Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan

AHMAD Noor Azhar Muhammad didakwa kerana membunuh atas kematian pengawal keselamatan kondominium S. Thava Sagayam yang meninggal dunia akibat kecederaan dari insiden yang berlaku Disember tahun lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Azhar yang merupakan ahli Pemuda Bersatu, dituduh membunuh Thava antara pukul 8 pagi dan 9.30 pagi di Tingkat 7 Menara Majestic, Jalan CM Yusuff di Ipoh pada 29 Disember lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus hari ini.

Tertuduh sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 355 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah. 

Pada 31 Ogos lalu, polis menghklasifikasikan semula kes berkenaan kepada bunuh selepas Thava meninggal dunia.

Ketika kejadian tertuduh dilaporkan menyerang Thava selepas tidak membenarkan anak Noor Azhar menggunakan kolam renang yang ditutup ketika itu.

Thava dimasukkan ke hospital selepas serangan itu dan menjalani lapan pembedahan di bahagian kepala.

Laporan bedah siasat menunjukkan mendiang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, namun keluarganya mendakwa keadaan kesihatannya semakin teruk akibat serangan berkenaan.

Keluarga mangsa turut memuat naik video Thava diserang di media sosial.

Laporan penuh di SINI

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post