
SHAH ALAM: Lelaki bergelar ‘Dato’ Ken’ dan isterinya yang terlibat dalam sindiket judi dalam talian, pinjaman tanpa lesen dan lombong bitcoin akan didakwa di Mahkamah Selayang esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pertuduhan terhadap kedua-dua individu itu dijadualkan pada pukul 9.30 pagi dan ke atas.
“Dato’ Ken akan didakwa atas tiga pertuduhan manakala isterinya hanya satu pertuduhan.
“Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.
Bulan lalu, pasangan suami isteri itu dicekup selepas aktiviti sindiket melibatkan judi dalam talian, pinjaman tanpa lesen dan lombong bitcoin tumpas melibatkan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM33 juta.
Tangkapan terhadap Liow Lian Keong (Dato’ Ken) dan Chen Lye Kuen masing-masing berusia 40 dan 41 tahun pada 11 Ogos itu susulan serbuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di empat rumah di Country Homes, Rawang pada awal Julai lepas melibatkan judi dalam talian.
Ketua Polis negeri, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan beberapa rampasan dan sitaan melibatkan kenderaan serta hartanah dibuat iaitu 14 kereta mewah, 14 rumah, tiga rumah kedai, wang tunai dan pembekuan 71 akaun bank.
Ketika serbuan, sembilan komputer riba dan 15 telefon bimbit dirampas selain 13 individu berusia 17 hingga 40 tahun yang merupakan pekerja sindiket itu ditahan untuk tindakan lanjut.
Sindiket itu menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen yang dikhaskan kepada kenalan rapat dan ahli perniagaan dengan mengenakan kadar faedah lapan hingga 10 peratus sebulan.
Bagi aktiviti melombong bitcoin, sindiket dikesan melakukan pendawaian elektrik secara haram ke premis mereka sehingga menyebabkan kerugian kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencecah jutaan ringgit sebulan.
Aktiviti judi dalam talian pula, sindiket itu menggunakan rumah atau pejabat bagi menempatkan pekerja mereka menguruskan kegiatan perjudian itu secara 24 jam sehari.
Sindiket berkenaan menggunakan platform media sosial seperti aplikasi WhatsApp, WeChat dan Facebook bagi mempromosikan kegiatan judi dalam talian, malah dipercayai turut menggunakan akaun bank ‘keldai’ bagi transaksi setiap bayaran.
Hasil siasatan polis turut menemukan 24 syarikat dipercayai digunakan sindiket bagi mengaburi perniagaan dan keuntungan haram yang diperolehinya daripada dikesan pihak berkuasa. –
UTUSAN
assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
ReplyDeleteTerima kasih kepada: AKI SOLEH
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D iyatu (6983)
alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
yang ingin merubah nasib
seperti saya.!!
SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747
Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
1: Di kejar2 tagihan hutang
2: Selaluh kalah dalam bermain togel
3: Barang berharga sudah
terjual buat judi togel
4: Sudah kemana2 tapi tidak
menghasilkan, solusi yang tepat.!!
5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
Dijamin anda akan berhasil
silahkan buktikan sendiri
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747
Angka:Ritual Togel: Singapura
Angka:Ritual Togel: Hongkong
Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia
Angka:Ritual Togel: Laos
Angka:Ritual Togel: Macau
Angka:Ritual Togel: Sidney
Angka:Ritual Togel: Brunei
Angka:Ritual Togel: Thailand
" >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!