Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS

SHAH ALAM – Polis akan melakukan siasatan terperinci mengenai pencerobohan enam petugas media daripada pelbagai agensi memasuki ke kawasan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), tanpa kebenaran pada Isnin lalu. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini termasuk sama ada berlaku kelonggaran kawalan keselamatan dan individu yang membawa masuk kesemua petugas media tersebut.

Katanya, enam petugas media itu didapati memasuki kawasan itu secara serentak dengan hanya memakai pelitup dan pelindung muka sahaja tanpa sebarang peralatan perlindungan diri (PPE).


“Itu (PKRC) tempat larangan dan orang yang masuk perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pengurusan di situ. Tambahan, PKRC Maeps telah diisytiharkan dan diwartakan sebagai pusat kuarantin dan rawatan penyakit berjangkit sejak 6 Disember tahun lalu.

“Kalau saya sendiri pergi PKRC sekalipun perlu meminta kebenaran untuk memasuki kawasan itu. Inikan pula wartawan dan tidak kira siapa pun,” katanya pada sidang akhbar secara maya semalam.

Menurut beliau, PKRC itu mempunyai tiga zon iaitu hijau, kuning dan merah dengan petugas media telah memasuki zon kuning yang kebanyakannya adalah pesakit kategori ketiga dan keempat berdasarkan laporan dilakukan pihak pengurusan Maeps pukul 4 petang semalam.

“Mereka ini telah menceroboh kawasan larangan dan membahayakan diri sendiri selain orang ramai.

“Apabila mereka masuk berkemungkinan membawa virus keluar dan tidak tahu sejauh mana telah kontak rapat dengan orang lain atau rakan media lain. Pihak pengurusan Maeps sendiri telah menyatakan tiada kebenaran diberikan kepada petugas media itu,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya akan memanggil kesemua petugas media terlibat dalam masa terdekat namun tidak menyatakan dari mana agensi-agensi media tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan rakaman keterangan kepada 17 kakitangan kementerian kesihatan adalah berhubung isu pencerobohan dan bukan berkaitan hartal doktor kontrak.

“Rakaman percakapan ini penting bagi mendapatkan maklumat dan siasatan kita. Kalau rakam percakapan salah, saya pun tidak tahu hendak belajar dari dunia mana lagi untuk siasat.

“Berkenaan isu rakam keterangan sehingga pukul 3 pagi disebabkan doktor bertugas pukul 8 pagi hingga 8 malam. Kita pun ada hati perut dan menggunakan waktu bertugas mereka untuk diambil keterangan secara bergilir dengan kebenaran pengurusan Maeps. Justeru, jangan jadikan itu sebagai isu dan memutarbelitkannya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE.

Sebelum itu Kosmo telah melaporkan tindakan enam petugas media daripada pelbagai agensi memasuki ke kawasan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), tanpa kebenaran pada Isnin lalu, membawa padah apabila satu laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan PKRC terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehawan Mohamed berkata, polis menerima satu laporan daripada pihak pengurusan PKRC Bersepadu (PKRCB) MAEPS semalam, yang melaporkan terdapat enam petugas media daripada pelbagai agensi masuk ke kawasan PKRC tersebut antara pukul 11 pagi hingga 1 petang tanpa kebenaran.

“Kawasan tersebut merupakan sebuah dewan yang menempatkan seramai 496 pesakit wanita yang positif Covid-19.

“Dewan di kawasan PKRCB MAEPS telahpun diwartakan sebagai tempat Pusat Kuarantin dan Rawatan Penyakit Berjangkit Covid-19 dan orang luar dilarang memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Md. Noor Aehawan berkata, siasatan mendapati salah seorang petugas media itu membuat laporan secara langsung semasa berada di dalam dewan tersebut.

Beliau berkata, setakat ini, polis telah merakam keterangan 17 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) terdiri daripada doktor dan jururawat bertugas semasa kejadian bagi membantu siasatan bertujuan mendapatkan pengesahan mengenai kehadiran petugas media di dalam dewan tersebut.

“Sehubungan itu, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat rakaman siaran langsung di dalam kawasan dilarang sehingga menampakkan pesakit Covid-19 yang sedang dirawat, juga akan dibuat,” katanya.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan 4D (9363)
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya.!!
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post