Khalid Akui Dia Cakap Tak Serupa Bikin?


Untuk rekod, Kerajaan PH telah memutuskan untuk melarang para menteri dan timbalan menteri daripada mengeluarkan surat sokongan untuk projek-projek kerajaan dan perkara-perkara yang mempunyai implikasi kewangan pada Jun 2018.

Tapi Khalid telah melanggar keputusan tersebut dan mengakui cakap tak serupa bikin..

Pemimpin Amanah Khalid Samad mengakui beliau menyokong usaha sebuah syarikat hartanah swasta untuk menukar keputusan membatalkan pindah milik sebuah plot tanah di Kualam Lumpur bagi pembangunan bercampur di ibu negara ketika beliau memegang jawatan menteri Wilayah Persekutuan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Shah Alam itu membuat pengakuan tersebut walaupun dasar kerajaan PH yang menolak menteri-menterinya memberikan sokongan yang menguntungkan syarikat-syarikat swasta.

Bagaimanapun Khalid mempertahankan tindakan beliau tersebut, mengatakan projek berkenaan akan memberikan manfaat kepada penduduk miskin bandar kerana sebahagian daripada projek tersebut adalah pembinaan rumah mampu milik sambil menambah ia sejajar dengan matlamat kementeriannya untuk menyediakan sejuta rumah mampu milik di ibu negara.

“Ini kerana, rumah mampu milik diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah dan menengah di Kuala Lumpur kerana harga rumah biasa adalah mahal dan tidak mampu dimiliki oleh golongan ini yang ramai bekerja di Kuala Lumpur,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Khalid berkata beliau memberikan arahan kepada pembantunya untuk merujuk permohonan Saujana Beringin Sdn Bhd, syarikat yang dikesan dimiliki oleh beberapa individu termasuk adik kepada bekas perdana menteri, kerana beliau bukan sebahagian daripada jawatankuasa eksekutif tanah bagi Kuala Lumpur.

“Oleh itu wajar saya memberikan pandangan mengenai cadangan pembangunan ini secara bertulis,” katanya.

Pengakuan beliau itu adalah susulan pendedahan MalaysiaNow bahawa Khalid melanggar dasar kerajaan PH yang melarang sebarang tindakan yang dilihat menggunakan kedudukan dalam kementerian.

Ia termasuk mengeluarkan surat sokongan selain memberikan arahan yang boleh mempengaruhi keputusan.

“Satu-satunya hal yang dibenarkan adalah penggunaan ‘untuk pertimbangan’ atau ‘diharap pihak anda meneliti perkara ini’,” kata rakan Kabinet Khalid dari DAP Anthony Loke tahun lalu.

Beberapa salinan surat yang dibocorkan kepada MalaysiaNow oleh sumber dalaman Amanah menunjukkan tulisan tangan Khalid mengarahkan setiausaha politiknya, Azli Yusof untuk membuat tindakan susulan berhubung surat yang diserahkan oleh Saujana Beringin Sdn Bhd.

Surat-surat tersebut menunjukkan Khalid sendiri mengesyorkan permohonan pemaju tersebut diluluskan.

Beliau turut menggesa datuk bandar Kuala Lumpur dan ketua setiausaha negara untuk meluluskan pemberimilikan sekitar 26 ekar tanah bagi pelbagai projek pembangunan.

Dalam kenyataannya, Khalid menyatakan beliau mungkin khilaf dalam penggunaan perkataannya, namun kekal mengatakan ia bukanlah sebuah arahan daripada beliau.

“Dan tidak mungkin seorang menteri mengarah KSN yang lapor diri pada YAB perdana menteri.”

Difahamkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan meluluskan permohonan syarikat tersebut bagi mendapatkan tanah tersebut pada Disember 2017, namun ia kemudian dibatalkan pada November 2018.

Disebabkan pembatalan tersebut, syarikat berkenaan tmenulis surat rayuan secara terus kepada Khalid pada Disember 2018, kurang enam bulan beliau dilantik sebagai menteri.

“Pihak kami juga amatlah berharap agar pihak YB Tuan dapat memberi sokongan penuh dalam menimbang semula keputusan pembatalan terhadap pemberimilikan tanah ini memandangkan pembangunan yang dicadangkan ini dapat membina keupayaan Usahawan Bumiputera seperti kami ini untuk memberi sumbangan yang besar terhadap ekonomi negara yang kurang memberangsangkan di masa kini,” kata syarikat tersebut dalam sebuah surat.

Lapor MalaysiaNow
 

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mangkuk bila bercakap memang ada kesan mangkuk.
    Kalau dasar asas parti pon dikencing, nak kata apa lagi. Semuanya ada kesan pro dan kontra. Paling tidak akan berlaku salahguna kuasa.

    Samalah mangkuk yg sembang konon negara dah bangkrap dan jadikan ia alasan melelong harta dan aset negara suatu ketika dulu.
    Era 22tahun atok bolehlah. Sekarang era internet. Maklumat di hujung jari.
    Pinjam pulak bon samurai konon nak dijadikan drama negara bangkrap. Selepas 22bulan dan tumbangnya kerajaan ph, menteri kewangan pn yg baru berkata tidak ada kewajaran meminjam bon samurai kerana aset dan kewangan negara masih kukuh.
    Usd7billion dibayar untuk berapa tahun? Nak dapat komisen kot?

    Mangkuk2 inilah juga yang kuat menyindir rakyat yang risau dengan kemasukan lebih sejuta warga china ketika mula2 wabak covid19 suatu ketika dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post