RCI??

Dia dah lupa kot.. 1hb Julai 2019 kepada Pemberita di lobi Parlimen dia berkata "Tiada keperluan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Tabung Haji (TH) yang lalu"


Mujahid yang pada ketika itu merupakan Menteri di Jabatan Perdana Perdana Menteri, berkata ia kerana pengurusan TH kini sudah kembali stabil.

Bagaimanapun, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap perlu meneruskan siasatan terhadap pengurusan TH yang lalu kerana berlakunya penyelewengan dalam badan pengendali ibadah haji itu.

“Kalau keadaan sudah selesai dan kembali stabil, kenapa perlu RCI. Tapi yang perlu adalah (siasatan) SPRM kerana timbul penyelewengan.

Dia kata dah selesai dan kembali stabil, jadi tak perlulah buat RCI..

Cuma yang hairannya bila Kerajaan PN nak buat RCI.. sibuk pula dia menyokongnya..

Kan dulu hang sendiri yang kata tak perlu RCI, pasai apa pulak la ni sokong?. 



Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post