Hadi Dakwa PH Sengaja Heret Raja-raja Melayu Ke Kancah Politik

PAS mendakwa parti lawan sengaja mengheret Raja-Raja Melayu ke kancah politik selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan buat kali ketiga agar Parlimen segera bersidang.


Dakwaan tersebut disuarakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan disiarkan di Facebook yang turut dihiasi syair bahasa Arab.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Hadi mendakwa, Raja-Raja Melayu diperlakukan sedemikian selepas Pakatan Harapan gagal mendapat sokongan untuk mengambil alih kerajaan.

“Setelah mereka gagal melalui pendekatan meniru langkah Perikatan Nasional mengambil akuan sumpah (SD) ahli Parlimen, mereka mengemukakan undi percaya dan undi tidak percaya yang gagal juga ...”

Pada masa sama, kumpulan berkenaan juga membentuk jajaran baharu politik yang kemudian menyebabkan semua pihak diheret ke kancah politik termasuk Raja-Raja Melayu, dakwanya.

“Raja-Raja Melayu sepatutnya tidak diheret berpolitiking kerana baginda masih banyak tugas-tugas yang lebih penting daripada melayan kehendak mereka yang berpenyakit politiking itu.

“Ada pula mereka yang masih tidak sedar dirinya sudah jadi pembangkang dan bukan lagi kerajaan, dengan berlagak membuat kenyataan seolah-olah masih berada di atas takhta,” kata Hadi.

Hadi yang dilantik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi duta khas bertaraf menteri menyifatkan sikap pembangkang itu sebagai “wabak politiking” dan “gila kuasa”.

“Dalam keadaan wabak Covid-19 yang sedang mengganas, ada pula negara yang dilanda dengan wabak politiking kerana terdapat mereka yang terlalu gila untuk berkuasa, tanpa mempedulikan nyawa rakyat yang sedang diancam wabak.”

Tambahnya, segala peranan politik itu sepatutnya ditangguhkan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Serangan itu dibuat oleh Hadi selepas Umno yang merupakan sekutunya dalam Muafakat Nasional memutuskan untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos.

Langkah berkenaan adalah susulan daripada keputusan biro politik parti itu pada 21 Jun yang menuntut agar Parlimen bersidang semula dalam tempoh 14 hari.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan untuk bersidang merupakan satu penghinaan kepada institusi raja.

Katanya kerajaan perlu menghormati titah Agong dan Raja-Raja Melayu untuk Parlimen bersidang secepat mungkin.

Tidak lama selepas itu pada hari sama Jumaat lalu, kerajaan PN mengumumkan Muhyiddin sudahpun bersetuju dengan agar Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos.

Menteri hal ehwal undang-undang Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, tarikh persidangan akan diputuskan oleh Kabinet dalam mesyuaratnya pada 7 Julai.

Ia bagi mematuhi pandangan Agong berkaitan pentadbiran negara, termasuk berkaitan pembukaan semula Parlimen, katanya.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kali pertama mengarahkan demikian pada Februari lalu melalui pandanga bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.

Pada 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bertitah agar persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Dalam kenyataan berasingan, Majlis Raja-Raja menegaskan darurat tidak boleh dilanjutkan melebihi 1 Ogos.

Seterusnya Agong dalam titahnya kepada speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengulangi arahan supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Ia antara lain bagi membolehkan proklamasi dan Ordinan Darurat dapat dibentangkan di Parlimen sebagaimana yang dinyatakan di bawah fasal 150 Perlembagaan Persekutuan.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Laporan dipetik dari The Malaysian Insight

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post