Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9

SHAH ALAM - Majoriti responden dari bandar memilih Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy berkata, ia berikutan hasil kajian yang dijalankan secara dalam talian bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS Muhyiddin?’ oleh beliau baru-baru ini.

Menurut beliau, ketiga-ketiga calon berkenaan berjaya meraih undian tertinggi dan ia sekali gus menunjukkan rakyat percaya dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul.

“Selain itu, ada juga calon yang meraih undian ramai antaranya Anthony Loke dari DAP.

“Walaupun beliau dari DAP, undian yang diperoleh bukan dari satu kaum sahaja, tetapi kaum lain juga turut mengundi beliau sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan.

Jadi di sini kita lihat Anthony Loke turut mendapat kepercayaan yang tinggi.

“Bagaimanapun kita perlu faham, kajian yang dilakukan ini lebih tertumpu kepada responden yang berada di bandar sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-269 bertajuk ‘PM9: Abah atau Siapa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Wacana tersebut turut menampilkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib @Khalid, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Bagaimanapun, Anas berkata, untuk tempoh dua tahun ini janganlah adakan pilihan raya ataupun perebutan kuasa.

Menurut Anas, beliau lebih gemar sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin mencari jalan lain untuk mengumpul satu pakatan baharu termasuk pihak pembangkang yang ada sekarang.

“Kita ada dua orang yang sebelum ini mempunyai pengalaman yang cukup luas iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.

Kedua-duanya kalau kita lihat dah lama nak menjaga Malaysia.

“Justeru, kalau masing-masing boleh bantu Muhyiddin, kita boleh kembalikan kestabilan politik selain menangani isu Covid-19, ekonomi, rasuah, perpaduan negara dan alam sekitar di negara,” katanya lapor Sinar

..... Bagi aku ini pilihan yang wajar untuk diketengahkan bagi membolehkan negara kita bebas dari cengkaman Dinosour-dinosour politik sedia ada..

Di Findland sebagai contoh, negara itu memilih seorang ahli politik wanita berusia 34 tahun, Sanna Marin menjadi Perdana Menteri sekali gus menjadi pemimpin negara paling muda di dunia.

Selain Sanna, Finland turut mempunyai menteri kewangan paling muda di dunia apabila Katri Kulmuni yang berusia 32 tahun dilantik ke jawatan itu.

Sebastian Kurz dipilih sebagai Canselor Austria pada usia 31 tahun, sebelum itu dilantik sebagai Menteri Luar dan Integrasi sejak 2013. 

Beliau menjadi Menteri Luar paling muda dalam sejarah Eropah pada usia 27 tahun. Pada Mei 2017, beliau dilantik mengetuai parti pemerintah Parti Rakyat Austria (OVP).

Kurz lahir di Vienna pada 27 Ogos 1986 dan dibesarkan di daerah Meidling.

Oleksiy Honcharuk menjadi Perdana Menteri Ukrain pada usia 35 tahun dan hanya berpengalaman dalam pemerintahan selama 3 bulan sahaja.

Fritz-William Michel dilantik jadi Perdana Menteri Haiti pada Julai 2019 pada usia 39 tahun. Sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Akuntan di Kementerian Ekonomi dan Kewangan.

Nayib Armando Bukele Ortez ialah Presiden El Salvador yang terpilih berdasarkan Pilihanraya pada tahun 2019, menjadi presiden di usia yang masih muda, yaitu 38 tahun.

Presiden Costa Rica, Carlos Alvarado Quesada, hanya berusia 39 tahun ketika dilantik. Carlos menjabat sebagai presiden sejak tahun 2018 lalu.

Nama Jacinda Ardern yang menjadi sorotan media setelah peristiwa berdarah di 2 Masjid di New Zealand, juga adalah pemimpin negara termuda karena di umur 39 tahun ia sudah menjwat jawatan sebagai perdana menteri New Zealand

Negara lain boleh kenapa negara kita tak boleh?.. Taksub kepada Ahli-ahli Politik yang dah jadi Dinosour Politik yang sedia ada tu ke?


2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kj tu umpama artis...sentiasa nak nampak popular. Keja nak nampak hebat tapi pengurusan hampeh. Program imunisasi pun masih lemah. Wang rakyat dilabur...billion2. Pernah salahkan EU...skrg siapa pulak akan dipersalahkan.
    Semborono dan hati tisu. Belum layak memimpin negara. Akal pendek.

    Baru nie kutuk EU kata bolot vaksin. Bila EU sangkal dan kata dah bagi 5juta vaksin....dia hilang tulur.
    Mcm mana nak jadi pemimpin...diplomasi dgn negara luar tak pandai. Mcm donald trump!!!
    2x5 dgn atok...hebat kecam negara luar. Konon nak nampak hebat. Sekali kena ketuk balik...tersipu2 jadi bodo.

    Selangor kurang vaksin...meroyan
    Sabah kurang vaksin...tiada ulasan
    Nampak sangat takut dilihat gagal

    Jelas bongok mcm ni suka memburukkan kawan dan lawan utk nampak dia hebat. Kaki jilat tegar.
    Semoga pru15 nanti dia join mahiadin dan assmin. Lantang memuji mereka berdua. Rela jadi jurucakap kementerian assmin demi angguk2....

    Setakat hebat berhujah...bolehlah
    Kalau bab memimpin...masih jauh

    Akal pendek, poyo dan rasa diri hebat sangat....
    Tak akan ke mana....

    Manusia punya perangai yg suka menyalahkan org lain, suka dilihat popular dan penjilat tegar biasanya otak memimpin adalah lemah.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana US, UK, Eropah dan Israel boleh vaksin hampir semua rakyatnya? Bagaimana dengan negara-negara Timur? Amereka SElatan, AFrika? Asia? Cuma Singapura, China dan Taiwan yang peratus tinggi penduduk mereka telah divaksin. Kita kena tunggu bekalan. Kita lihat US bukan pengeluar vaksin tetapi mereka ada lebihan vaksin yang didermakan. Israel lebih teruk, nak hapuskan vaksin. Tuhan kurnia kita akal dan budi tak kan kita tak tahu matematik. Bagi saya Khairi paling layak cause 2 orang tu mungkin dari percakapan ada unsur pluralisme.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post