
ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu agar tidak membawa apa-apa usul yang tidak berkenaan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.
Sultan Ibrahim bertitah, ketika ini bukan masa untuk berbalah tetapi waktu terbaik untuk bersatu dan bekerjasama serta tidak mempersoalkan apa yang dilakukan pihak lain untuk membantu rakyat, sebaliknya mencerminkan muka sendiri bagi melihat apa yang telah dilaksanakan.
“Saya ingatkan bahawa dewan negeri ini adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan dewan saya ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan yang mulia, bukan dewan sangkar beruk, ingat pesanan saya Tuan Speaker. Jalankan kerja baik-baik.
“Tidak perlu berbahas atau membawa usul tidak berkenaan, awak semua mesti pentingkan rakyat di luar sana yang tengah susah, ada yang kelaparan, hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak Covid-19,” titah baginda ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor di sini, sebentar tadi.
Sultan Ibrahim juga sekali lagi bertitah untuk tidak akan teragak-agak membubarkan DUN kali ini sekiranya terdapat usaha mana-mana pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.
Baginda juga memberi peringatan bahawa tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sehingga mengganggu-gugat Johor dan kerajaan negeri.
“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukan kepentingan rakyat.
“Apabila wabak Covid-19 sudah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih ahli dewan yang baharu. Selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah baginda.
Justeru, Sultan Ibrahim mahu DUN Johor menjadi pentas untuk wakil-wakil rakyat berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan Johor. –
UTUSAN ONLINE
YIP KUM FOOK (LAWYER DESA JAYA, KEPONG)
ReplyDeleteYou don't want to stay, you're angry and you don't want your emotions getting in the way. You just want to walk out of their lives entirely and feel confident and happy about it.
It takes some empowering moments to really show you how happy you can be without them, and you'll never date a cheater again.
But you can't. Because deep down you know it would never be the same. You'll always be glancing at their phone or checking their location, and they'll always be trying to hide what they're doing from you.
We've found the best cheating quotes that will help you remember why you should never take back a cheater, even when you're tempted!
Ah Hock…kepong
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!