"Kalau Tak Ada Saya, Anwar Bukan Siapa Pun" - Tun Mahathir

Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim terhutang budi kepadanya kerana naik dalam politik, menolak kecaman berterusan penyokong pemimpin PKR itu beliau menjadi halangan kepada usaha Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa.

Bekas perdana menteri itu berkata, Anwar yang tidak mahu menerimanya selepas kerajaan PH tumbang tahun lepas.

“Saya tak tolak dia. Sebenarnya, Anwar jadi Anwar kerana saya. Kalau tak ada saya, Anwar bukan siapa pun. Saya yang bawa naik dia sampai jadi timbalan perdana menteri,” kata Mahathir dalam wawancara bersama Bernama malam tadi, merujuk kepada tahun 1990-an ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Tak ada masalah bagi saya bekerjasama dengan dia. Tapi yang jadi masalah, dia tak nak bekerjasama dengan saya. Lepas tu, dia bagitau, ‘Dr Mahathir ni, dia tak suka kepada saya, tak mahu bekerjasama dengan saya. Sebab itulah kami berpecah’. Jadi sayalah salah.”

Anwar merupakan pemimpin gerakan Islam yang mengetuai demonstrasi anti-kerajaan pada tahun 1970-an, sebelum ditarik masuk Umno selepas Mahathir mengambil alih kuasa daripada Hussein Onn pada 1981 untuk menjadi perdana menteri keempat.

Mahathir terus melantik Anwar ke dalam Kabinet, dalam satu langkah dilihat untuk melemahkan pengaruh PAS.

Dalam masa kurang dua dekad, Anwar naik dengan cepat dalam Umno sehingga menjadi timbalan presiden dan timbalan perdana menteri, sebelum pemecatan dramatiknya pada 1998 atas dakwaan meliwat dan salahguna kuasa.

‘DIA MAHU JADI PM, TANPA SAYA BERPERANAN'

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tarikh akhir Istana agar ahli-ahli Parlimen menamakan pilihan mereka berhubung calon perdana menteri dalam kerajaan baru.

Mahathir berkata, usaha PH untuk mengambil kembali kuasa gagal, walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PH) goyah kerana majoriti tipis.

Tetapi Mahathir berkata, untuk mengadakan kerjasama dengan PH di bawah Anwar tidak berlaku kerana presiden PKR itu bertegas beliau tidak seharusnya memainkan apa-apa peranan.

“Syarat yang dikenakan kepada saya ialah saya tidak boleh pegang apa-apa jawatan pun dalam PH, jauh sekali menjadi perdana menteri. Dia nak jadi perdana menteri. Saya kata pada dia, ‘Saya jadi perdana menteri untuk enam bulan, lepas tu you take over la’,” kata Mahathir.

“Lepas tu apa peranan saya? Tak nak saya jadi perdana menteri, tak nak saya ada dalam parti. Dia yang menolak saya. Tapi dengan bijaknya, dia beritahu kepada orang yang saya tolak dia.”

Di bawah perjanjian antara pemimpin PH, Mahathir yang mengetuai kerajaan buat kali kedua selepas kemenangan bersejarah gabungan itu pada 2018 perlu menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Anwar.

Bagaimanapun, gabungan itu tumbang selepas peralihan kuasa berlaku, dengan parti komponen mendesak tarikh peletakan jawatan Mahathir ditetapkan ~ MalaysiaNow

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post