Zahid Isytihar Cukup SD Untuk Tumbangkan Muhyiddin

Majlis Kerja Tertinggi Umno hari ini mengatakan ia memilliki surat akuan bersumpah yang cukup daripada ahli-ahli Parlimennya untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin, mengatakan perdana menteri sudah hilang majoriti untuk kekal berkuasa.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media hari ini berkata surat akuan bersumpah (SD) tersebut akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.


“Surat akuan ahli-ahli Parlimen Umno yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin sebagai perdana menteri telahpun dipersembahkan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan,” kata Zahid dalam sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Mohamad Hasan dan penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas presiden Najib Razak.

Zahid berkata penambahan akuan sumpah ahli-ahli Umno yang lain akan diserahkan kepada Agong dalam sesi mengadap akan datang.

Zahid turut berkata Umno berpandangan keputusan Muhyiddin untuk membahaskan ordinan darurat pada September menyanggahi titah Agong.


11 Ahli Parlimen termasuk Zahid yang ada dalam sidang media itu dan dikatakan tidak menyokong Perikatan Nasional dan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ialah:-

1-Najib Abdul Razak (Pekan) 
2-Azalina Said Othman (Penggerang) 
3-Mohd Nizar Zakaria (Parit) 
4-Azeez Abdul Rahim (Baling) 
5-Noh Omar (Tanjung Karang) 
6-Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) 
7-Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) 
8-Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) 
9-Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 
10-Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) 
11- Ahmad Maslan (Pontian)

Hmm.. nampak macam majoriti ada kes di Mahkamah saja tu..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post