Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata?

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini mempersoalkan gesaan mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih cepat daripada September depan, ketika pelbagai dakwaan daripada pembangkang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak lagi memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam sebuah kenyataan, beliau berkata tiada keperluan menggesa sidang lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan pada 7 September depan kerana ia kurang daripada sebulan lagi.

“Kami dinasihatkan untuk mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kami mengikuti nasihat itu,” katanya.

Beliau turut berkata tiada calon alternatif perdana menteri yang jelas diumumkan daripada pihak pembangkang walaupun berkali-kali menegaskan Muhyiddin sudah kehilangan majoriti dalam Parlimen.

“Ia menunjukkan perbalahan dalaman, pertikaian dan perpecahan dalam pihak pembangkang sendiri,” katanya.

Zuraida berkata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengarahkan Parlimen dikuarantin selama dua minggu selepas 30 Julai lalu susulan pengesanan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Beliau turut berkata Parlimen juga menerima berita kematian pegawai menteri persekutuan yang dipercayai akibat Covid-19 selepas dijangkiti di Parlimen.

“Kami menggesa semua pihak memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya yang telah dimandatkan – iaitu berkhidmat kepada rakyat, melawan wabak Covid-19 dan kembali memulihkan ekonomi” katanya.

“Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea yang membina. Bukannya serangan bersifat partisan dan cemuhan yang tidak berkesudahan, yang tidak membantu rakyat.”

Gesaan Zuraida itu adalah juga selari dengan gesaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkata sekarang bukannya waktu untuk ahli politik berebut kuasa.

“Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan,” katanya lapor MalaysiaNow

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Betul juga kata mak lampir.Kalau ada yang kena covid19, tak pasal2 makin kurang mp di parlimen.
    Syukur kali ini mereka faham dan ikut arahan pakar dari kkm.
    Tapi kalau dari dulu masa mula2 sebelum darurat mereka dengar arahan pihak kkm mungkin keadaan tak seteruk sekarang.
    Tahniah mak lampir.
    Mungkin mak lampir boleh sound sikit pelaku video hd kabur agar jangan bukak pintu belakang.
    Ketagih dengan belakang pon jangan sampai merbahayakan rakyat jelata.
    Tolong sound yer....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post