Pakar Ekonomi Kata Kerajaan Tipu Ekonomi Negara Makin Pulih?

KERAJAAN tidak berkata benar apabila mengumumkan ekonomi Malaysia bertambah baik sedangkan data dan angka menunjukkan sebaliknya, kata pakar ekonomi tersohor Dr Muhammed Abdul Khalid.

Pakar ekonomi itu berkata ada beberapa penunjuk arah yang ekonomi sedang parah ketika pandemik Covid-19 ini.

Ini termasuk penguncupan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK), peningkatan jumlah pengangguran dan pekerja yang guna tenaga tidak penuh, kadar kemiskinan meningkat serta tahap bunuh diri sangat membimbangkan.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

“Ekonomi kita sudah mengecil tiga tahun ke belakang. Angka ini sama seperti tahun 2018,” kata Muhammed.

Keadaan ini lebih teruk mengikut negeri, tambahnya.

“Kalau tengok dari segi KDNK per kapita di setiap negeri, banyak negeri ke belakang. Di Sabah, lima tahun ke belakang. Di Terengganu tiga tahun ke belakang. Di Kuala Lumpur dan Selangor dua tahun ke belakang,” kata Muhammed.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan KDNK menguncup 5.6% pada 2020 dan pada suku pertama 2021, ekonomi menguncup lagi 0.5%.

Namun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata ekonomi menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada suku kedua.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga turut berkata keadaan ekonomi negara dijangka bertambah baik tahun ini berikutan langkah pemulihan oleh kerajaan.

Sementara itu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata RM150 bilion yang diumumkan dalam rangsangan kewangan terbaharu kerajaan, Pemulih, akan meningkatkan KDNK sebanyak 2%.

Bagaimanapun, Muhammed tidak percaya, katanya jumlah bantuan kewangan secara terus oleh kerajaan tidak cukup.

“Wang yang dibelanjakan oleh kerajaan dalam Pemulih sebenarnya sangat kecil iaitu RM10 bilion, tidak sampai 1% daripada jumlah KDNK yang dijangkakan tahun ini.

“Sebenarnya, daripada pakej rangsangan bernilai RM530 bilion yang diumumkan kerajaan waktu pandemik ini, cuma 16% berbentuk suntikan fiskal langsung.

“Menteri terlalu kedekut untuk guna duit selamatkan nyawa,” katanya.

Muhammed juga berkata, berdasarkan peningkatan kes Covid-19 dan kadar vaksinasi yang perlahan, Bank Dunia telah menilai semula ramalan pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini ke angka yang lebih rendah iaitu 4.5% berbanding ramalan kerajaan 6%.

“Tahun suku pun dijangka mengecil disebabkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur yang menyumbang 40 peratus kepada ekonomi negara,” katanya.

Mengenai sektor buruh, Muhammed berkata jumlah pengangguran juga naik 44% kepada 743,000 berbanding Disember 2019.

“Ini antara paling tinggi dalam tempoh 30 tahun! Bahkan, bukan hanya ramai yang hilang kerja, tetapi yang bernasib baik bekerja kurang masa, guna tenaga tidak penuh.

“Peratusan yang kerja guna tenaga tidak penuh naik sebanyak 92% kepada 367,000 orang pada tahun lepas. Golongan muda juga tertekan, jumlah pengangguran di kalangan mereka adalah yang tertinggi.

“Di mana katanya pulih?” kata Muhammed.

Lebih ramai rakyat jatuh miskin

Turut dilaporkan, kadar kemiskinan Malaysia naik kepada 8.4% berbanding 5.6% tahun lalu kerana pandemik.

“Maksudnya jumlah isi rumah yang jatuh ke dalam kemiskinan naik dari 405,000 kepada 607,000 isi rumah. Maknanya 200,000 isi rumah jatuh miskin.

“Kalau isi rumah ada lima orang, ini bermaksud sepanjang tahun lepas, satu juga rakyat Malaysia jatuh miskin.

“Kalau ekonomi berkembang, kadar kemiskinan mesti turun. Di mana katanya pulih?”

Selain itu, baru-baru ini polis telah mengeluarkan data purata dua kes bunuh diri berlaku setiap hari sejak 2019 sampai sekarang.

Daripada 1,708 kes bunuh diri yang direkodkan, 872 orang, menjadikan satu daripada dua kes adalah remaja.

Muhammed mengingatkan ini adalah jumlah yang bahaya dikeluarkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan pertubuhan kebajikan lain sejak awal tahun lalu.

“Kita tahu kita hadapi masalah ekonomi tidak berkembang, rakyat tertekan dan tiada pendapatan. Tahun lepas Unicef buat kajian di Kuala Lumpur. Seawal Ogos tahun lepas, masalah mental adalah perkara serius.

“Satu daripada lima ketua isi rumah menghadapi masalah mental terutamanya ibu tunggal. 80 peratus menghadapi stress.

“Sekarang kanak-kanak akan hadapi tekanan,” katanya.

“Ibu bapa berkata separuh daripada anak mereka hadapi tekanan dan hilang minat belajar.

“(Jika) kita tidak bertindak cepat. Tahun ini kadar kes bunuh diri dua kali ganda tahun lepas. Dan separuh (kes) bunuh diri yang tertekan adalah kanak-kanak,” katanya.

Tambah Muhammed, perubahan sosioekonomi tidak berlaku malah bertambah teruk seperti yang dapat dilihat dalam kempen bendera putih ditunjukkan rakyat yang ada masalah kewangan.

Situasi Covid-19 di Malaysia juga masih membimbangkan dengan jumlah beban kes mencapai angka 800,000, dengan lebih 5,000 kematian.

Laporan dipetik dari The Malaysian Insight

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post