Lihatlah diri dari cermin bukan dari TV, dengarlah dari telinga bukan dari kaki dan berfikirlah dengan akal bukan dengan lutut.
Tidak salah berundur dan tidak salah melangkah. Yang salah adalah melangkah ke gaung yang curam dan berundur ke sangkar harimau yang buas.
Ingat pesan Dietrich Bonhoeffer tokoh Jerman yang menentang kuat Nazisme, "Jika anda menaiki keretapi yang salah, tak ada gunanya berlari di sepanjang gerabak ke arah yang bertentangan"
Tetapi sebagai seorang yang mendakwa dirinya keturunan Pahlawan.. Najib tidak akan berundur..
..... Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak untuk kembali bertanding pilihan raya untuk kerusi Parlimen dalam tempoh dua tahun akan datang dalam sebuah temu bual bersama Reuters walaupun sabitan kesalahan rasuah bakal menghalang beliau daripada mencalonkan diri.
Parti Umno yang terpalit skandal rasuah kembali mendapatkan kerusi perdana menteri bulan lepas selepas tiga tahun lalu digulingkan dalam pilihan raya akibat skandal melibatkan berbilion dolar.
Penentangnya turut menyuarakan kebimbangan sekiranya beberapa pemimpin daripada parti itu yang kini berdepan pelbagai pertuduhan jenayah bakal menerima layanan lembut undang-undang selepas kembali memegang tampuk pentadbiran.
Najib yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama sembilan tahun hingga 2018 disabitkan kesalahan rasuah tahun lalu dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun susulan salah laku melibatkan dana 1MDB.
Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan kini sedang merayu keputusan mahkamah tersebut selain turut menggesa siasatan dilaksanakan, menyifatkan pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik.
Ketika ini, Najib masih menyandang jawatan ahli Parlimen namun Perlembagaan melarangnya bertanding dalam pilihan raya kecuali mendapat pengampunan atau penangguhan hukuman dari Yang di-Pertuan Agong.
Bercakap kepada Reuters pada Sabtu, Najib turut berkata beliau menolak kehilangan kelayakannya untuk bertanding, mengatakan: “Ia tertakluk kepada tafsiran.”
“Ia bergantung pada tafsiran undang-undang, Perlembagaan dan apa sahaja yang berlaku dalam prosiding mahkamah,” kata Najib.
Ketika ditanya apakah beliau akan bertanding pada pilihan raya berikutnya yang dijangka dilaksanakan pada 2023, Najib berkata: “Mana-mana ahli politik yang ingin mainkan peranan akan mahu menduduki kerusi di Parlimen.”
Najib bagaimanapun menolak untuk menjelaskan apakah cara untuk beliau atasi halangan Perlembagaan ke atasnya.
KEPERCAYAAN ORANG RAMAI
Umno, yang memegang tampuk kuasa lebih 60 tahun digulingkan selepas majoriti rakyat Malaysia tidak berpuas hati dan marah ekoran pendedahan skandal 1MDB dan kemewahan yang ditunjukkan keluarga Najib.
Isu-isu tersebut menjadi punca parti Melayu itu turut menjadi punca ia dikalahkan dalam pilihan raya.
Parti itu kini sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang kini turut berdepan pertembungan dalaman antara pemimpin parti itu.
Najib kini dilihat menjalankan kempen di media sosial untuk menggambarkan dirinya yang berasal daripada golongan elit politik kepada seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Ekoran kempen tersebut, Najib memperolehi populariti di media maya dan sosial, di mana kritikannya terhadap pentadbiran sebelum ini mendapat pujian ramai.
Dalam temu bual tersebut, Najib berkata beliau berbincang dengan Ismail mengenai peranan yang boleh dimaikan beliau dalam pentadbiran kerajaan.
Media juga turut melaporkan ura-ura mengatakan beliau akan dilantik sebagai penasihat ekonomi pentadbiran Ismail.
Namun, bekas perdana menteri itu tidak mendedahkan sama ada beliau akan menerima jawatan tersebut, mengatakan keutamaannya ketika ini adalah untuk membersihkan namanya.
Najib juga berkata kembalinya Umno memegang tampuk pentadbiran dapat menjamin “kestabilan politik dalam jangka waku sementara” dan beliau juga tidak bersetuju untuk pilihan raya umum diadakan segera.
Ogos lalu, pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin tumbang ketika Najib dan beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka.
Malaysia menyaksikan ketidakstabilan politik paling runcing sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2008 dengan dua gabungan politik hilang kuasa disebabkan pertembungan dalaman.
HALANGAN PERLEMBAGAAN
Pencalonan Najib dalam pilihan raya akan datang bakal berdepan ketetapan Perlembagaan yang memutuskan mereka yang dijatuhkam hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000 akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya umum.
Peguam Perlembagaan New Sin Yew berkata Najib hanya boleh mencalonkan diri sekiranya beliau berjaya dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, atau mendapat pengampunan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong bagi melayakkannya bertanding walaupun disabitkan bersalah.
..... Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak untuk kembali bertanding pilihan raya untuk kerusi Parlimen dalam tempoh dua tahun akan datang dalam sebuah temu bual bersama Reuters walaupun sabitan kesalahan rasuah bakal menghalang beliau daripada mencalonkan diri.
Silalah sambung bacaan anda di SINI
assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
ReplyDeleteTerima kasih kepada: AKI SOLEH
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D iyatu (6983)
alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
yang ingin merubah nasib
seperti saya.!!
SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747
Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
1: Di kejar2 tagihan hutang
2: Selaluh kalah dalam bermain togel
3: Barang berharga sudah
terjual buat judi togel
4: Sudah kemana2 tapi tidak
menghasilkan, solusi yang tepat.!!
5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
Dijamin anda akan berhasil
silahkan buktikan sendiri
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747
Angka:Ritual Togel: Singapura
Angka:Ritual Togel: Hongkong
Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia
Angka:Ritual Togel: Laos
Angka:Ritual Togel: Macau
Angka:Ritual Togel: Sidney
Angka:Ritual Togel: Brunei
Angka:Ritual Togel: Thailand
" >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!