Langgar SOP: Antara Negara Bukan Islam Dan Negara Melayu Isle..

Berikut disenaraikan Menteri-menteri dari pelbagai negara yang tanpa berdolak-dalih, terus meletakkan jawatan atas dasar sikap bertanggungjawab bukan sekadar dalam isu melanggar SOP COVID, juga termasuk isu ekonomi dan pertikaian moral selaku Menteri.

NEW ZEALAND
2 Julai 2020: Menteri Kesihatan New Zealand letak jawatan selepas dikritik ekoran pelanggaran peraturan lockdown.

Kata David Clark, jika beliau terus memegang jawatan itu, pasti akan mengganggu respon kerajaan secara keseluruhan dalam menangani pandemik. Beliau selaku menteri sepatutnya bukan sekadar mematuhi arahan, bahkan menunjukkan contoh yang baik buat rakyat semua.

Beliau memahami kemarahan orang ramai dan mengakui kebodohan beliau di tengah-tengah kepanikan rakyat menghadapi pandemik COVID.

“At a time when we are asking New Zealanders to make historic sacrifices I’ve let the team down. I’ve been an idiot, and I understand why people will be angry with me”, ujar beliau.

Setakat Julai, 1528 kes positif atau kemungkinan positif. 22 angka kematian di New Zealand.

POLAND
18 Ogos 2020: Menteri Kesihatan, Dr. Lukasz Szumowski meletakkan jawatan ekoran pelbagai isu dibangkitkan sepanjang era pentadbiran beliau. Dalam tempoh 9 bulan setelah mengangkat sumpah, beliau dikritik dalam pelbagai isu termasuk pemberian geran kerajaan bernilai 140 juta Poland złoty kepada syarikat adiknya.

Sebahagian kelengkapan medikal yang dibeli kerajaan turut dikesan tidak efektif. Dr. Lukasz, yang juga seorang cardiologist, meletakkan jawatan setelah timbalannya mengumumkan perletakan jawatan tanpa sebab.

CANADA
18 Ogos 2020 : Menteri Kewangan Canada, Bill Morneau letak jawatan susulan kegawatan ekonomi Canada yang dijangka mencecah CDN$343 billion defisit bagi 2020-2021, paling teruk dalam sejarah Canada.

Ura-ura mengatakan pertembungan beliau dan Perdana Menteri dalam perbelanjaan bagi menangani COVID menyebabkan beliau meletakkan jawatan selain pelan rangsangan ekonomi yang dilihat menemui jalan gagal.

IRELAND
21 Ogos 2020: Menteri Pertanian Ireland, Dara Calleary letak jawatan setelah didapati bersalah menghadiri majlis makan malam Kelab Golf Parlimen.

Akhir Jun yang lalu, Ireland menguatkuasakan peraturan COVID-19, salah satunya melarang perkumpulan melebihi 50 orang pada satu-satu masa.

Ketika itu, Calleary baru sahaja menjawat jawatan Menteri selama tempoh 1 bulan.

CZEH
21 September 2020: Menteri Kesihatan Czech letak jawatan setelah gagal menurunkan graf COVID walaupun berjaya mengawal angka jangkitan pada peringkat awal.

Adam Vojtěch digantikan oleh pembantu beliau, epidimiologist Roman Prymula, pengatur strategi yang berjaya meredakan kes COVID sebelum itu.

UNITED KINGDOM 
27 June 2021: Sehari selepas mohon maaf kerana melanggar sekatan pergerakan berikutan sebuah akhbar menyiarkan gambarnya memeluk mesra serta mencium seorang wanita, Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock memutuskan untuk letak jawatan.

Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Perdana Menteri, Boris Johnson.

Dalam surat berkenaan, Hancock berkata, beliau ambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku.

MALAYSIA
Sementara itu di Malaysia.... hmm tak dak kot Menteri yang langgar SOP COVID tu..?

Ha... ha.. ha...

Buat malu kat Negara bukan Melayu Isle saja depa ni..


Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post