768,700 Menganggur.. Majlis Pekerjaan Negara Buat Apa?

Majlis Pekerjaan Negara (NEC) ditubuhkan di bawah #Belanjawan2021 untuk menjana 500,000 pekerjaan dan membina modal insan negara secara strategik dan sistematik.

Dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, NEC juga dianggotai oleh Menteri-menteri, pihak swasta serta pemain industri. ⠀⠀

Agensi LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, selaku Sekretariat NEC, berperanan untuk memantau kemajuan & pelaksanaan inisiatif bagi mencapai matlamat yang dihasratkan.

Kemudiannya pada 5 Ogos lalu laporan dari Berita Harian mengatakan Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malah, katanya, dalam usaha membantu golongan sasaran mencari pekerjaan, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi program PenjanaKerjaya di bawah Belanjawan 2021 dengan PenjanaKerjaya 2.0 berjaya membantu lebih 141,000 orang mendapat pekerjaan.

Tapi hari ini.. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan seramai 768,700 orang menganggur dengan kadar pengangguran juga dicatatkan meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun berbanding 4.5 peratus pada Mei tahun ini.

Jadi berapa Billion RM lagikah yang perlu dibelanjakan Kerajaan untuk membentu menyediakan peluang pekerjaan bagi 768,700 orang yang menganggur itu?
 

SHAH ALAM - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan seramai 768,700 orang menganggur dengan kadar pengangguran juga dicatatkan meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun berbanding 4.5 peratus pada Mei tahun ini.

Laporan yang dibuat berdasarkan keluaran Statistik Tenaga Buruh Malaysia pada Jun dan suku kedua tahun 2021 itu menunjukkan kedudukan penawaran buruh berdasarkan Survei Tenaga Buruh.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk bekerja menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 15.30 juta orang (Mei 2021: 15.37 juta orang) dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk jatuh sebanyak 0.4 mata peratus kepada 65 peratus.

“Seterusnya, kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus setelah merekodkan penurunan bagi tempoh empat bulan berturut-turut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja mengikut sektor ekonomi pada Jun 2021 menunjukkan kesemua sektor ekonomi mencatatkan penurunan guna tenaga.

Menurutnya, sektor perkhidmatan merekodkan pengurangan bulan ke bulan buat pertama kalinya setelah mencatatkan peningkatan selama 12 bulan.

“Penurunan dalam sektor perkhidmatan sebahagian besarnya aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman; hartanah dan perdagangan borong dan runcit.

“Dari segi taraf pekerjaan, kategori pekerja iaitu 77.6 peratus yang merupakan komposisi terbesar penduduk bekerja telah berkurang sebanyak 56,700 orang (-0.5 peratus) kepada 11.87 juta orang berbanding bulan sebelumnya (Mei 2021: 11.93 juta orang),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat lima negeri merekodkan kadar pengangguran tertinggi pada suku kedua 2021 adalah Labuan (8.8 peratus), Sabah (8.7 peratus), Perlis (5.3 peratus), Kelantan (4.8 peratus) dan Selangor (4.4 peratus).

Selain itu, katanya, Pulau Pinang (73.5 peratus), Kuala Lumpur (73.4 peratus), Selangor (74.9 peratus), Sarawak (69.4 peratus) and Sabah (66.7 peratus) mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang tertinggi pada suku tersebut.

“Pada suku ini, bilangan tenaga buruh berkurang sebanyak 36,100 orang kepada 15.97 juta orang berikutan penurunan bilangan penduduk bekerja dan penganggur.

“Bilangan penduduk bekerja berkurang sebanyak 0.2 peratus kepada 15.21 juta orang terutama dalam sektor perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.

“KPTB pada suku ini adalah 68.3 peratus dengan kedua-dua lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan kadar 80.8 peratus dan 55.0 peratus," katanya lapor Sinar Harian

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post