Keluar PN, Khairy Tak Layanpun..



SEPANG: Desas-desus politik dalaman UMNO yang dilihat berdepan kemelut untuk menyatakan pendirian sama ada untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional atau sebaliknya terus menjadi tanda tanya.

Sehari dua ini, pelbagai kenyataan disuarakan tokoh-tokoh pemimpin dalam UMNO, yang menunjukkan pendirian parti itu dalam isu berkenaan masih belum menemui titik persetujuan.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Malah, beberapa kenyataan sebelum ini yang kononnya memberi gambaran akan berlaku penarikan sokongan oleh Ahli Parlimen parti itu, atau barisan menteri kabinet daripada UMNO, juga seakan-akan tidak disenangi beberapa wakil rakyat parti itu sendiri.

Antaranya termasuk wakil rakyat Rembau, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Khairy Jamaluddin, yang jelas enggan melayan persoalan media berhubung isu berkenaan.

"Saya tiada masa berpolitik!" katanya ketika ditanya mengenai perkara itu ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLIA di sini semalam.

Sejurus memberi jawapan ringkas itu, beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berlalu pergi tanpa menjelaskan secara konkrit pendiriannya tentang desas-desus tersebut ~ AstroAwani

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mat poyo mata stim.
    Jaga vaksin pon mcm cibai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post