Kenapa Undi Percaya September Ini, Bukan Esok, Lusa? - Tok Pa Jawab

 


PETALING JAYA: Mustapa Mohamed tampil mempertahankan bossnya berkaitan keputusan “melengahkan” usul undi percaya dibawa ke Parlimen, pada September ini, bukan kadar segera seperti didesak pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu, berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan usul itu menjelang September bertujuan mententeramkan suhu politik.


Katanya, tempoh sebulan sebelum Parlimen bersidang wajar “digunakan” sebaik mungkin untuk bermuafakat dan meletakkan negara dalam keadaan lebih stabil.

“Alhamdulillah, pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam mengenai rancangan untuk mengadakan undi percaya di Parlimen pada September ini mententeramkan keadaan. Pengumuman itu diterima baik oleh sebahagian besar rakyat.

“Kekuatan utama Malaysia sejak merdeka ialah kestabilan politik yang membolehkan negara ini mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pelbagai bidang,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Berita Harian.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, Malaysia mempunyai potensi besar menjadi sebuah negara maju kerana mempunyai pelbagai sumber dan modal insan yang berkualiti.

“Untuk mencapai matlamat sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita perlu menggembleng seluruh tenaga dan buah fikiran mewakili pelbagai sektor, bagi menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang tidak pernah kita alami.

“Antara prasyarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi ialah pelaburan dalam dan luar negeri kerana ia adalah di antara pemangkin kepada pemulihan ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan meningkatkan eksport,” katanya.

Beliau berkata, iklim pelaburan kukuh serta kestabilan politik memastikan Malaysia terus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara.

“Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak cucu kita,” katanya lapor FMT

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post