LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai punca perbalahan dan perpecahan yang dilihat berlaku di dalam UMNO ketika ini.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, individu yang paling layak dipersalahkan bagi perkara itu adalah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.
Jelasnya, era kehancuran parti terbesar orang Melayu itu bermula selepas Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang mana pemimpin itu disifatkan hanya menggunakan platform atau wadah parti untuk memenuhi kepentingan peribadi.
![]() |
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here |
"Dia (sesiapa) hendak kata (saya punca) dia boleh kata lah, kalau tidak ada Najib, hari ini UMNO dah jadi kerajaan, kalau tidak sabit (kerana) Najib, (UMNO tidak akan dilihat berpecah), Najib (yang) hancurkan UMNO. (Ketika ini) dia (sudah) didapati bersalah di mahkamah.
"Siapa (sebenarnya) yang pecahkan UMNO?, bila saya berhenti dari UMNO, rakyat percaya UMNO masih baik hingga bila diadakan PRU pada 2004, kemenangan UMNO cukup menggalakkan, lebih dari pada masa saya ada (di dalam UMNO) dulu.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di Kuah pada Jumaat.
"Kalau hendak berpecah, masa itu sudah pecah dah, tetapi kenapa sekarang, kerana apabila kita serah kepimpinan kepada Abdullah dan Najib, mereka rosakkan parti sehingga penyokong UMNO (sendiri) pun tolak UMNO," katanya.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Muhyiddin dengan serta-merta.
Menurut Ahmad Zahid, ia hasil daripada mesyuarat MKT yang mendapati segala panduan utama yang digariskan oleh UMNO sebagai syarat sokongan terhadap Muhyiddin sebelum ini telah gagal dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan.
Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat bercanggah dengan kenyataan bersama yang dibuat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Menerusi kenyataan itu, Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengumumkan sepakat untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat.
Kalau ko tak gila nak jadi peeM dan nak jaga kebajikan legasi ko...malaysia tak akan jadi seperti sekarang. Angkara nak berkuasa penuh mcm ko buat menteri2 ko angguk2 selama 22tahun dulu maka mandat rakyat jadi hancur. Angguk2 supaya senang ko dahulukan legasi ko dan rakyat pula kena ikat perut.Baru berapa bulan jadi peeM selepas pru14, habis harta dan aset berharga negara ko pi lelong. Konon negara bangkrap bagai. Kalau bangkrap lagi mampus rakyat dengan situasi sekarang. Angkara wirid najib lah negara masih ada wang untuk dihabiskan anak angkat semburit pujaan hati ko tu!!!
ReplyDeleteAtok...nak tanya ko bangang pi bakar kerajaan ko apasal?! Kemudian tergila2 nak jadi bos mageran pulak. Sudah2lah buat karut haram jadah. Kegilaan ko nak berkuasa, negara jadi tunggang langgang!!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!