Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu?

Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan walaupun terdapat kemungkinan berlaku pencerobohan terhadap bahan bukti disimpan SPRM, namun realitinya ia bukanlah semudah yang disangka.


Bekas pegawai yang pernah bertugas di pelbagai unit di SPRM itu berkata, ini kerana bahan kes terutamanya barangan berharga akan disimpan di dalam bilik kebal yang tidak mudah dipecah masuk.

Beliau yang enggan mendedahkan namanya memberitahu, banyak halangan keselamatan menyukarkan cubaan menceroboh bilik kebal tersebut, sekali gus boleh mematahkan hasrat pihak yang cuba menguji kekebalan bilik keselamatan menyimpan pelbagai barangan kes.

“Usah beranganlah untuk cuba menembusi bilik kebal yang menyimpan pelbagai barangan kes SPRM.

“Apa yang boleh saya kata -kan, ia bukan semudah difikirkan kerana banyak perkara yang dilibatkan jika mahu mengambil atau mencuri barangan kes,” katanya kepada Kru Rasuah Busters.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap keselamatan barangan kes disimpan SPRM. Sejak Isnin, negara dikejutkan dengan laporan mengenai tiga pegawai kanan SPRM terlibat dengan kehilangan wang tunai yang juga barang kes bernilai RM25 juta.

Bekas pegawai itu yang berpengalaman luas dalam bidang risikan menjelaskan, pelbagai proses jaringan keselamatan perlu ditempuhi oleh seseorang yang cuba memasuki bilik kebal SPRM.

Sebagai contoh, katanya, password atau kata kunci (kod rahsia) sentiasa bertukar-tukar dari semasa ke semasa, selain kawalan ketat dilaksanakan termasuk pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

“Bukan sahaja password sering ditukar dari semasa ke semasa, malah pemegang kunci bilik kebal juga melibatkan individu-individu tertentu sahaja,” tambahnya.

Namun begitu, menurutnya, tidak dinafikan tindakan pencerobohan bilik kebal SPRM kemungkinan boleh berlaku jika berlaku kebocoran maklumat atau didalangi orang dalam.

“Bukan saya hendak menafikan sepenuhnya bahawa bilik kebal itu tidak boleh langsung diceroboh, tetapi mungkin satu kerja sukar terpaksa ditempuhi oleh mereka yang berniat jahat,” katanya.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sejak mangkuk jadi pemimpin...orang parti politik jadi pengarah. Salahguna kuasa dilakukan secara terbuka. Dah jadi mainan.

    Semuanya berpunca dari sekor manusia yg gila kuasa. Rasuah dan salahguna kuasa jadi santapan harian.

    Jadi tak heran anak buah yg dah terbiasa anggap perkara sebegitu adalah lumrah.

    Yang pelik dan tebal kulitnya....dia asyik mengata org lain rasuah dan salahguna kuasa.

    Biasalah....
    Rakyat yg tak nampak mainan politik akan anggap dia adalah hero melawan rasuah dan salahguna kuasa.

    Tapi sebagai manusia yg dilahir dgn ada agama...dia tak rasa takut jadi munafik ker?

    Atau mungkin dia lebih takut kehilangan kuasa dan kekayaan dunia utk anak2, waris, proksi dan kroni daripada hukuman sebagai munafik selepas kojol nanti.....hmmmmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post