Najib Sebagai Penasihat Ekonomi?.. Satu Langkah Bijak Ismail Sabri..

Bekas perdana menteri Najib Razak bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata sumber-sumber.

Keputusan itu dikatakan dibuat selepas pertemuan kedua-dua pihak Selasa lalu.

Sumber-sumber berkata portfolio untuk Najib itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Najib tidak menafikan atau mengesahkan spekulasi itu.

Bagaimanapun, di media sosialnya semalam, dia menggariskan beberapa cadangan untuk membendung Covid-19, menaikkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara serta menangani kebajikan rakyat.

Katanya, sesetengah idea itu telah pun dibincangkan dengan Ismail.

Lantikan itu, jika menjadi kenyataan, akan menguatkan kedudukan kem Najib dan Presiden Umno Zahid Hamidi terhadap kedudukan Ismail.

Penganalisis sebelum ini memberi amaran langkah itu boleh menjejaskan imej kerajaan.

Najib pada Julai tahun lalu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Lantikan itu juga, jika menjadi kenyataan, boleh mewujudkan ketegangan dengan parti sekutu kerajaan - Bersatu - yang menolak “Kluster Mahkamah” dalam kerajaan.

Langkah-langkah Najib sebelum ini menimbulkan spekulasi dia akan kembali ke dalam kerajaan.

Dia antaranya membuat laporan polis kepada Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mendakwa saman tuntutan cukai terhadapnya bermotifkan politik.

Dia juga menghantar surat tuntutan guaman kepada Muhyiddin Yasin susulan dakwaan terdapat permintaan supaya dia, ketika menjadi perdana menteri, campur tangan dalam kes mahkamah.

Najib menafikan khabar angin itu.

Anggota parlimen pekan menjadi menteri kewangan dari 2008 dan perdana menteri pada 2009.

Dia memegang kedua-dua jawatan itu sehingggalah BN kalah buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-18.

Kerajaan pimpinnnya terpalit dengan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB, menyebabkan dia kini terpaksa naik-turun mahkamah. Najib berkali-kali menegaskan dia tidak bersalah.

Laporan penuh silalah baca di SINI


..... Kenapa aku kata satu langkah bijak oleh Ismail Sabri?

Kerana secara dasarnya Najib bukanlah seorang yang jahil dalam menguruskan ekonomi negara dan ini telah terbukti ketika beliau ,e,egang jawatan Perdana Menteri.

Lihatlah sendiri bagaimana kompleksnya pengaliran wang keluar dari 1MDB yang dikaitkan dengannya..

Tanpa pendedahan dari dunia luar tak mungkin Najib akan didakwa dinegara ini..

Seklain dari kehebatan dalam mengubah dana dari 1MDB keluar dan masuk ke dalam akaunnya, banyak lagi cadangan Najib mengenai ekonomi yang kelihatan berkesan..

Tapi apa boleh buat.. bak kata orang kita hanya perlu melakukan satu kejahatan untuk memadam seribu kebaikkan yang kita lakukan...

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jangan letak puak yg kata negara bangkrap dan ambik peluang menjarah harta dan aset negara demi anak, waris, proksi dan kroni.
    Berdegar melaung semangat nasionalisme tapi kontrak petronas diganti dengan petron setelah 3 bulan berkuasa.
    Petronas...legasi negara tercinta
    Petron....legasi negara luar

    Kenapa diberi kpd petron?
    Adakah kaki kencing lebih sayangkan legasinya berbanding legasi dan semangat nasionalisme?

    Cukuplah satu contoh....
    Jangan diperbodohkan lagi dgn puak yg lama memonopoli projek dan ekonomi negara.
    Negara tidak akan ke mana2 dengan penipuan kaki kencing hanat!!!!

    Semoga puak ini terkubur slps pru15 nanti.....

    ReplyDelete
  2. Orang yg pecah amanah, bohong, curi dan rasuah masih boleh dilantik jd ketua. Hebat melayu, umno dan islam. Satu dunia kagum dgn pencapaian mu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post