Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri?

Agenda reformasi institusi yang menjadi modal perbincangan dan tawaran politik dalam perkembangan politik negara harus dilaksana dengan segera memandangkan tahap kepercayaan orang Melayu kepada kepimpinan lebih tinggi.

Ini bersandarkan kaji selidik yang dilakukan Ilham Centre terhadap penerimaan rakyat dalam kalangan Melayu-Muslim kepada agenda reformasi institusi dan mendapati orang Melayu boleh menerima idea-idea yang telah dikemukakan.

Felo Penyelidik Ilham Centre Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, ketika era Pakatan Harapan (PH), sememangnya ada agenda reformasi institusi ini tetapi ia tidak sampai.

“PH syok sendiri, walaupun ia (agenda reformasi institusi) lebih terkedepan tetapi tak sampai kepada golongan bawah,” katanya dalam sidang media Reformasi Institusi Di Malaysia: Pandangan Dan Sentimen Melayu-Muslim hari ini.

Beliau berkata, rakyat meletakkan keupayaan kepada pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih daripada PH.

“Rakyat khususnya orang Melayu meletakkan kepercayaan kepada pentadbiran selepas PH ini di mana banyak perkara boleh dicapai.

“Orang Melayu yang merupakan etnik terbesar di Malaysia lebih menumpukan kepada isu yang dekat dengan mereka seperti ekonomi dan pendidikan dan bukannya isu-isu nasional yang ada hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi memastikan agenda reformasi institusi ini lebih baik, ketua-ketua pentadbir harus memastikan ia akan tidak lebih kepada parti-parti politik sebaliknya terus kepada rakyat.

“Inilah cerminan kepada dapatan ini. Kaji selidik kami juga mendapati orang Melayu masih mengikut kepada ketua-ketua mereka.

“Inilah pegangan sejak lama dulu, biar apa yang berlaku, kesetiaan mereka kepada ketua sangat kuat,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai kesediaan orang Melayu menerima pemimpin bukan Melayu, Hamidin berkata, perkara itu semakin meluas dalam kalangan kelompok terbesar itu.

“Mereka tidak menolak walaupun pemimpin mereka bukan Melayu asalkan mereka masih berasa selamat dengan hak-hak istimewa orang Melayu tidak tergugat.

“Ketuanan Melayu tidak disentuh dan terus mengekalkan apa yang telah ada sejak sebelum ini lagi.

“Perkara menerima ini sudah semakin meluas kerana orang Melayu juga semakin bergaul dengan pelbagai kaum lain dan tahap pendidikan mereka juga semakin baik,” jelasnya.

Katanya lagi, elemen-elemen Melayu itu tidak harus menjadi pertikaian dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Ilham Centre Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, beberapa perubahan perlu dilakukan dengan memastikan agenda ini tidak akan melebihkan parti-parti sebaliknya terus kepada rakyat.

“Melihat kepada dapatan itu, kita tahu isu nasional bukan menjadi fokus utama orang Melayu.

“Mereka lebih memikirkan isu pendidikan, ekonomi, sara hidup dan lebih penting adalah membasmi kemiskinan,” katanya dalam sidang media yang sama.

Jelasnya, apabila dibuat perbandingan, isu-isu yang berkait dengan kelangsungan hidup jauh lebih utama dalam pemikiran dan kehidupan masyarakat Melayu-Muslim.

“Hakikatnya, orang Melayu terbuka kepada idea-idea reformasi institusi tetapi ianya bukan prioriti utama orang Melayu.

“Mana-mana pihak yang mahu menjayakan agenda Reformasi Institusi, perlu memahami nilai, budaya, bahasa, norma, demografi dan psikografi bagi menguruskan sentimen, mendapatkan kepercayaan dan sokongan orang Melayu-Muslim ini,” katanya.

Bagi Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, isu ‘bread and butter’ telah mengatasi segala-galanya.

“Pertimbangan utama orang Melayu dalam memilih pilihan yang ada dalam hidup, mereka akan mengutamakan aspek kelangsungan hidup mereka.

“Jika merujuk kepada agenda seperti reformasi institusi Parlimen, Kerajaan (Pentadbiran), Kehakiman, media, pilihan raya dan lainnya, tema itu terlalu jauh dari kehidupan mereka.

“Ini dibuktikan melalui dapatan survei terhadap soalan institusi yang paling utama perlu dilakukan pembaharuan dengan responden berpendapat fokus harus diberikan kepada Ekonomi dan Pendidikan (32 peratus), diikuti Urus Tadbir Kerajaan (27 peratus), Parlimen (13 peratus), dan Kehakiman (7 peratus) dan Lain-lain (12 peratus),” katanya.

Ilham Centre telah memulakan kajian bermula 7 April 2021 sehingga 11 Jun 2021 yang melibatkan dua metodologi utama iaitu kaji selidik secara tatap muka di lapangan, dan perbincangan kumpulan berfokus (FGD).

Seramai 1,262 orang terlibat sebagai responden kajian yang dipilih secara persampelan rawak berstrata manakala 93 orang peserta yang terlibat dalam FGD yang melibatkan 14 kumpulan.

Dipetik dari Malaysia Gazette

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sebenarnya tak ada masalah reformasi PH. Cuma JANGAN ada lagi pemimpin hipokrit spt kutty, mahiaddin, semburit dll spt mrk bersama PH. Mereka lah penghalang reformasi dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ph menang pru14 pon kerana kutty, mahiadin dan semburit. Tak boleh dinafikan.
      Kesilapan besar adalah terlalu percaya dengan kutty walaupun sedar kutty tu lidah banyak cabang...hihihi

      Untuk menempuh cabaran baru pru15 perlu banyak perubahan selain reformasi tu sendiri. Jika boleh abg mat dan lim gone eng dan keluarganya perlu diganti dengan muka baru. Rakyat dah hilang kepercayaan dengan kedua-duanya. Anwar pula kalau nak ganti pon boleh juga. Ramai dalam pkr yg berwibawa spt anaknya sendiri.

      Ini pendapat peribadi dan jangan dikecam pula. Jika tak nak perubahan tersebut dilakukan paling tidak kita wajib menumbangkan muka-muka pengkhianat termasuk kutty lidah bercabang tu termasuk semburit dan mahiadin.
      Biar mereka berkubur terus dari politik tanahair khasnya sikutty saka tua tu. Semua orang tahu kutty hanya gunakan ph utk menguasai politik. Kuasa politik baginya adalah penguasaan projek dan laba untuk anak dan kroninya.
      Ph bukan tak tahu tapi buat-buat tak tahu demi nak memperkudakan sikutty.
      Malang sikutty bukannya bodoh macam abg mat atau lim gone eng. Hanya anwar yang sedar dan tahu siapa kutty tu.
      Pru15 nanti pedulikanlah parti dia konon nak jadi king maker. Lawan habis-habisan puak pengkhianat dan penipu nie.
      Anwar mungkin kekal prinsipnya tapi abg mat dan lim gone eng rasanya sudi menjilat najis kutty demi kuasa.

      Delete
  2. Dear brother and sister,

    I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at Sasanarakkha Buddhist Sanctuary (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

    My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lend donation money to President of Temple(Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

    On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

    If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK to return that amount to my monk as soon as possible.

    My monk contact place:

    Ven. U Nandiya
    Sasana Daja Buddhist Temple
    49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
    Tel: (02) 9649-8124

    With kindness

    KO KO NAING
    Taiping, Perak, Malaysia

    David Hua & please sharing to all our members

    ReplyDelete
  3. Dear brother and sister,

    I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at SASANARAKKHA BUDDHIST SANCTUARY (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

    My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

    On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

    If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK (president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION) to return that amount to my monk as soon as possible.

    My monk contact place:
    Ven. U Nandiya
    Sasana Daja Buddhist Temple
    49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
    Tel: (02) 9649-8124
    And:
    SÄ€SANÄ€RAKKHA BUDDHIST SANCTUARY
    c/o: 28 & 30, 1st floor, Jalan Medan Taiping 4.
    Medan Taiping 34000, Taiping, Perak, Malaysia.

    With kindness

    KO KO NAING
    Taiping, Perak, Malaysia

    ReplyDelete
  4. YIP KUM FOOK will not have friends in the future because he always cheats with his close friends, also his brother -in -law is cheated on, and he will live alone in the future, and his life is very boring when his karma explores, this is a very pity for him

    This YIP KUM FOOK was also put on fire from the Hindu Temple while being the MCA chairman in Taman Daya, Kepong because he wanted a place to trade as furniture in Taman Daya there, many know what happened

    Everything was planned by YIP KUM FOOK but he would accept his karma and he would shake his life following the teachings of the Buddha

    By Ah fatt, Taman Daya, Kepong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post