Benarkah Dakwaan Nazri Terhadap Ku Li Ini?

 


Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO disebabkan kecewa tidak dapat jawatan perdana menteri, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri menegaskan kekecewaan bekas Presiden Parti Semangat 46 itu jelas kerana tidak ada ahli parlimen UMNO yang menyokong beliau untuk jawatan perdana menteri.

“Masa tandatangan surat sokongan dan ketika majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, hanya 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sepatutnya BN ada 42 tetapi saya difahamkan Ku Li calonkan nama beliau sendiri jadi kami cuma 41 ahli parlimen.

“Kerana hanya beliau menyokong dirinya untuk jawatan Perdana Menteri jadi tIdak dapatlah, jadi agaknya dia kecewa sebab itu letak jawatan pengerusi jemaah penasihat.

“Jawatan itu pun cuma window dressing saja. Tidak ada nasihat beliau yang UMNO pakai,” katanya.

Mengulas lanjut, Nazri menegaskan tindakan Tengku Razaleigh tidak mengejutkan kerana beberapa tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebelum ini mengambarkan beliau tidak bersama UMNO.

“Sebelum ini Ku Li minta untuk tempat beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran tempat duduk pembangkang. Kita nak tahu itu untuk apa?

“UMNO bersama kerajaan, kalau mahu duduk dekat dengan pembangkang adakah maknanya beliau sudah tidak bersama UMNO?” katanya.

Nazri turut mempertikaikan hasrat Tengku Razaleigh yang mahu menghidupkan kembali UMNO yang lama.

Beliau mendakwa UMNO yang lama diharamkan oleh Mahkamah kerana tindakan Tengku Razaleigh yang tewas pemilihan parti tahun 1987.

“Beliau perlu ingat, disebabkan tewas pemilihan itulah ada penyokong beliau yang bawa isu pemilihan ke mahkamah dan UMNO diharamkan.

“Malah beliau tidak bersama UMNO yang baru tetapi menubuhkan Parti Semangat 46 hingga kita tewas di Kelantan sejak 1990 hingga sekarang.

“Jadi dia nak apa buktikan apa bila nak hidupkan UMNO yang lama? Nak jadi presiden? Kalau sayang UMNO sokong lah kerajaan yang UMNO terajui dan jadi perdana menteri,” katanya.

Pada Rabu, Tengku Razaleigh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Sehari sebelum itu, pada sidang medianya di Parlimen, Tengku Razaleigh menyatakan hasrat menghidupkan semula UMNO yang lama lapor Astro AWANI

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sebelum pm8 tumbang kuli ada ura2 nak berpakat dgn atok kan?

    Itu antara kesilapan kuli. Kuli patut sedar siapa atok dan apa atok telah lakukan kepada umno dan para pemimpinnya.

    Orang lain semua jahat....dia seorang sahaja yg baik.

    ReplyDelete
  2. How do cheaters (YIP KUM FOOK, LAWYER) feel about cheating?
    Despite the initial thrill of an affair, cheating can negatively affect the cheater emotionally. It's common for them to feel anxiety, guilt, shame, worry, regret, confusion, embarrassment, and self-loathing when they contemplate how their actions impact those they love and why they cheated in the first place
    “Once the couple understands each other's relationship concerns and the one who cheated is remorseful, trust is again possible.” Sometimes the recovery process can result in a relationship that is stronger than ever before….

    BY TAN, DESA JAYA, KEPONG

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post