
Seorang Mantan Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendedahkan faktor sebenar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan hasrat meletak jawatan selain mendapati beliau jelas kehilangan majoriti sokongan ahli Parlimen.
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, Muhyiddin sudah berusaha sedaya-upaya termasuk menghulur cadangan supaya kerajaan PN kekal semata-mata demi menguruskan krisis Covid-19 dan ekonomi.
Justeru, beliau mendedahkan sememangnya berlaku perbincangan awal antara Muhyiddin dengan beberapa wakil parti pembangkang bagi tujuan kerjasama bipartisan itu kerana beliau tidak mahu lari daripada tanggungjawab demi kepentingan rakyat.
"Bagaimanapun, hasil persefahaman yang dicapai bersama-sama wakil-wakil pembangkang itu kemudian Muhyiddin umumkan tawaran kerjasama rentas parti secara terbuka, tetapi akhirnya ditolak pula secara rasmi oleh parti-parti mereka," katanya.
Perkara itu didedahkan Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jelas beliau, hasil persefahaman awal daripada perbincangan berkenaan, cadangan kerjasama bipartisan yang membolehkan kerajaan PN memiliki sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen selain program bantuan rakyat menerusi peruntukan disalurkan terus kepada setiap ahli Parlimen pembangkang, dikemukakan.
"Perkara berkaitan tawaran mega Muhyiddin sebenarnya sudah dibincangkan dengan beberapa wakil parti pembangkang yang pada mulanya memohon macam-macam konsesi.
"Antara konsesi dicadangkan wakil parti pembangkang termasuklah tuntutan secara berasingan puak 'kluster mahkamah' untuk dilepaskan kes mahkamah ahli-ahli Parlimen mereka.
"Namun Perdana Menteri akhirnya cuma mempertimbangkan tujuh perkara untuk dijadikan asas tawaran sebagai usaha terakhir untuk melestarikan pengurusan krisis sedang dihadapi," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menjelaskan Muhyiddin tidak lagi yakin dengan pendirian wakil parti-parti pembangkang walaupun telah membuat perbincangan bersama.
"Atas sebab kegagalan wakil parti pembangkang untuk menterjemahkan persefahaman awal kepada sokongan sebenar oleh sebahagian ahli Parlimen mereka, maka Muhyiddin tidak lagi percaya pendirian pemimpin-pemimpin ini yang dianggapnya 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.
"Jadi pertimbangan keputusan meletak jawatan Perdana Menteri adalah perkara terbaik kerana Tan Sri (Muhyiddin) merasakan apabila sudah hilang sokongan majoriti, maka beliau perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan meletak jawatan," katanya lagi.
Jelas Ahli Parlimen Alor Gajah itu, dalam sesi perbincangan dalaman termasuk ketua-ketua parti komponen PN pada Rabu lalu, Muhyiddin sudah mengemukakan tiga solusi penyelesaian isu keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri kepada mereka.
"Tan Sri sudah tunjukkan tiga opsyen solusi bagi menyelesaikan krisis politik ketika ini iaitu yang pertama mengusulkan undi percaya kepimpinan beliau di Dewan Rakyat, kedua mencadangkan pembubaran Parlimen dan ketiga mengusulkan beliau meletak jawatan.
"Jadi opsyen pertama telah dibincangkan bersama wakil pembangkang kerana pada saat krisis Covid-19 semakin memuncak selain tiada siapa yang mahukan Parlimen dibubar," katanya.
Menurut Mohd Redzuan, kesanggupan Muhyiddin menawarkan kerjasama bipartisan dengan pihak pembangkang demi mengekalkan kerajaan peka krisis Covid-19 ketika ini, membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu seorang negarawan yang berjiwa besar.
Menyifatkan Perdana Menteri itu bukan seorang gila kuasa, Mohd Redzuan sebaliknya berpandangan Muhyiddin merupakan seorang individu berprinsip yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan PN yang peka krisis Covid-19 semata-mata demi membantu negara.
"Setelah tawaran kerjasama bipartisan tidak diterima, Muhyiddin dengan 'gentleman' bersedia meletak jawatan pada saat beliau boleh sahaja untuk terus kekal berkuasa selagi pembangkang tiada sokongan majoriti.
"Beliau merupakan pemimpin berprinsip, malangnya ramai orang tidak nampak kualiti itu dalam dirinya," katanya.
Ulasan yg meloyakan. Muhyiddin adalah pengkhianat yg merobek mandat rakyat. kalu dia ikut plan, support dsai lepas Tun resign dulu, tak akan terjadi sampai begini.Jangan twist and turn the situation.
ReplyDeleteBetul!!!!
DeleteBanyak sangat pusing.
Kalau langkah sheraton tak wujud...mahdey akan left grup sorang diri.
Setakat 15 ahli mp umno tolak midin tak akan jadi kudis. Dia sendiri cukup yakin berani bawa ke parlimen untuk diadakan undi tak percaya.
Biasalah bila wakil ppbm yang baru setahun jagung dikatakan nego dengan wakil dap membawa kegagalan adalah punca sebab midin sedar dia hilang keabsahan sebagai pm.
Kalau semua mp dap sokong midin atau separuh dah cukup untuk dia kekal tapi malang nego tak menjadi.
Bukan tak kedengaran khabar angin bila ada mp dap setuju dgn usul terakhir midin.Malang tak menjadi.
Sekarang dia nak menyalah kumpulan kleptokrat pula. Tapi selama lebih setahun jadi pm masih juga sanggup bersama kleptokrat. MUNAFIK!!!!
Susah sangat nak kata diri tu gila kuasa.
Darurat yang disyhtihar konon nak lawan pandemik tapi makin buruk. Senang cakap darurat tu digunakan untuk kekal kuasa yg sekelumit.
Kalau jujur dan tidak munafik, darurat tu dah cukup mampu melawan pandemik. Kuasa darurat tak digunakan sebaiknya. Hanya menguntungkan kroni taikun kaya.
Kenapa tak usul cdgn tu awal2?
ReplyDeleteKenapa slps ahli mp pn hilang kepercayaan baru nak buat usul?
Sejak darurat sehingga sekarang kes positif dan kematian akibat pandemik telah meletakkan negara di senarai 10 negara terburuk dalam dunia. Sampai satu tahap kita pernah mengalahkan india.
Untuk makluman dah hampir 10 negara yg ketua negaranya meletak jawatan secara sukarela kerana gagal menangani pandemik. Sejak ketiadaan mereka, negara2 tersebut sudah berjaya memulihkan negara mereka dgn pemimpin baru.
Cukup memalukan dan menyedihkan bila org terkanan pm8 boleh buat posting memasak rendang malam raya ketika ramai rakyatnya mati dan menderita akibat pandemik. Apa jenis org kanan yg pm8 lantik? Patutlah disindir rakyat tutup pintu depan, pintu belakang dibuka. Mgkin rasanya kematian rakyat tak ada simpati dlm diri mereka.
Dulu yg kuat mendesak paklah bersara siapa?!
Mgkin ketika itu ada peluang jadi pm6 tapi pengaruh pemimpin paling tua menyekat peluang. Bukan rezeki...kan?
Org paling tua itulah yg mencatur utk jadi pm8. Syukurlah walaupun bukan mandat penuh. Cukuplah tercatat dlm sejarah negara. Syukur...
Cuma jangan pula nak menyalahkan org lain.
Dah nak bersara baru nak isytihar tarikh pru15. Sebelum ini tak jelas...hmmmmmm
Apa2 pun....berhenti menyalahkan org lain. Semoga program imunisasi berjalan dgn lancar walaupun perancangan asal akan tamat suku kedua tahun depan. Sedih dengan kehilangan saudara mara, rakyat dan nama2 besar dalam negara akibat pandemik. Sedih ada di antara mrk tidak sempat divaksin krn banyak sangat karenah birokrasi dan saling menyalahkan. Sistem bernilai berpuluh juta pun ada yg gagal di update. Pakar kesihatan yg ada pun hanya mampu memberi kenyataan dan pendapat. Sampai ke tidak ke pihak atasan. Sedih.....
Dulu aku bangga bila pkp1.0 berjaya. Bangga sangat.
DeleteKerana nak kejar ekonomi kononnya sehingga sop berterabur.
Rujuk pula pada pihak taikun.Pihak pakar kesihatan macam tak dipedulikan. Darurat kesihatan macam sial.
Bukan makin turun, makin naik. Makin ramai terkorban. Macam darurat perang. Hari-hari ratusan orang.
Sekarang nak buka pulau-pulau peranginan. Langkawi masih teruk. Yang duduk di pulau tu dah vaksin penuh ker? Yang nak ke pulau pula dah vaksin penuh?
Kalau pegi berkeluarga, bagaimana dengan anak-anak bawah umur?
Lupakan jer lah....hehehe
Bagi aku,TSMY adalah satu-satunya seorang PM yang mampu mengendalikan negara dalam situasi yang tidak pernah dialami negara dan dunia sebelum ini. TAR (rusuhan kaum), TAR (tiada-aman), THO (krisis ekonomi), TM (krisis matawang) TSMY (krisis kesihatan, ekonomi, sosial & politik yang terlalu teruk)Tabik TSMY. Terima kasih atas PICK yang pantas untuk bentuk herd community.
ReplyDeleteLetak sesiapa pon jadi pm ketika wabak kena kerja keras.Kecuali tegar nak bukak pintu belakang. Pkp1.0 Terbaik. Boleh bagi 5 bintang. Pkp2.0 dan pkp3.0 masa darurat....hampeh!!!!!
DeleteRamai rakyat mati. Top10 kerajaan terburuk melawan pandemik.Pernah dapat top5 dunia. Fakta dan data ada. Nak spin apa lagi.
PICK pon hasil desakan raja, sultan, mp dan rakyat. Kalau tak masih spin ligat. Syukur ada desakan dan kritikan.
Darurat pon menipu ydp agong.
DeleteDarurat kesihatan konon.
Kematian rakyat mati masa darurat mcm mati darurat perang ramainya.
Nak kata terbaik apa?!
Tak nak bersekongkol dgn kleptokrat. Mula2 naik jadi pm8 kleptokrat yg sign sd sokong ko.
Mangkuk!!!!!
Kata keluar dari ph kerana tak nak kerjasama dgn dap demi bangsa dan agama.
Tapi dap tempat ko merayu sokongan talian hayat dgn pelbagai habuan dan rasuah.
Sudah-sudahlah...
Sesiapa yg ikhlas bantu rakyat tak akan seburuk sekarang pandemik.Bila pintu belakang dibiarkan terbuka demi kesejahteraan para taikun....rakyat menderita. Orang terkanan pula macam selebriti memasak rendang ketika rakyat menderita dan ketakutan.
Cukup2lah ikut perangai mentor si saka tua buat adegan sedih dan menyalahkan org lain.
Kalau masa darurat ko jaga rakyat cukup baik dan sempurna mungkin rakyat akan menangis dan merayu agar ko dikekalkan.
Komen baik
ReplyDeleteKomen jahat
Insan yang tak pandai berfikir adalah insan yg lemah.
Sedangkan insan yg malas berfikir adalah insan yg mencipta kelemahan.
Lebih parah lg,insan yg memajakkan otaknya utk difungsikan oleh pihak lain adalah 8nsan yg hidup tanpa fungsi sebagai manusia.
Fikir2kanlah
Nampak baik tapi munafik.
DeleteAntara tujuan kerajaan pn adalah menolak kerjasama dgn dap demi bangsa dan agama.
ReplyDeleteSelepas hilang keabsahan, kleptokrat dipersalahkan.
Kemudian sanggup pula meminta talian hayat dari dap dengan tawaran habuan.
Memalukan...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!