
KUALA LUMPUR – Pelbagai desas-desus mengenai masa hadapan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan akan jatuh selepas titah Seri Paduka Yang Dipertuan Agong semalam.
Rata-rata memberikan pandangan bahawa PN di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak membahaskan usul Ordinan Darurat di Parlimen sebagai ‘derhaka’ tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.
Menurut sumber dalaman PN, perkara bubar Parlimen atau tukar kerajaan tidak akan berlaku dalam masa terdekat memandangkan kerajaan hari ini sudah mempunyai cukup sokongan termasuk daripada beberapa ahli Parlimen pembangkang.
“Jangan risau, PN masih stabil dan akan meneruskan pentadbiran seperti biasa.
“Apa yang berlaku semalam adalah perkara biasa dan PN telah membuat perkara betul, cuma pembangkang buat kerja mereka sebagai orang yang tidak bersetuju walaupun ia perkara betul,” menurut sumber.
Jelas sumber itu lagi, dengan kewibaan PN hari ini telah meyakinan ahli Parlimen pembangkang untuk bersama-sama kerajaan.
“Siapa mereka, biarlah rahsia… tapi yang pasti tidak ada apa yang berlaku dalam masa terdekat.
“Keyakinan terhadap PN juga semakin bertambah apabila memperoleh sokongan tambahan daripada ahli Parlimen pembangkang.
“PN semakin solid. Itu yang boleh saya katakan. Walaupun ada yang mohon pindah tempat duduk di Parlimen, tetapi sokongan terkini, saya jamin… sangat meyakinkan.
“Pindah tempat itu tidak langsung melemahkan PN malah kita dapat lebih daripada sokongan sedia ada,” jelasnya lagi.
Menurut sumber dalaman itu lagi, ketika ini PN hanya akan mengambil sikap berdiam diri dan akan menunggu sahaja apa yang akan berlaku pada hari Isnin hadapan ketika penerangan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh apabila isu pembatalan Ordinan Darurat yang tidak dibahaskan turut mendapat respons daripada Yang di-Pertuan Agong.
Menerusi kenyataan media Istana Negara semalam, keputusan PN tidak membahaskan perkara tersebut telah mengelirukan ahli-ahli Dewan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tampil menyatakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri telah diterima Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, namun tidak dapat dibahaskan pada hari sama berikutan sesi perbahasan terpaksa ditangguhkan beberapa kali selepas kenyataan Istana Negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan memberi penerangan mengenai Ordinan Darurat pada isnin ini.
Apakah usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibahaskan pada hari berkenaan atau akan ada pertambahan hari untuk sidang khas Parlimen ini? –
MalaysiaGazette
Kerajaan kononnya stabil tapi rakyat makin ramai kelaparan. Jika tak kerana usaha kempen bendera putih dan sifat pemurah hati rakyat tanpa kira bangsa, lebih ramai rakyat akan kelaparan. Nak harapkan #KerajaanGagal dan #PMBengap maka ramailah rakyat akan mati kebuluran.
ReplyDeleteSaya tidak boleh menyokong pihak yang membelakangkan@derhaka pada YDP Agong dalam membuat sesuatu keputusan yang terkait dengan baginda.
ReplyDeleteKerajaan semenjak dari PH memerintah sudah nampak tidak stabil. Bertambah dengan langkah Shereton, Penubuhan PN juga tipis jumlah kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat. Tapi kita perlu tahu bahawa sekiranya PH berjaya mengambil semula kerajaan, mereka juga lemah, tanpa sokongan ahli parlimen yang kukuh. Kenyataan kerajaan hanya akan kembali kukuh bila PRU diadakan, juga agak samar-samar kerana tiada parti yang boleh mengaku dominan. Kenyataan menyatakan kerajaan gagal dan rakyat kebuluran agak dangkal kerana rakyat malaysia terkenal dengan sikap perihatin sehingga ke luar negara, takkan "Kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan" Seluruh dunia menghadapi keadaan yang sama.
ReplyDeleteDemonstrasi derhaka atau tersiratnya nakhapuskan Raja raja Melayu Dasar Ekonomi Negara.
DeleteSemalam ada demonstrasi Kerjaan Gagal dan derhaka pada Raja raja dan Agong. Demo ini lebih sudu dari kuah kalau diamati naik kembang anak tekak nak termuntah.
Puak ini yang nak menghapuskan Islam dan Raja raja Melayu serta menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan Hak istemewa orang Melayu. Yang terkinja kinja kena bodoh ialah barua Melayu smbil bangsa Jho Low bertepuk tangan saksikan kuda kuda kayu berdemonstrasi guling guling atas jalan raya.
Jalan tak jem kalau ada yang kena varian delta para pendemo jangan salahkan KKM.
Sebaik berjaya menakluk P.Pinang, perkara pertama yg dibuat oleh Lim Guan Eng ialah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di bumi PP. Kenyataan tersebut mengundang ribut di seluruh negara.
https://youtu.be/z3xxNhC6ApE
Pakatan Hadapan dapat dana yang besar dari Amerika Syarikat melalui ngo seperti IFD, IRI NAD dan KAF dll.
https://youtu.be/VA9XGHnM9VI
Tentu Brother Anwar Bin Ibrahim dan PH akan jadikan Amerika Syarikat role model ekonomi dan dasar hak asasi dari Amerika Syarikat.
https://youtu.be/bgLAGzFU__I
Berada di pihak yg menang, DAP mampu berbuat apa saja. Dan ternyata tindak-tanduk DAP di PP kini memang mengikut seperti apa yg mereka rancangkan.
https://youtu.be/j73cjA1IcJw
Tapi mereka telah lupa satu perkara. Di sebalik terlalu ghairah untuk menyahkan DEB dari bumi PP, DAP terlupa bahawa lambang negeri PP yg memadamkan lambang islam dan turut mengandungi matlamat/tujuan DEB dilaksanakan.
https://youtu.be/GeYZoWWBc4s
Mahathir telah melanggar peraturan penting dalam apa yang harus dielakkan apabila orang Melayu melawan Melayu. Dan itulah sebabnya Mahathir menggulingkan Najib dan sebaliknya Jho Low yang dijadikan kambing hitam lesap terus sambil bersenang lenang dan bermewah mewah.
Jho Low tepuk tangan bila Tun Mahathir singkirkan Najib dan BN. Bangsa Jho Low tumpang tepuk tangan pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri.
Hanya Jho Low seorang ultra melayu ini berjaya di bodoh bangangkan supaya orang Melayu bercakaran. Jho Low mengambarkan betapa bodoh bangang ultra ini yang sangat lemah pemimin Melayu utk dikudakan oleh Bangsa Jho Low.
Wahai pemimpin Melayu kau orang tak serik serik kena bodoh bangang kan oleh Bangsa Jho Low atau seronok terkinja kinja kena bodoh bangang oleh bangsa Jho Low..!?
Jadi, jika mereka berhasrat untuk menghapuskan DEB, DAP perlu terlebih dahulu menukar/meminda undang undang Islam dan Dasar Ekonomi Baru itu kerana mereka mengangga PN adalah Kerajaan Gagal. Sedangkan kalau diteliti nasib rakyat Amerika Syarikat bergelandangan lebih buruk dari nasib rakyat Rohingya.
https://youtu.be/rF-5hVfrqSY
live in Hollywood and 'ACTION'...!!
Nak kecam 100% kerajaan pn...tak boleh.
ReplyDeleteKecam pencetus kecelaruan politik negara iaitu tun mahdey. Dia nak spin, spin lah.
Dia yang memulakan pergolakannya setelah gagal mewujudkan kerajaan perpaduan. Kerajaan yang mampu berada dibawah telunjuknya. Sayang perancangan dia gagal.
Kerajaan pn lemah kerana ada yang terkanan merasakan dia berkuasa penuh. Mungkin dipengaruhi oleh para kayangan yang menguasai ekonomi negara sampai gagal melihat nasib rakyat marhaen yang sedih dan menderita. Semua maklum dia anak angkat tun mahdey...kan?!
Tak heranlah selain boboi botak, tun mahdey memaklumkan dia sebagai bakal pm9 selepas muhidin. Mungkin untuk menjaga legasi kaya-raya mereka.
Pru15 nanti...ingatlah rakyat semua, jangan biarkan muka-muka tamak yang konon mampu buat terbaik dan janji bukan kitab suci diangkat sebagai pemimpin.
Politik bagi mereka adalah untuk kepentingan peribadi, kemewahan anak, waris, proksi dan kroni. Selagi ada mereka ini, janji2 bukan kitab suci akan tetap dimainkan.
Mereka dah ditolak oleh ph dan ditolak dari parti asal lubuk emas mereka. Maka jangan biarkan mereka diangkat untuk mencatur urusan negara. Keutamaan mereka adalah legasi kaya raya mereka.
Hentikan perjanjian dengan setan sebelum pru15....
Ahli politik majoriti melayu islam KORUP lah punca masalah ketidakstabilan politik yg kita hadapi skrg. Jho lo tak mampu berbuat apa2 tanpa penglibatan orang politik atasan yg BERKUASA. Adakah mrk drp DAP atau PKR atau Amanah? Yg berkuasa pada masa itu ialah UMNO. Jadi jgn dok putar belit la. Melayu KORUP yg bersalah mesti dihukum, tiada kompromi. Melayu bebal yg dipimpin oleh mahiaddin skrg, itu cerita lain pula. Jangan cuba dok putar belit cerita pulak!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!