Zahid Dah Kena Undi Tidak Percaya?.. Kesiannya..

Penganalisis politik berkata tindakan 31 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang secara terbuka mengumumkan keputusan untuk terus kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini merupakan petunjuk wujudnya “undi tidak percaya” terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata perkara itu jelas ditunjukkan berdasarkan sidang media yang dilakukan secara beramai-ramai oleh kumpulan tersebut tengahari tadi.


“Ini adalah penentangan terbuka, yang dibuat secara unilateral oleh ahli Parlimen BN, tanpa berbincang dengan Zahid,” katanya ketika dihubungi MalaysiaNow.

“Mereka menggunakan hujah bertanding pilihan raya atas tiket BN, bukannya Umno.”

Hisommudin turut menambah, bagi mengelakkan masalah dalaman parti itu berterusan, Zahid selaku presiden parti dan pengerusi BN perlu mengadakan perbincangan segera dengan seluruh ahli Parlimen komponen gabungan itu, bukan sekadar tertumpu kepada kepada Umno.

Katanya, ia perlu dilakukan bagi mencapai keputusan sebulat suara selain mengelak perpecahan dalam gabungan itu.

Dalam pada itu, pemerhati politik Kamarul Zaman Yusoff pula percaya Zahid kini berdepan masalah besar.

“Bila majoriti ahli Parlimen bersetuju maka ia boleh membawa makna ketidakpercayaan sebahagian besar daripada mereka terhadap beliau.”

“Walau Zahid masih belum mampu disingkirkan kerana majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) masih menyebelahi beliau, namun dalam konteks BN ia adalah berbeza bila semua parti komponen BN menentang beliau.”

Seramai 31 ahli Parlimen BN hari ini menyatakan sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Ketika mengumumkan pendirian itu, mereka juga menyokong supaya keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kepemimpinan perdana menteri ditentukan ketika persidangan Parlimen pada September depan.

Pendirian itu dinyatakan dalam sidang media yang diketuai Timbalan perdana menteri yang juga Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Pada sidang media itu, seramai 21 orang ahli Parlimen Umno dan BN hadir menyatakan pendirian mereka.

10 lagi ahli Parlimen termasuk beberapa menteri, Dr Adham Baba, Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Reezal Merican Naina Merican dilihat tidak hadir hari ini namun menyatakan sokongan mereka bersama kumpulan tersebut.

Ismail berkata, pendirian itu diputuskan bersandarkan titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan untuk diadakan usul undi percaya dibentangkan pada September depan lapor MalaysiaNow

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post