Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Walaupun ada yang mendakwa kemungkinan ada pemimpin yang cuba bermain jalan selamat, paling menjadi tanda tanya ketika ini ialah nama-nama heavyweight seperti Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ini kerana nama kedua-dua pemimpin tersebut tidak tersenarai dalam mana-mana kem.


Berdasarkan kenyataan Ismail Sabri pada sidang media pagi tadi, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, ada mengadu dan memaklumkan fikirannya berkecamuk dan kusut memikirkan perkara itu.

"Noraini tutup telefon. Dia pun serabut, pening kepala. Dia ada mengadu pada saya semalam.

Akhirnya pada lewat petang hari ini.. Noraini bersuara..

PUTRAJAYA -Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menamatkan teki-teki sama ada beliau kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah mengumumkan keputusan peletakan jawatan sebagai menteri, berkuatuasa serta merta.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos 2021, beliau sebagai salah seorang ketua sayap parti itu akur dengan keputusan parti.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.

Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua. 

Sekian. Terima Kasih




 



1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pelanggan yang dihormati,
    Kumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.

    Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.

    Kadar faedah rendah 2%
    Tempoh 1 hingga 15 tahun
    Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post