Masuk Hari Ke-3, Hadi Awang Ke Mana?.. Tuang Presideng Tuang Ke?

KUALA LUMPUR: Sidang Khas Dewan Rakyat masuk hari ketiga membincangkan isu perihal Covid-19, namun mungkin ramai terleka akan ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengesahkan perkara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadli Shaari berkata, pemimpin itu tiada di dalam Dewan Rakyat hari ini.

“Ya, tidak datang. Saya tidak pasti kenapa,” katanya ringkas.

Semakan Utusan Malaysia dengan salah seorang pegawai di Parlimen juga menjelaskan yang Presiden Pas itu tidak hadir ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Hadi dilihat aktif dengan kenyataan minda Presidennya menerusi laman sosial Facebook di mana beliau mengulas tindakan beberapa ahli Parlimen yang dilihat mengganggu Perdana Menteri ketika menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna.

“Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna, maka kedengaran suara ejekan riuh rendah pihak yang menandakan tahap kefahaman mereka tanpa disedari dirinya bersifat sangat jahil.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Akhirnya kantoi Tuan Hj Hadi Awang sedang bersantai di pantai sambil memanah. Lihat Link video dibawah

    Sah kerajaan gagal.

    SAH Sidang Parlimen tadi PN sebuah Kerajaan Gagal..!!Kenyataan Ku Li, Tun Mahathir Anwar ,Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang ternyata benar cubaan Takiyuddin dan Azmin menipu dan berbohong di dewan rakyat..!!

    Link bawah sudah nyata dan terbukti benar sama sekali yang Malaysia di bawah Pakatan Nasional adalah sebuah Kerajaan Gagal..

    bukti link kat bawah tu haahh..!!


    https://youtu.be/aULpjA5cq60

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post