Pertembungan ‘2 Kem’ UMNO, Apa Kesudahannya?

Selepas pengumuman tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu, semua mata kemudian tertumpu kepada ‘kem’ menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen UMNO/Barisan Nasional diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Apatah lagi ketika sidang media Zahid, pemimpin yang kelihatan berdiri di belakang Presiden juga bukan calang-calang.


Daripada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sehinggalah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman.

Turut mengejutkan apabila Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menjadi Menteri UMNO pertama melepaskan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada hari yang sama.

Kumpulan ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN) juga dikatakan sedikit ‘goyang’ dengan tindakan Shamsul Anuar apatah lagi, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan lebih banyak menteri dan timbalan menteri akan mengikut jejak itu.

Setakat Khamis, antara yang turut mengikut jejak Shamsul Anuar ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meletakkan jawatan dalam Boustead Holding dan Datuk Mohd Razlan Rafii sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Kedua-duanya merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagaimanapun mereka bukan ahli Parlimen yang boleh memainkan peranan dalam kiraan undi di Parlimen.

Selepas empat hari menanti, apakah kumpulan menyokong Muhyiddin akan kekal dalam kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan bersama Zahid, jawapannya terungkai pagi Jumaat.

Dalam satu sidang media khas, Ismail Sabri yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO berkata, kesemua 31 Ahli Parlimen UMNO/BN tidak akan meletak jawatan atau menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan PN.

Katanya, mereka berpendirian untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbiran.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda telah berkenan agar keabsahan kerajaan PN ditentukan di Parlimen dengan satu usul percaya terhadap Muhyiddin dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat September ini.

“Jadi jelas bahawa, Seri Paduka Baginda mahu Parlimen diadakan dan penentuan untuk sama ada kerajaan hari ini boleh berfungsi selepas September.

“Ini jelas pihak Istana Negara tidak lagi menerima surat akaun SD atau pun surat-surat sokongan,” kata Ismail Sabri dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Sama seperti sidang media Presiden pada Selasa, Ismail Sabri juga mengumpulkan pemimpin-pemimpin kuat BN di belakangnya.

Antara pemimpin yang berdiri bersama Ismail Sabri dalam sidang media itu termasuklah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Sadique.

Tidak ketinggalan bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahdidan Kassim.

Nampaknya, dengan keputusan 31 menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen UMNO/Barisan Nasional makin jelas hubungan dua kem dalam parti terbesar di Malaysia itu makin tegang.

Walaupun nampak tegas dalam sidang medianya baru-baru ini, bagaimanapun untuk kesekian kalinya, Zahid terus gagal sama ada untuk ‘memujuk’ atau ‘menggertak’ 31 pemimpin UMNO dan BN bagi bersama beliau.

Persoalannya, kini apakah langkah politik seterusnya di pihak Presiden? Adakah beliau mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan disiplin atau memecat ke atas 31 pemimpin UMNO/BN?

Atau perlukah Zahid mencongak jalan lain dalam memastikan beliau mendapat lebih banyak sokongan? Yang pasti, keengganan ahli Parlimen UMNO/BN untuk terus menuruti arahan Zahid adalah satu tamparan hebat kepada institusi Presiden parti itu.

Namun, persoalannya juga, sekiranya pada 6 September ini, kerajaan PN tumbang menerusi undi tidak percaya di Parlimen, apakah nasib 31 ahli Parlimen UMNO/BN yang melanggar Presiden dan ke mana kesudahannya?

Artikel dipetik dari SINI

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Something wrong with Presiden United States of America.!? Joe Biden are you okey?

    Super power with mental illness President. He has direct access to press button of nuke weapon in and world in danger now..!!
    Why American peoples still elected Joe Biden as President USA instead his mental health record so bad..!? Do the peoples of America are stupid to make decesion of president of United States.? Look link below.!

    https://youtu.be/fd7zNI-Ydso

    We asked Joe Biden to get on the record about mental health and addiction. Here's what he had to say:

    "Suicide is the 10th leading cause of death in the US and the second leading cause of death for American youth. Every day, 20 Veterans die by suicide. What steps will you take to prevent suicide"?

    https://youtu.be/eEHvztEiAs0

    Link above Joe Biden the most comedian Presiden of United State America

    Whenever president-elect Joe Biden makes a rare public appearance and is out of the immediate control of his team it increases of suspicions that he is not physically, and above all mentally, up to the job he is about to take over.

    Link Shame of USA President Joe Biden

    https://youtu.be/SyTM_C47hd8

    Last week, Biden fractured his foot and now must wear a walking boot for several weeks while it heals. The Biden staff claims the fracture occurred while he played with his dog, Major. They also want us to know the German Shepherd is a rescue dog, which is a joke waiting to be told, full of irony. Who will "rescue" Mr. Biden from himself?

    https://youtu.be/aOsEHBc2nTM

    Democrats 'will be forced' to remove Joe Biden from office due to his 'mental decline'
    Democrats 'will be forced' to remove Joe Biden from office due to his 'mental decline'

    https://youtu.be/zZbz3GTuvOA

    Former White House physician and current Republican member of Congress Ronny Jackson has told Fox News he believes Joe Biden will have to resign before his term is up due to an "alarming" decline in the president's cognitive abilities.

    https://youtu.be/EGRh4YVX8nw ha ha ha..!!

    this is happening when idiot peoples choose the idiot leader to conquered the world.

    ReplyDelete
  2. Antara manusia paling cilaka dlm umno adalah kj poyo. Masa umno kuat, kuat menjilat presiden. Bila umno kalah, secara langsung menghentam presiden. Kemudian cuba bertanding jwtn presiden tapi kalah. Sebaik kalah hentam balik presiden baru konon mrk warlord.
    Cara kj nak naik dgn kepetahan berhujah hampir menyamai anwar. Ingin naik utk jadi pm.
    Bagi pemerhati senario politik negara...kelemahan utama kj mata stim adalah semborono dan mempunyai ego poyo yang tinggi. Lagak bagai raja dan yang pasti penjilat yg tegar macam syed sadick.
    Jenis yang sukar menerima kritikan dan mudah meroyan. Sepanjang 22 bulan umno merangkak dan berdiri semula slps pru14 tanpa kelibat kj mahupun nazri paris.
    Nazri paris cakap berbelit2, sekejap sokong sana, sekejap sokong sini. Mungkin terdesak demi kuasa dunia dan kehendak manusia berkuasa. Mangkuk yg tiada pendirian. Tak sedar dgn asal usul bila dah memiliki kuasa dan harta.

    Percayalah, akar umbi umno menolak kerjasama dengan kerajaan pn pru15 nanti. Muka2 pengkhianat yg bersama legasi 22tahun yg hidupnya mengutamakan legasi kaya raya berbanding rakyat.

    Semoga manusia poyo yg rasa dirinya hebat bolehlah menyertai parti bersatu. Alang-alang ko dah pernah memuji melangit tuan presidennya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post