Bagaimana Najib Nak Nasihat PM Kalau Diri Sendiri Pun Kena Tipu?


Usaha untuk menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertaraf menteri, dikatakan masih belum reda.

Desakan menggunakan individu tertentu supaya Ismail Sabri mengangkat Najib sebaris dengan bekas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri, terus dilakukan.

Namun, PM masih teragak-agak kerana berpandangan jika mengangkat Najib sebagai penasihat ekonomi bertaraf menteri, ia akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan, walaupun sudah menandatangani persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH) bagi meredakan ketegangan politik.

Ini kerana, di peringkat parti sendiri, akar umbi UMNO telah lama menolak Najib yang menyebabkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali gus buat pertama kali menjadi pembangkang.

Tetapi, Muhyiddin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyelamat UMNO dari kekal dikerusi pembangkang dengan pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM ke-7. Namun, akhirnya 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO juga yang berkhianat dengan menumbangkan Kerajaan PN.

Berbalik kepada isu untuk melantik Najib sebagai penasihat ekonomi, ramai akar umbi, malah MP UMNO yang dilantik menjadi menteri serta timbalan menteri dalam Kabinet baharu Ismail Sabri, turut tidak menyukainya.

Dua menteri yang enggan nama mereka disiarkan memberitahu, Najib tidak sepatutnya diberi jawatan itu kerana boleh membahayakan UMNO dan BN menjelang PRU15 nanti.

“Memang ada pembangkang yang sokong Najib menjadi penasihat ekonomi PM, tapi semua itu adalah perangkap supaya mereka mempunyai modal untuk menghentam kerajaan apabila PRU15 diadakan.

“Akar umbi UMNO juga tidak mahu Najib yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa ketika menjadi PM dahulu menggunakan kedudukannya untuk memperkukuhkan kuasa semula,” kata seorang menteri.

Sebelum ini, Agenda Daily melaporkan spekulasi kuat mengatakan Najib yang terpalit dengan kes mahkamah akan dilantik Putrajaya sebagai penasihat ekonomi, selepas beliau meminta diberikan jawatan kepadanya untuk membantu kerajaan.

Ismail Sabri pula dikatakan tidak mempunyai pilihan lain, melainkan menunaikan permintaan itu bagi mengelak jawatan Presiden UMNO diberikan semula kepada Najib yang meletak syarat tersebut sebagai timbal balik untuk menyokongnya sebagai orang nombor satu dalam negara sebelum ini.

Seorang lagi menteri melihat bahawa rakyat tidak mudah lupa apa yang dilakukan Najib, khususnya melibatkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang berjuta-juta ringgit dalam akaun peribadinya, serta kehidupan mewah keluarganya.

“Lagipun Najib ketika ini adalah banduan kerana keputusan Mahkamah Tinggi masih terpakai selagi Mahkamah Rayuan tidak membuat keputusan membatalkannya,” katanya merujuk kepada hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib, serta rayuan yang dikemukakan bekas Presiden UMNO itu.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Najib hendak dijadikan penasihat ekonomi sedangkan beliau pernah membuat pengakuan tidak tahu menahu wang di dalam akaun banknya sendiri.

“Dia juga mengaku kononnya menjadi mangsa penipuan ahli perniagaan dalam pelarian Jho Lo. Bagaimana nak nasihat mengenai ekonomi untuk negara kalau diri sendiri pun kena tipu?,” soalnya.

Laporan dipetik dari AgendaDaily

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D iyatu (6983)
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya.!!
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post