Peguam Gagal Cabar Pengampunan Penuh Anwar

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman pemula seorang peguam untuk mencabar kesahan pengampunan penuh yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nasihat Lembaga Pengampunan berhubung kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Has Zanah Mehat yang bersidang bersama Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak dan Datuk Lee Heng Cheong selepas membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan tanpa kos.

Mahkamah berpuas hati rayuan kedua-duanya mempunyai merit kerana saman pemula yang dikemukakan oleh Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz jelas tidak dapat dipertahankan kerana ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.

Sehubungan itu, mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Presiden PKR itu dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula tersebut.

Hakim Has Zanah ketika menyampaikan keputusan itu menyatakan, Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana tidak mematuhi senarai autoriti Mahkamah Persekutuan terdahulu bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan merupakan kuasa prerogatif yang tidak boleh dipertikai atau disahkan di mahkamah.

Pada hemat panel tersebut, mahkamah tiada bidang kuasa mendengar prosiding pertikaian seperti itu kerana kuasa pengampunan termaktub di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang mana ia tidak terhad kepada hukuman, malah turut melibatkan sabitan.

Hakim Has Zanah turut menyatakan peguam itu tiada hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk mempersoal pengampunan penuh yang diberikan oleh Seri Paduka kepada Anwar.

Mahkamah berpendapat, proses pengampunan itu tidak dalam mana-mana cara menyerang atau memberi kesan kepada kepentingan peribadi mahupun haknya di sisi undang-undang.

Berhubung isu komposisi Lembaga Pengampunan, mahkamah berpuas hati bahawa ia ditubuhkan secara sah di bawah Perkara 42.

Pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah bagi pihak Anwar, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili Lembaga Pengampunan manakala Mohamed Haniff Khatri Abdula mewakili Mohd. Khairul Azam.

Pada 21 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula Mohd. Khairul Azam selepas berpuas hati selaku orang awam dan peguam, beliau mempunyai hak di sisi undang-undang memfailkan saman berkenaan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati, saman itu melibatkan prosedur dan undang-undang serta boleh didengar di mahkamah kerana Yang di-Pertuan Agong ketika itu menjalankan fungsinya sebagai cabang Eksekutif sewaktu memberikan pengampunan kepada Anwar.

Dalam saman pemula difailkan pada 26 Februari tahun lalu, Mohd. Khairul Azam berkata, selepas dua hari kerajaan baharu dibentuk, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang media pada 11 Mei 2018, mengumumkan Yang di-Pertuan Agong bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh diberikan kepada Anwar bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Mohd. Khairul Azam mendakwa, walhal lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.

Anwar dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dan sabitan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan rayuan pengampunan Anwar, menyebabkan nasihat diberikan tidak sah dan terbatal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson tersebut memfailkan permohonan membatalkan saman pemula pada 13 Mei tahun lalu atas alasan antara lain ia adalah remeh, memalukan serta menyalahgunakan proses mahkamah. – UTUSAN ONLINE

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Yip Kum Fook (Peguam Taman Desa Jaya, Kepong) .... dia selalu menipu orang… ..
    Ungkapan "sekali penipu, selalu penipu" telah digunakan berulang kali untuk menunjukkan bahawa mana-mana orang yang mempunyai satu perselingkuhan pasti mempunyai hubungan yang lain di masa depan.
    "Orang-orang telah mencuba menipu dalam kategori, tetapi saya rasa ada berbagai jenis dan keperluan dan alasan untuk menipu,"
    Faktor-faktor seperti di mana seseorang berada dalam hidupnya, bagaimana perasaan mereka dalam hubungan tertentu, atau bagaimana perasaan mereka terhadap diri mereka pada waktu tertentu dapat mempengaruhi motivasi menipu.

    Terima kasih
    Cik Chan

    ReplyDelete
  2. How do cheaters (YIP KUM FOOK, LAWYER) feel about cheating?
    Despite the initial thrill of an affair, cheating can negatively affect the cheater emotionally. It's common for them to feel anxiety, guilt, shame, worry, regret, confusion, embarrassment, and self-loathing when they contemplate how their actions impact those they love and why they cheated in the first place
    “Once the couple understands each other's relationship concerns and the one who cheated is remorseful, trust is again possible.” Sometimes the recovery process can result in a relationship that is stronger than ever before….

    BY TAN, DESA JAYA, KEPONG

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post