
NAMPAKNYA semangat untuk terus berpolitik dalam kalangan segelintir pemimpin UMNO masih belum reda.
Seolah-olah ada satu keresahan apabila menyaksikan dari semasa ke semasa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin mampu menangani pandemik Covid-19 terutamanya dari segi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Ada antara mereka masih bercakap soal menukar Perdana Menteri tidak habis-habis selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan ‘separuh masak’ pada 7 Julai lalu menarik semula sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tetapi kekal berada dalam Kerajaan PN.
Ada seorang pemimpin parti itu bercakap soal negara memerlukan pemimpin berwibawa dan dihormati. Tetapi malangnya beliau langsung tidak menyebut siapakah individu tersebut. Kalau benar sudah ada calon berkenaan sebutlah biarlah ahli-ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang membuat penentuan.
Tidak perlulah hanya bijak mengkritik Perdana Menteri dan mahu beliau ditukar tetapi orang yang mendesak itupun tidak berani mahu menamakan calon pengganti.
Adakah calon itu daripada UMNO? Kalau daripada parti itu siapa? Adakah dalam kalangan mereka yang mempunyai kes di mahkamah? Atau ada calon lain?
Kalaulah si Presiden dikatakan tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri, siapakah yang UMNO mahu calonkan? Atau adakah calon itu hasil daripada pembentukan Jajaran Baharu? Pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu gah bercakap soal menukar Perdana Menteri ini, beranilah sikit, berterus teranglah, jangan cakap separuh-separuh.
Jika mahu bercakap soal kewibawaan dan dihormati, adakah apa yang berlaku dalam UMNO sekarang boleh dijadikan contoh? Berwibawakah kepemimpinan UMNO apabila terpaksa membuat keputusan ‘separuh masak’ selepas ahli-ahli Parlimen parti itu tidak menyokong langkah menarik semula sokongan kepada Muhyiddin?
Dihormatikah kepemimpinan UMNO apabila semakin banyak komponen Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu?
Kalau semua persoalan itu tidak dapat dijawab secara terus terang, lebih baik segelintir pemimpin UMNO yang dok buat bising pasal tukar Perdana Menteri, duduk diam sahaja. Perlu diingat sekarang bukan masanya mahu mencetuskan pergolakan politik.
Usahlah bijak bercakap soal ketidakstabilan politik sedangkan kita sendiri menyumbangkan kepada perkara itu. Di manakah suara segelintir pemimpin UMNO ini, ketika ada dalam kalangan mereka sejak awal lagi tidak pernah memuji apapun langkah dilakukan oleh kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19. Yang sering kita dengar kritikan demi kritikan dan ada kala sudah sampai pada tahap memperlekehkan usaha kerajaan.
Kalau mahu kestabilan politik, janganlah hanya pandai mengkritik sahaja, penulis tidak kata semua yang dilakukan oleh kerajaan betul, ada juga kelemahan tetapi semua itu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Ketika ini tumpuan kerajaan ialah memerangi pandemik Covid-19, cukuplah kita sudah ada varian baharu yang cukup mengancam jangan pula diwujudkan ‘varian’ daripada parti politik.
Usaha memerangi pandemik itu semakin menampakkan kejayaan, walaupun kes baharu masih banyak tetapi ia berada di kategori 1 dan 2 sahaja, tidak mustahil sampai masanya Covid-19 ini akan dianggap endemik dan bukan pandemik apabila ‘herd community’ dicapai.
Setakat Sabtu lalu 4.431 juta atau 13.6 peratus populasi sudah lengkap suntikan dua dos manakala bagi dos pertama, 9.47 juta atau 29.3 peratus populasi sudah disuntik. Janganlah bersikap butakan mata atau pekakkan telinga untuk memberi sedikit penghargaan kepada kejayaan ini.
Benar, kita belum berjaya tetapi ia bukan bermakna kerajaan sudah gagal menangani pandemik tersebut. Kalau peningkatan kes baharu akibat serangan varian Delta mahu dijadikan ukuran gagal atau berjaya, bagaimana dengan Indonesia, Thailand, Jepun, Singapura, Australia dan berpuluh-puluh lagi negara yang terus bergelut dengan pandemik tersebut?
Thailand dan New South Wales, Australia merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid -19, manakala Singapura menimbangkan sekatan baharu.
Keputusan dibuat ketika ketiga-tiga negara meningkatkan program vaksinasi terutama di Singapura di mana jangkitan baharu dikesan berpunca dari pusat karaoke.
Australia mencatatkan jumlah kes ketiga tertinggi bagi lonjakan terbaru semalam ketika pihak berkuasa berusaha mengekang wabak berkenaan.
Ia mencatatkan 97 kes tempatan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 8 malam kelmarin walaupun bandar raya Australia yang paling ramai penduduknya, Sydney, masih menguatkuasakan penutupan.
Keadaan di Indonesia lebih parah apabila jumlah kes baharu melebihi 50,000 kes sehari. Data rasmi Thailand pula melaporkan 9,692 kes baharu semalam, iaitu catatan rekod harian baharu sejak wabak itu bermula.
Ia adalah peningkatan 13 kali ganda sejak awal April, ketika ia dilanda oleh gelombang ketiga dan kemunculan varian Delta.
Penulis akui di Asia Tenggara, Malaysia berada di tangga teratas kes Covid-19 dalam kalangan satu juta populasi penduduk atas sebab itulah kerajaan sedang bertungkus lumus memastikan rakyat negara ini divaksin seramai mungkin.
Dan seperti mana kita lihat sekarang, angka mereka yang menerima suntikan satu dos dan dua dos vaksin semakin meningkat, jadi bersabarlah. Janganlah mahu bermain politik ketika saat-saat begini.
Tambahan pula, pemimpin-pemimpin UMNO yang ‘cukup bijak berpolitik’ itu perlu sedar yang turut bertungkus lumus bersama kerajaan ketika ini adalah rakan-rakan satu parti mereka, bukannya orang lain.
Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adha, Baba, dan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin.
Mereka diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri untuk memerangi pandemik Covid-19 dan Muhyiddin sendiri setiap hari mempengerusikan sidang khas MKN.
Justeru biarlah mereka membuat kerja dengan tenang bukannya diganggu gugat dengan usaha parti mereka mahu menukar Perdana Menteri atau mempersoalkan kenapa baru sekarang mahu melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Isu itu sudah tidak relevan lagi untuk diperkatakan apatah lagi ketika peperangan menentang Covid-19 belum berakhir.
Jika pemimpin-pemimpin UMNO begitu yakin mereka boleh kembali berkuasa tunggu sahaja Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukannya mahu mengatur gerakan menukar Perdana Menteri ketika negara berada dalam keadaan sekarang.
Kalaupun ia mahu dilakukan, parti manakah yang akan bersama UMNO? Kalau dalam kalangan ahli-ahli Parlimen sendiripun tidak ada sokongan, janganlah bermimpi mahu mendapatkan sokongan parti lain.
Justeru kesimpulannya, lebih baik hentikan politik sia-sia yang hanya akan menggugat kestabilan politik negara, ini bukan masanya!
Dipetik dari
UtusanTV
Kalau awal2 lagi mereka serius nak total lockdown dan vaksinasi...rasanya mereka tak kalut macam sekarang.
ReplyDeleteRugi jer rakyat sokong darurat kesihatan demi menghapus dan mengurangkan kes tapi mangkuk-mangkuk macam tak peduli nasib rakyat.
Ada data jelas punca kes naik tapi dibenarkan dibuka.Pintu depan ditutup, pintu belakang dibuka.
Dah tahu varian delta bahaya, kemasukan rakyat asing pula dengan kuarantin yang minima. Yang buat keputusan dan urus tadbir negara hanya menteri dari puak yang sama. Yang lain hanya ikut arahan dan jadi balaci dengan keputusan beberapa ekor mangkuk menteri dungu. Tiada keputusan kolektif dari semua parti. Tak jadi bangang ker??!
Atau dosa2 keputusan yang salah itu mereka sanggup tanggung macam dosa semburit. Kabinet macam tidak berfungsi untuk memutus hal penting. Hanya manusia yang terkanan mempunyai kuasa penuh.
Vaksinasi kebangsaan, menteri terkanan kata lain, menteri poyo kata lain. Kenapa tak serius dari awal?!
Setiap hari rakyat membelek mysejahtera sejak penghujung februari tapi masih ada yang belum divaksin. Dah itu salah satu ikhtiar yang ada setakat ini kenalah usahakan dengan cepat dan pantas. Ada menteri poyo sukati tembak jer pihak luar tentang isu vaksin konon nak tutup salah sendiri. Bangang!!!
Inilah akibatnya bila bodoh sombong menguasai diri dan gagal atau tiada diplomasi dengan kuasa besar dalam isu vaksin. Bodoh!!!!
Seorang kata jumlah banyak ini. Seorang pula kata jumlah banyak ini. Tapi penghujungnya lembab....
Ini geng topi beras yang suka dipuji dan rasa hebat sangat...ptuiihhhh!!!
Mintaklah...buatlah kesungguhan yang ikhlas. Ambil peduli nasib rakyat.
Tak perlu tunjuk gambar nak masak rendang utk raya, makan maggi dengan jam mahal. Tunjuklah keprihatinan dengan nasib rakyat. Ikutlah contoh spt uel. Dah ada model yang boleh diikuti pemimpin2 politik mangkuk nie.
Ko nak tunjuk masak rendang raya dan rakyat pula bergelut tanpa kerja dan pendapatan serta ketakutan. Ko memang banganglah!!!
Carilah masa lain nak masak rendang kalau nak post dalam sosmed. Bodoh!!!
Dalam rakyat berduka...ko nak tunjuk masak rendang. Berapa ramai yg merasa rendang sekarang ini!!!!
Bodoh dan bangang!!!!
Setuju
DeleteImunisasi kebangsaan.
ReplyDeleteCuba perati negeri selangor. Peratusan yang diberi 2 dos tak sampai 20% setakat ini. Kes pula melonjak setiap hari.
Pemimpin pusat dan negeri pula bertelagah menegak benang yang basah.
Rakyat terhimpit dengan kebodohan bahana simangkuk bodoh.
Tak dapat ker duduk semeja dan buang ego bodoh sombong demi rakyat?!
Mereka mungkin tak pernah merasa ber video call sebelum mangsa pandemik ditidurkan.
Mereka mungkin tak pernah merasa waris terdekat yang mati kerana pandemik.
Mereka mungkin tak merasa sedih mendengar perkhabaran waris yang meninggal dunia tanpa berpeluang ditatap kali terakhir.
Hentikanlah ego dan rasa diri bijak sangat. Duduk semeja dan sama-sama memikirkan resolusi terbaik demi rakyat. Ego korang itu lah yg mengorbankan rakyat. Rakyat akan sentiasa ingat. Tambahan lagi bila nyawa menjadi gadaian.
Kaji semula umur persaraan wajib. Doktor Kontrak beri notis 24 jam berhenti kerja. Sudah tiba masa kerajaan kaji umur persaraan wajib dari 60 0tahun kepada 55 tahun.
ReplyDeleteKumpulan Hartal Doktor Kontrak berkata, doktor memberi notis 24 jam kerana kepenatan dan kecewa dengan kekurangan peluang kerjaya.
Kerajaan digesa kaji balik umur persaraan wajib pekerja akibat Pendemik Covid 19.
Ini lah masa kerajaan mengkaji semula tempoh persaraan wajib dari 60 tahun ke 55 tahun. Memberi peluang pada tenaga muda yg lebih inovatif untuk mengisi jawatan terutama sektor awam.
Dalam satu kempen media sosial, Hartal Doktor Kontrak menggesa doktor kontrak bermogok pada 26 Julai ini, jika kerajaan gagal menyelesaikan masalah kerja dan penempatan tetap mereka.
Wakil daripada Hartal Doktor Kontrak sebelum ini memberitahu tidak banyak insentif untuk doktor kontrak kekal di perkhidmatan awam dan kekurangan peluang untuk doktor junior mengembang kan kerjaya mereka, sama ada melalui ijazah sarjana atau mengambil pengkhususan.
Tahap kesihatan rakyat semakin merudum dan rakyat terdedah dengan tekanan dan stres menjadi faktor utama golongan muda pun maut akibat serangan jantung apa lagi golongan sudah berumur.
Kesan Pendemik Covid 19 kesemua sektor ekonomi terjejas teruk. Pengangguran bertambah, peluang kerja terjejas terutama golongan muda, ekonomi menguncup dan pendapatan negara terjejas teruk.
Kerajaan digesa kaji balik umur persaraan wajib dari 60 tahun kepada 55 tahun pekerja akibat Pendemik Covid 19.
No 6 dalam dunia kes harian dan kematian tertinggi. Nak jangka para pelabur asing datang ke negara?
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!