
Pakatan Harapan (PH) harus menggandakan usaha untuk menembusi kawasan luar bandar, kata bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli.
"Ini bukan soal strategi, tapi daya usaha.
"Sekiranya kamu mahu menembusi kawasan luar bandar, kamu harus ada ahli politik yang tahu bagaimana nak gerakkannya, ikhlas dan ingin tahu masalah luar bandar, daripada hanya melalak di Parlimen.
“Ia perlukan lebih daripada PKR dan Amanah untuk menarik undi Melayu," katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia 2021.
Bekas ahli parlimen Pandan itu menyorot kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan, dengan berkata strategi mereka ke arah memperoleh majoriti, bukan menumpukan terhadap keperluan orang ramai.
Katanya, PH terlampau menumpukan objektif untuk menjadi kerajaan sekali lagi sehingga mereka terpisah dengan rakyat.
“Malangnya ketika ghairah mendapatkan bilangan yang cukup untuk mengambil alih semula kerajaan, kamu langgar beberapa perkara - dan ia termasuk berpakat dengan orang yang kamu tentang,” katanya.
Untuk menuju ke hadapan, dia berkata pembangkang bermuhasabah terhadap kesilapan mereka dan memikirkan cara membentuk gabungan pembangkang yang dapat berfungsi lebih baik pada pilihan raya umum akan datang.
“Tidak cukup sekarang ini hanya dengan menjual idea reformasi dan berkata kita tidak korup daripada orang lain.
“Biarkan rakyat menilainya,” katanya.
Disember lalu, Rafizi memberi amaran kepada presiden parti PKR, Anwar Ibrahim tentang golongan oportunis di kelilingnya, dan meminta supaya bertindak segera terhadap individu tertentu dalam parti itu.
Kata Rafizi "budak-budak" terbabit hanya muncul selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan apabila dia mempunyai peluang menjadi perdana menteri.
Penampilan awam pertama
Ini adalah penampilan pertama Rafizi di khalayak ramai sejak dia selepas mengumumkan berundur daripada politik pada 2019 selepas kalah menentang Azmin Ali dalam pemilihan PKR akhir 2018.
Apabila ditanya mengenai kepimpinan Anwar ketika ini, katanya tiada siapa yang boleh lakukan lebih baik berbanding Anwar buat masa ini.
"Saya rasa tidak adil untuk meletakkan semua kesalahan terhadap satu individu kerana kita sering kehilangan perspektif tentang apa yang telah kita capai dalam 20 tahun terakhir.
"Apa sahaja yang telah kita capai (setakat ini) disebabkan pendirian yang diambilnya pada tahun 1998, jika tidak, saya tidak akan berada di sini.
“Generasi golongan yang menjadikan 2018 (PH menang pilihan raya) mungkin tidak berada di sini,” katanya lapor
MalaysiaKini
Betullah apa Rafizi kata tu..
1- Malangnya ketika ghairah mendapatkan bilangan yang cukup untuk mengambil alih semula kerajaan, kamu langgar beberapa perkara - dan ia termasuk berpakat dengan orang yang kamu tentang.
2- "Budak-budak" keliling Anwar hanya muncul selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan apabila dia mempunyai peluang menjadi perdana menteri.
3- Apa sahaja yang telah kita capai (setakat ini) disebabkan pendirian yang diambilnya pada tahun 1998.
Tapi.. apa boleh buat.. Ketika leka memandang bintang di langit mereka terlupa rumput di Bumi.. mereka tersedar hanya bila mereka telah terpijak duri...
Idea baik...tapi
ReplyDeleteCuba tengok muka anwar, guan eng dan mat sabu sekarang.
Ada kredibiliti tak?
Rasanya dah tak ada sirna langsung.
Ikhlas cakaplah sejak beberapa pru...
Baik ph tukar 3 muka sedia ada tu. Cari yg betul2 berkaliber sikit.
Anwar sejak 1998 sehingga sekarang..kepercayaan dan keyakinan rakyat dah makin terhakis akan kebolehannya. Penyokong setia ramai dah menunjuk rasa kurang taksub seperti dulu-dulu.
Guan eng dan mat sabu...pegang jawatan selama 22 bulan dalam kerajaan dah macam badut. Pentadbiran berterabur. Belum lagi lakonan cedera yang makin buat orang menyampah. Lagi-lagi bila rakyat tahu rizab negara melebihi rm2trillion sedangkan rakyat dimain dengan wayang negara bangkrap. Bagi rm30 kemudian buat muka sedih dengan tangan patah itu jer yang dia mampu. Penipu macam ini nak diangkat balik sebagai pemimpin utk mentadbir negara memang bodoh.
Wayang nangis2 ni belajar dari bekas pm7 kot...
Mat sabu...pelawak yg memalukan negara di mata wakil negara asing. Melawak dan kelentong bolehlah.
Rafizi harus berani menyuarakan agar 3 stooges tu bersara dan beri peluang kpd muka lain.
Dulu ada penyokong kuat anwar. Berani mati demi menyokong anwar. Sejak video besi dan kes saiful dah mula melarikan diri. Tambah lagi banyak sangat cakap kosong berdegar-degar yang dah kurang meyakin rakyat. Setakat jadi pakar motivasi bolehlah...katanya.
Tak perlu pergi ke luar bandar lah.
Di bandar pun ramai yang hilang keyakinan dengan 3 stooges tu.
Pru15 nanti boleh lihatlah prestasi mereka kalau masih diberi peluang sebagai pemimpin. Gerenti hancur...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!