Dalam Perlembagaan Persekutuan Tiada Perkataan Sokongan Bersyarat

PETALING JAYA: Tiada perkataan unconditional atau tanpa syarat dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung sokongan terhadap proses pelantikan pelantikan Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Marzuki Mohamad menjelaskan, sebaliknya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu perlu melantik Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Saya tidak faham kenapa sesetengah pihak mengatakan sokongan Perikatan Nasional (PN) kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sah semata-mata kerana syaratnya ialah pertama, menteri yang bakal dilantik mestilah bebas daripada pertuduhan jenayah dan kedua kerajaan PN mesti terus hormat prinsip pengasingan kuasa, kebebasan badan kehakiman dan Raja Berperlembagaan.

“Saya cari dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perkataan “unconditional confidence of the majority” atau kepercayaan majoriti tanpa syarat. Saya tak jumpa perkataan ‘unconditional’. Yang saya jumpa hanyalah perkataan ‘confidence of the majority’ atau kepercayaan majoriti.

“Jadi janganlah kita suka-suka tambah perkara yang tiada dalam perlembagaan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Khamis lalu, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga mendakwa sokongan bersyarat PN kepada Ismail Sabri untuk dilantik sebagai Perdana Menteri tidak boleh dianggap sah kerana sokongan ahli Parlimen mesti dilakukan tanpa syarat.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri sementara merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sokongan daripada 50 anggota Parlimen gabungan itu kepada Ismail Sabri sebagai calon pengganti beliau adalah bersyarat

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta 220 ahli Parlimen menyatakan identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan, pernyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Marzuki menjelaskan antara sumpah jawatan Perdana Menteri ialah mesti berikrar untuk junjung perlembagaan dengan pengasingan kuasa dan kebebasan badan kehakiman adalah sebahagian daripada peruntukan dalam undang-undang tertinggi negara itu yang mesti dijunjung oleh mana-mana individu yang dilantik.

“Sebelum Jemaah Menteri dilantik, proses vetting akan dibuat untuk memastikan bakal menteri tidak ada rekod jenayah, bebas rasuah, tidak ada rekod sangkut bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukan seorang yang bankrap. Ini selari dengan syarat PN, ia bukan perkara luar biasa, kalau tak buat itu luar biasa,” ujar beliau.

Malah katanya lagi, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai Perdana Menteri di atas syarat iaitu beliau melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Satu dunia tahu syarat ini yang ditandatangan ‘on the dotted lines’ oleh semua Ketua Parti Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri di atas syarat ini dan pelantikannya adalah sah,” tambah Marzuki. – UTUSAN ONLINE

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Darurat kesihatan dah diberi untuk tangani pandemik tapi hampeh..
    Dalam media massa kita baru 38% kumulatif dewasa dos ke2 tapi dine in dan banyak aktiviti hendak dilonggarkan.
    Tak guna ada pakar kesihatan jika idea dan amaran mereka tidak dipedulikan.
    Nak tubuh kerajaan pun nak bersyarat....hmmmm

    Nyarislah ydp agong dan majlis raja2 tak bagi syarat sebelum mereka benarkan darurat. Kalaulah mereka kenakan syarat jika darurat gagal...sukarela letak jawatan.Rasanya nak ker mahiadin?

    Semoga pm baru yg dilantik lebih jelas penglihatan dan pendengaran mrk dengan keadaan skrg.

    Apa yg kurang masa lepas tu hendaklah ditambah baik. Program imunisasi yg banyak kontroversi dan birokrasi perlu dikaji. Sistem kesihatan dengan pertambahan pesakit perlu dibaiki segera.

    Semoga negara kita berjaya mengharungi pandemik ini dengan jayanya.

    ReplyDelete
  2. Hi there, I found your website by means of Google while looking for a
similar matter, your site got here up, it looks great. I have bookmarked it in my google bookmarks. BLUE COOKIES MEDICAL KUSH FOR ALL I have got you bookmarked to look at new stuff you .

    ReplyDelete
  3. I am so delighted I found your weblog, I really found you by accident,
    And would just like to say thank you for a fantastic post and a all round entertaining blog (I also love the theme/design), HOW TO GET A FAKE CDL LICENSE FROM THE DMV THAT WORKS I don't have time to go through it all at the minute but I have bookmarked it and also added your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a lot more, Please do keep up the excellent job.

    Y’all don’t forget to join this DMV EXPERTS TELEGRAM GROUP for more information about new drivers license and updated materials being used along the production process of the DL . You can also take advantage to learn and meet many Experts who will guide you on numerous techniques for anyone who love hacking and don’t know how to go about it .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post