
PETALING JAYA: Tindakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjawab bagi pihak Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membangkitkan suhu panas Dewan Rakyat melibatkan ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Mohamed Azmin (Bersatu-Gombak) bangun untuk menjawab dakwaan kluster kilang seperti dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) sedangkan soalan itu patut dijawab Tengku Zafrul.
Beliau menjelaskan tiada bukti jelas menunjukkan bahawa jangkitan Covid-19 disumbang oleh sektor kilang dan industri.
“Ketua Pembangkang kena bagi hujah berfakta, Port Dickson (Anwar) bukan Ketua Ranting tetapi Ketua Pembangkang dan kononnya bakal Perdana Menteri,” katanya.
Jawapan itu namun tidak berjaya memuaskan hati ahli-ahli pembangkang yang mendakwa fakta itu tidak berasas dan mengikut fakta kesihatan sehingga mereka mempertikai kredibilti Mohamed Azmin sebagai Menteri Kanan.
Antaranya Dr. Lee Boon Chye (PH-Gopeng) dan Dr. Ong Kian Ming (PH-Bangi).
Namun ketika Mohamed Azmin cuba menunjukkan carta data-data mengenai kluster kilang, ramai yang bersuara menyindirnya dengan menyebut perkataan ‘kabur’ lapor
Utusan Malaysia
Bukan saja ahli parlimen pembangkang! Azmin ni dah jadi lauk majoriti rakyat. Tengok saja di medsos. Aku nak tengok bila rakyat memaki hamun secara berdepan dgn dia bila dia berkempen semasa pru akan datang. Begitulah juga dgn geng pengkhianat dia. Rakyat tak akan lupa penghianat......selama2nya!!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!