
Harapkan pagar, pagar makan padi ialah peribahasa yang membawa maksud bila harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya atau mengharap pada yang tak boleh diharap.
Contoh ayat menggunakan peribahasa ini: Kejadian seorang Ketua Balai Polis ditangkap kerana mengadakan pesta liar di dalam Balai Polis di bawah kawalannya itu bolehlah disifatkan sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.
Berikut adalah laporannya..
KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan hasil serbuan Bukit Aman, ketika mereka berhibur dalam bilik khas di balai polis diketuainya, dalam daerah Kajang di sini, petang semalam.
Serbuan dijalankan pasukandaripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, pada jam 6 petang semalam, sebaik menerima maklumat dari orang awam.
Ketika serbuan terhadap balai berkenaan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.
Anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang lampu berputar bagaikan dalam disko.
Hasil pemeriksaan, polis menahan OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.
Polis juga turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit tv.
Turut dirampas lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad mengesahkan kejadian terbabit, sambil berkata tangkapan dijalankan atas maklumat salah laku yang jelas.
anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
"Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP.
"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada masa ini, katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa lapor
Berita Harian
Anwar menyifatkan bahawa ibadah haji melatih umat untuk bersikap cekal dan sederhana, di samping meraikan kesamarataan dan kepelbagaian.
ReplyDeleteSelalunya pemimpin politik Malaysia berlumba lumba ambil gambar dan video masuk dalam kaabah, tawaf haji di kaabah masa musim haji oleh pengikut setia mereka. Malah dengan gambar pemimpin masuk dalam kaabah dan tawaf haji melonjakkan lagi imej pemimpin tersebut.
"Berangkatnya umat ke tanah suci berpakaian serba putih menandakan kesediaan mencorak peribadi baru yang tidak tunduk pada keangkuhan dan kemewahan yang melampau kata Anwar Ibrahim sempena raya haji tahun ini
Selalunya Bang Non kalau gi sesuatu tempat Bang Non belanja gambar gambar malah Bang Non belanja kamera CCTV lagi pada rakyat jelata.
Kalau selama ini Bang Non boleh berucap di gereja dengan slide gambar dan video kenapa Bang Non tak belanja gambar semasa menunaikan haji dulu..!?
Yang peliknya masa Bang Non tunai haji tak satu gambar pun ditunjukkan pada penyokong dan otai otai reformasi.
Kita boleh bayangkan jika ada gambat Bang Non masuk dalam kaabah pasti penyokong dan otai otai reformasi jadi bahan kempen yang lebih hebat lagi.
Tapi masa Bang Non gi buat haji dolu satu gambar Bang Non tak belanja pun...
nape yerr
kikikiki..
KERJA AMAL VS KERJA SI BATU API
ReplyDeleteKerja amal EBIT LEW sepatutnya disokong, bukan di bubuh racun
Jangan layan sangat budak budak baru nak up..!!
Sebarang kata berkaitan isu yang muncul kebelakangan ini melibatkan pendakwah budiman, Ustaz Ebit Lew.
Bagi saya, sama ada apa yang dibangkitkan oleh Caprice atau Nadir Al Nuri tentang misi bantuan Ebit Lew ke Gaza, ia tidak lebih “gelagat budak-budak baru nak up” cuba menumpang publisiti daripada populariti pendakwah tersebut.
Isu-isu yang mereka bangkitkan terlalu remeh berbanding pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang sanggup Ebit Lew lakukan selama ini.
BATU API SUDAH MARI
Batu api sudah mari. Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas – Mahathir
Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak mudah bagi rakyat Malaysia untuk memasuki Gaza, Palestin dalam pelbagai misi bantuan terutama dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Menurutnya, ini termasuklah dirinya yang masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Gaza atas pelbagai sebab terutamanya berkaitan soal keselamatan meskipun ketika tempoh beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali. Di sebalik misi bantuan ostat mesti ada sang batu api. Awas sang fitnah jijik sedang membatu api.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!