Kontroversi kes melibatkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tercetus pada Mac 2020, ia bermula dengan satu laporan polis dibuat beliau sendiri berhubung kehilangan wang di rumahnya.
Ahli Parlimen Muar tersebut merupakan Ketua Armada, sayap pemuda dalam BERSATU sebelum digugurkan keahlian kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.
Syed Saddiq mendakwa wang tersebut adalah milik peribadi beliau dan ibu bapanya, ia selepas timbul kontroversi berhubung bagaimana sejumlah wang sebanyak itu disimpan di dalam rumahnya.
Syed Saddiq berkata, mereka membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang itu yang mana RM90,000 adalah miliknya; RM50,000 (ibunya) dan RM70,000 (bapanya).
“Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan pengubahsuaian rumah yang kami miliki bersama dan juga untuk tujuan peribadi.
“Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya Abuyah (bapa) dan Mama mengambil keputusan membeli rumah bersama,” katanya menurut laporan portal Berita Harian.
7 JUN 2020
Beliau dikenakan ikat jamin RM330,000 untuk kedua-dua tuduhan pecah amanah jenayah itu.
Syed Saddiq membayar RM80,000 dan perlu menyelesaikan baki RM250,000 sebelum Selasa depan.
Beberapa bulan selepas siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 dari rumah dua ahli Armada, ia dipercayai milik parti berkenaan.
Selain itu, SPRM turut merampas sebuah kereta bernilai RM100,000 milik pihak ketiga.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan dibuat oleh Syed Saddiq berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.
“Hasil soal siasat, kami pergi ke rumah kedua-dua ahli (Armada) berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.
“Pemeriksaan dilakukan menemui wang tunai berjumlah RM600,000 di dua lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan.
18 JULAI 2020
Syed Saddiq dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes yang sedang disiasat agensi berkenaan, ia berhubung laporan polis yang dibuatnya melibatkan kehilangan wang berjumlah RM250,000 yang disimpan di kediamannya, Petaling Jaya pada 28 Mac lalu.
Syed Saddiq ketika itu berkata tiada apa-apa untuk disembunyikan dan berterima kasih atas komitmen pegawai SPRM sepanjang diambil keterangan.
“Terima kasih para pegawai SPRM yang bertugas lebih masa hari ini (semalam) atas layanan yang baik dan profesional (sepanjang siasatan).
“Sekali lagi, saya tak ada nak sembunyikan apa apa. Berani kerana benar,” katanya dipetik media.
22 JULAI 2021
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa atas dua pertuduhan melibatkan wang sejumlah RM1 juta dan RM120,000 milik sayap pemuda Bersatu, Armada yang dikeluarkan tanpa mendapat kebenaran parti tersebut.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
Pertuduhan pertama, Syed Saddiq selaku Ketua Armada ketika itu dituduh dengan curangnya membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB Kuala Lumpur Sentral pada 6 Mac 2020.
Atas pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi satu satu lagi pertuduhan, beliau didakwa salah guna sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM120,000 pada April 2018.
Kertas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa dengan curangnya melakukan kesalahan itu yang mana dana tersebut dikutip melalui Maybank Milik Armada Bersatu Enterprise.
Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank Islamik Berhad, Jalan Pandan, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Beliau dikenakan ikat jamin RM330,000 untuk kedua-dua tuduhan pecah amanah jenayah itu.
Laporan dipetik dari AgendaDaily
Beri peluang golongan muda dapat pekerjaan yang lebih baik.
ReplyDeleteSeramai 163 doktor di S’gor berhenti sejak Januari, antara lain kerana hilang minat
Seramai 163 pegawai perubatan kontrak yang berkhidmat di Selangor telah meletak jawatan sejak Januari tahun ini sehingga hari ini, menurut Pengarah Kesihatan Selangor Dr Shaari Ngadiman.
Ketika diminta mengulas mengenai laporan doktor kontrak di Lembah Klang yang letak jawatan disebabkan tekanan susulan lonjakan kes Covid-19, Shaari tidak merujuk kepada beban yang dihadapi oleh pegawai perubatan di Selangor.
Sebaliknya, dia mengaitkan peletakan jawatan itu atas sebab lain.
“Pertama pada masa ini, jika kita lihat, mereka berhenti sebab untuk berkhidmat di pusat pemberian vaksin yang menawarkan emolumen lebih tinggi.
Masa kerajaan untuk kaji semula umur persaraan wajib pekerja di Malaysia dikembalikan pada 55 tahun.
assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
DeleteTerima kasih kepada: AKI SOLEH
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan 4D (9363)
alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
yang ingin merubah nasib
seperti saya.!!
SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747
Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
1: Di kejar2 tagihan hutang
2: Selaluh kalah dalam bermain togel
3: Barang berharga sudah
terjual buat judi togel
4: Sudah kemana2 tapi tidak
menghasilkan, solusi yang tepat.!!
5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
Dijamin anda akan berhasil
silahkan buktikan sendiri
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747
Angka:Ritual Togel: Singapura
Angka:Ritual Togel: Hongkong
Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia
Angka:Ritual Togel: Laos
Angka:Ritual Togel: Macau
Angka:Ritual Togel: Sidney
Angka:Ritual Togel: Brunei
Angka:Ritual Togel: Thailand
" >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "
Takkan tak faham2 lagi strategi politik di malaysia yg dipelopori oleh mamak kutty. Kau sokong aku, semuanya ditutup. Kau lawan aku, aku cipta segala macam tuduhan terhadap kau. Setakat ini cuma 2 orang ahli politik yg berani hadapi cabaran diugut. Anwar dah terbukti dan SS yg baru nak mula. Kita tengok setakat mana dia boleh tahan. Kalau tak percaya kata aku, cuba suruh azmin cabar PM. Tengok sama ada video sandakan dia tiba2 akan muncul semula. But then, azmin mana ada teloq macam pahlawan kita yg dah terbukti!
ReplyDeleteBerapa banyak nak kumpul tak kisah lah Tuan Syed - Di mahkamah nanti hanya peguam bela sahaja yang berkumpul mungkin peguam handal Tun pun berkumpul sekali. Bring it on. Dengan 9,836 menyumbang pada tabung rayuan Syed Saddiq untuk membayar wang jaminan dan kos guaman, namun jumlahnya bukan sahaja mencukupi, tetapi berjaya dikutip kurang 24 jam.
ReplyDeleteJumlah penyumbang, jika dibandingkan jumlah yang mengundi beliau pada PRU-14 – mewakili 44% daripada 22,341 pengundi.
Penulis percaya, penyumbang tersebut tidak semestinya mereka yang mengundi beliau, akan tetapi mungkin menyebar di seluruh negara.
Amaun RM715,500 jika dibahagi dengan jumlah penyumbang, purata lebih sedikit dari RM72.
Kau bernasib baik Tuan Syed tiada trial by media ngatakan kau penyamun pencuri dan perompak walaupun mahkamah masih berjalan. Bukan macam bossku belum bicara di fitnah pencuri penyamun. Nama Jho Low di jaja serata dunia. Akhirnya Jho Low lesap bebas Melayu sesama Melayu berantakan. Jho Low tepuk tangan bersama bangsa Jho Low lihat kebodohan ultra Melayu di bangang bangangkan oleh mereka.
Di mahkamah medan Syed sekurang kurang nya elok buat sumpah laknat macam bossku... akibat sumpah laknat tuan yang memfutnah jijik tertebuk muka nya sendiri dan PRK lagi banyak undi berkumpul menjatuhkan Tun dan PH.
q serra serra bring it on
Kaji lah balik umur persaraan wajib sektor awam dan swasta.
ReplyDeleteDalam masa 6 jam, 20 amaran terhadap doktor kontrak dari pengarah hospital
Hartal Doktor Kontrak, penganjur mogok pada hari ini, berkata lebih 20 amaran telah dikeluarkan dalam jangka masa enam jam terhadap doktor kontrak kerajaan yang merancang untuk mengambil bahagian dalam tindakan perusahaan itu.
Seorang wakil gerakan pekerja itu memaklumkan hal tersebut kepada Malaysiakini, dengan syarat enggan mendedahkan namanya untuk mengelakkan tindak balas kerajaan.
Katanya, dia merasa terkejut dengan kecekapan pengarah hospital bekerja pada hari Ahad untuk menggagalkan mogok yang menuntut jaminan yang lebih baik kepada doktor kontrak.
“Dalam masa enam jam, kami mendapat lebih 20 ancaman daripada hampir setiap pengarah hospital dan jabatan kesihatan negeri.
“Ketika kami meminta sokongan mereka terhadap penderitaan kami, mereka semua membisu.
“Tetapi tiba-tiba pada petang Ahad, mereka semua bergerak aktif dan bekerja (untuk menghentikan mogok),” katanya kepada Malaysiakini.
Petang tadi, Kementerian Kesihatan juga berkongsi garis panduan di laman Facebooknya yang menekankan penjawat awam tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam “perhimpunan haram”.
Kata KKM, ini termasuk meninggalkan tugasan pada waktu pejabat untuk melihat atau menyertai perhimpunan.
Elok lah dikaji semua sektor perkhidmatan awam supaya umur persaraan dikaji semula pada 55 tahun memandangkan ramai tenaga muda disemua sektor tidak dapat kerja. Bukan sektor perubatan sahaja kaji di semua sektor kerajaan. Dengan menyemak semula umur persaraan wajib kepada 55 tahun peluang anak muda mengantikan kerja yg dikosongkan oleh pesara wajib itu.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!