Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC 'Muhyiddin Tumbang' Tu 44 Kali..

Orang dulu-dulu ada berpesan, kalau kita nak jadikan sesuatu itu menjadi kenyataan, sebutlah sebanyak 44 kali, ianya akan jadi kenyataan..betul atau tidak.. entahlah.

Yang selalu aku dengar ialah ayat ni "Cukup 44 orang kata hang bodoh.. maka bodohlah hang.."


Jadi aku cadangkan supaya Zahid Hamidi Presiden UMNO tu buat sidang media biar cukup 44 kali mengatakan Muhyiddin tumbang.. mana tahu kot-kot betul apa yang orang tua-tua dulu tu pesan.. cubalah!

Campur sidang media yang semalam tu baru 3 kali.. lagi 31 kali saja..

Eh! Bukan Presiden UMNO saja.. Presiden PKR pun boleh cuba buat sidang media mengatakan Muhyiddin dan PN dah tumbang bagi cukup 44 kali..

Ha.. ha.. ha...

Biarpun dah berkali-kali dikatakan tumbang namun hari ini Muhyiddin masih kekal berdiri.. liatnya dia ni..




Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kedudukan beliau sebagai perdana menteri akan ditentukan oleh undi kepercayaan dalam sidang Dewan Rakyat pada September, sehari selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap kerajaan.

Muhyiddin berkata cadangan beliau juga sudah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong sewaktu mengadap pagi tadi.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September. Melalui cara ini kedudukan saya sebagai perdana menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

“Alhamdulillah, ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri ahli-ahli Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

Muhyiddin berkata sewaktu mengadap di Istana Negara hari ini, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memaklumkan kepada beliau bahawa lapan orang ahli Parlimen Umno telah menarik sokongan terhadap beliau.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau turut menyambah maklum kepada Agong bahawa beliau memiliki akun bersumpah ahli-ahli Parlimen yang menunjukkan beliau masih memiliki majoriti sokongan.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.

“Namun, saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai perdana menteri seringkali dipersoalkan. Maka, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen,” katanya.

Menurut Perkara 43(4), Kedua, perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah menteri jika tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Muhyiddin katanya jemaah menteri dan pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan tugas seperti biasa termasuk usaha program imunisasi Covid-19 negara yang kini mencatat rekod kadar vaksinasi tertinggi di dunia selepas lebih 22 juta populasi negara sudah menerima suntikan vaksin mereka.

“Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

“Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya para frontliners, agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh,” tambahnya.

Muhyiddin berkata wujud pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan tuntutan-tuntutan mereka, antaranya desakan mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Meskipun tidak menyebut nama, namun ia dipercayai merujuk kepada kumpulan “kluster mahkamah” dalam Umno.

Antaranya presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi, bekas presiden Najib Razak, Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan adalah antara mereka yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Kluster mahkamah merujuk beberapa pimpinan Umno yang kini berdepan beberapa pertuduhan rasuah di mahkamah.

Zahid semalam mengumumkan penarikan sokongan kepada PN daripada ahli-ahli Parlimen Umno.

Terdahulu, ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa sudah mempunyai angka yang cukup untuk menumbangkan PN.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya lapor MalaysiaNow


Perutusan Khas YAB PM 04082021 by Sams on Scribd

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tak terkejut september nanti pencatur utama akan join kerajaan pn. Mana mgkin dia ingin melihat kerajaan boneka dan legasi kaya rayanya gagal meneruskan lubuk emas mrk.
    Dia umpama king maker dlm senario politik negara. Keseronokan vvip ph ketika dia join mrk berdemo hanya sandiwara.
    Dua2 pihak menjadi tempat utk meletak umpan. Mana yg mengena, legasi tetap mendapat untung. Peduli dgn mrk yang bertekak, bercakaran berebut kuasa.
    Rakyat tahu dana-dana parti datang dari legasi yang sama. Pelaburan dan perjudian demi kelangsungan hidup. Yang menolak akan dianggap musuh. Mereka akan gunakan apa saja strategi utk melumpuhkan org yang mrk tidak ingini. Duit utk buat duit.
    Musuh utama yg tak peduli dgn permintaan legasi mrk akan dikuburkan habis-habisan. Individu dalam mn dan dlm ph yg masih berpengaruh dan bukan sebulu dgn legasi mrk akan dikuburkan walau apa sekalipun demi kelangsungan legasi kaya raya mereka. Hanya pemimpin yg telurnya mudah dipegang dan dijentik akan disukai oleh legasi mereka. Umpama yahudi yang menguasai sistem politik amerika....

    Lakonan bergaduh, mengutuk, mengata bagi mereka adalah sandiwara di mata rakyat. Mana-mana umpan yang mengena dalam pn dan ph akan menguntungkan legasi. Legasi yang menguasai negara sejak berpuluh tahun.
    Semoga pru15 nanti, akan ada parti yang kukuh dan mampu menolak legasi ini. Sampai bila2 pon negara tak akan ke mana jika semuanya hendak dikuasai oleh legasi ini.Contoh mudah...batal ecrl, legasi mrk dapat. Batal tender petronas(semangat nasionalisme katanya)....legasi anak dapat.
    SAMPAI BILA????????!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post