Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas

 


SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dengan rampasan sebanyak 400 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM14.4 juta.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, kegiatan sindiket tersebut terbongkar selepas pemeriksaan ke atas dua kotak kayu mengandungi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kastam Cawangan Ibu Narkotik Ibu Pejabat JKDM menyita dua buah kotak kayu di Kompleks Kargo Udara (KLIA) pada pukul 4.10 petang, Selasa lalu.

“Pemeriksaan ke atas kotak kayu tersebut menjumpai lapan kotak yang terdapat 400 bungkusan teh mengandungi syabu dengan anggaran berat 400 kg bernilai RM14.4 juta,” kata beliau pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, tiga lelaki tempatan berumur 25 hingga 56 tahun termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan di lokasi sama untuk membantu siasatan.

“Modus operandi sindiket ini mengisytiharkan barang dagangan itu sebagai troli hotel sedangkan di dalamnya terdapat kotak-kotak mengandungi dadah yang disorokkan bersama pakaian.

“Bekalan dadah tersebut dipercayai diperoleh dari pasaran tempatan dan luar negara sebelum dieskport ke negara-negaraAsia Pasifik,” katanya.

Kata Abdul Latif, sindiket tersebut dikesan telah 11 kali menyeludup dadah ke luar negara dipercayai menggunakan modus operandi sama sejak tahun lalu.

“Suspek bergelar ‘Datuk’ berusia 48 tahun yang ditahan seorang ahli perniagaan.Setakat ini, siasatan masih diteruskan jika ada lagi penglibatan individu lain dalam kes tersebut,” katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek direman 14 hari hingga 13 September 2021 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post